Kali ni aku kenalkan Apache… Woit! ini bukan group dan kugiran apache erk… Dengan topik2 yang aku sebut sebelum ni open source, php dan mysql adalah tidak mungkin kalau tak ada Apache. Apache adalah perisian yang menyokong untuk pelayan web dan ianya adalah paling banyak digunakan di dalam jaringan. Ia juga bersifat open source. Kalau windows sinonim Microsoft IIS maka apache sinonim dengan Linux. Sudah pastinya Apache boleh digunakan di pelbagai platform seperti unix, linux dan windows. Maka kalau tak ada si Apache atau IIS tak mungkin kita dapat membaca, melihat dan mendengar web atau weblog dan apa2 sahaja keinginan korang yang ada dalam jaringan.
Sedikit sejarah mengenai Apache:
- Apache Web Server adalah server HTTP berasaskan Open Source yang boleh digunakan di pelbagai platform seperti unix, linux dan windows.
- Apache dimulakan oleh pembangun veteren NCSA (National Centre for Supercomputing Application) dan keluaran pertamanya adalah versi 0.6.2.
- Pertama kali digunakan untuk sistem operasi lingkungan UNIX.
- Nama Apache diambil dari perkataan ” A Patchy Server” yang bermaksud pelayan perbaikan yang penuh dengan tampalan (patch).
Apache menyokong fungsi dan bahasa pengaturcaraan laman web:
- Accsess Control
- CGI ( Common Gateway Interface)
- Perl (Practical Extraction and Report Language)
- PHP (Personal Homepage/ Hypertext Processor)
- Laman web Apache : http://www.apache.org
- Boleh dapatkan perisian Apache: http://httpd.apache.org
- Lesen Open Source Apache: http://www.opensource.org/licenses/apache2.0.php
- … dan banyak lagi
yang selalu aku guna easyphp tuk run tue, kira apache gak kan?
.-= aman´s last blog ..Opera 10.5 Membawakan Pelbagai Fungsi Baru =-.
ya easy php memang dah all set sume ader…tinggal klik… klik je… sama jugak macam wamp dan xampp
Sy ada saloon di Alor Setar. Dtg la ke Alor setar. Hihihi
Zyma_Saad@yahoo.com
.-= Zymazara´s last blog ..She Came To My Place After YB….. =-.
Nanti kalau aku sampai sana boleh roger2… lebih2 lagi utk org umah ni… ada diskaun kaaa?
Boleh je……
Diskaun? OK je….
😉
best2…TQ2….
info yang sangat menarik mas 🙂
terima kasih… sama2 kita kongsikan…