dmpAssalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua yang sudi menjenguk laman blog aku ni http://hairilhazlan.com . Selamat berkenalan pada kekawan dan juga kenalan – kenalan baru.

Nama aku Hairil Hazlan. Biasa orang panggil aku Ril atau Lan atau Mancai . Mana-manapun aku terima. Hobi aku terlalu banyak kalau nak aku tuliskan pun. Aku bekerja dan bidang aku adalah dalam teknologi dan maklumat (ICT). Networking, Software, Hardware, Web Developer, graphic editor dan bla..bla..bla yang seangkatan denganya.

Alhamdulillah syukur kehadrat-Nya blog aku yang tak seberapa ni akhirnya siap sepenuhnya walaupun entah apa-apa. Harap maaf sekiranya ada yang tak menepati citarasa. Apa yang aku tulis dalam blog nie adalah segelintir hobi dan pemikiran aku sendiri sahaja dan aku nak kongsikan sama-sama kat sesiapa yang nak tau, nak tengok, nak baca dan ianya informasi percuma. Tak salah kan?

Tujuan blog ini kalau boleh adalah untuk bersama – sama menjanakan idea, pendapat, berkongsi segala macam maklumat dan panduan dalam situasi apa juga bidang sekalipun. Ialah era, zaman dan masa sentiasa berubah ni. Sekurang – kurangnya ada yang boleh diguna pakai oleh sesiapa sahaja.

Aku pun masih baru dalam bidang ini jadi pada permulaan ini aku memohon maaf sekali lagi sekiranya ada yang terkurang dan tersalah. Jangan teragak – agak mengeluarkan apa sahaja pendapat dan idea masing – masing kalau aku tersilap atau terlebih dan sebagainya.

Akhir kata, Semoga semua ini diberkati oleh-Nya.

Sekian Terima Kasih.

Dari Editor,


Hazlan.

Hadith :
Nabi s.a.w bersabda: ” Fikirkanlah mengenai segala makhluk Allah dan janganlah kamu memikirkan tentang zat Allah kerana yang demikian menyebabkan kamu binasa (dalam kesesatan).” Abu Zar r.a

World Clock

 
About The Author

hazlan

Blog ini ditulis kebanyakannya adalah perkongsian berkenaan Teknologi Maklumat, Networking, Software, Hardware, Web Development, Graphic Designer, Programming, Kreativiti, Motivasi dan Inovasi. Biasanya aku praktikkannya dahulu baru aku publishkan di sini untuk perkongsian. Janganlah segan silu atau teragak – agak untuk mengeluarkan apa sahaja pendapat, buah fikiran dan idea masing2. Terima kasih banyak2 atas segala keperihatinan dan sokongan selama ini.