
Tahun baru Masehi 2012 yang baru tiba sedang kita lalui. Begitu pantas masa yang kita lalui. Bila di kenangkan adakah kita telah berjaya meniti dan mengharungi cabaran atau matlamat kita yang lepas? Atau kita masih lagi di takuk yang sama? Atau sudah ada sedikit perubahan juga sudahkah kita bersedia untuk membuat tindakan bijak selepas ini dengan cabaran baru yang kian semakin menghimpit?
Dengan pelbagai soalan kendiri seperti di atas adalah tidak mustahil jika setiap dari kita sentiasa berfikir dan inginkannya sebagai perubahan diri dari yang kurang baik kepada baik juga yang baik kepada lebih baik. Haruslah kita sentiasa peka dan bersedia untuk menghadapi cabaran masa depan bagi memastikan kejayaan dapat dicapai dalam segala aspek baik di dalam ekonomi, politik dan sosial dengan melakukan transformasi, perubahan atau di dalam Islam dikenali sebagai Islah yang bermaksud perubahan ke arah kehidupan atau keadaan yang lebih baik. Proses islah pada asasnya terdapat 2 aspek:
Al-islah al-insan : Transformasi kehidupan manusia
- Manusia sebagai alat yang boleh mengubah juga mencipta sesuatu perubahan atau pembaikan adalah membina kualiti kemanusiaan.
- Pada asasnya kehidupan hari ini adalah perlu lebih baik daripada semalam dan kehidupan hari esok perlu lebih baik daripada hari ini. Jika berkeadaan statik atau jumud, ini bermakna telah berlaku kemunduran dan kita tidak segera baiki ia akan terus menular menjadi bertambah buruk dan menuju kearah kehancuran atau kebinasaan.
Al-islah al-manhaj: Tranformasi sistem kehidupan manusia
- Sistem kehidupan manusia berdasarkan fikrah manusia dimana manusia ini adalah makhluk sosial yang sentiasa dan perlu kepada saling berkomunikasi dan berinteraksi antara sesama mereka. Dengan ini manusia memerlukan peraturansebagai sebuah sistem yang mampu mengatur kehidupannya supaya lebih baik dan sempurna.
- Untuk hidup yang berperaturan dan bersistem memerlukan kepimpinan yang mampu menguruskan manusia kearah tujuan juga jalan yang lebih baik dan ini perlu terus dimantapkan dengan pelbagai aspek pengukuhan dalam sistem kehidupan dan peraturan
Dalam kita berusaha membina sistem kehidupan yang lebih baik untuk menghadapai cabaran 2012, marilah sama-sama kita tanamkan semangat baru dan sentiasa berazam menjadi individu yang bersedia melakukan perubahan yang lebih baik dan mudah-mudahan ianya berkesan serta tercapai dengan jayanya, lantas kita akan menjadi insan yang berguna. Insya Allah.
Saranan Rasullullah SAW: “Ibda’ binafsika”
Bermaksud: “Mulakan daripada diri kamu sendiri”
Salam Jumaat dan selamat sejahtera semua! Syukur alhamdulillah setelah berbulan menyepi dengan salah satu hobi sebagai seorang blogger sehinggakan mencecah ke tahun baru 2012 dan hari ini dapat kembali bersama semula. Kini bernafas sedikit lega dengan menghadapi pelbagai situasi diluar jangkaan dan jadual yang agak ketat telah pun dapat diatasi secara beransur-ansur walaupun belum lagi menyeluruh.
Insya Allah sekira diizinkan-Nya blog ini akan berjalan seperti biasa dengan mengetengahkan kepelbagaian konsep dan mengisi sedikit perubahan dari struktur persembahan dan pengolahan, di harap ianya akan dapat diterima oleh pelbagai golongan.
Apa pun terima kasih kepada rakan-rakan yang sentiasa perihatin, memberi sokongan dan dorongan selama ini. Aku akhiri dengan mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2012 walaupun sedikit terlewat dan semoga selamat menuju destinasi pergi dan balik sempena Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina 2012 yang merupakan Tahun Naga dan sangat digemari oleh masyarakat Tiong Hua ini.
10 Zulhijjah 1432M dan bersamaan juga 6 November 2011 seluruh umat islam di dunia akan menyambut perayaan yang penuh erti dan sejarah. Di kesempatan ini aku mengucapkan Salam Aidiladha untuk seluruh saudara islam di Malaysia dan dipelusuk dunia. Bagi saudara2 islam yang menunaikan haji insya Allah kalian akan memperolehi haji yang mabrur.
Segala titik peluh dan pengorbanan kita selama ini akan dapat memberi manfaat buat diri, keluarga, bangsa dan agama, Insya Allah. Semoga memperolehi keberkatanNya dan sentiasa mendapat yang terbaik, dunia mahupun akhirat. Amin
Rahsia di sebalik ibadah Haji
Baru2 in aku elah menghadiri beberapa kursus motivasi. Namun apa yang menarik dan ingin dikongsikan bersama disini adalah konsep motivasi 3E. Apa yang menarik jom kita teruskan.
Apa itu Konsep 3E?
- 3E adalah satu konsep motivasi berteraskan teladan dan pengalaman. Ini bermaksud penggunaan minda secara betul dan stabil, dan juga optimum untuk menghasilkan perolehan ketenangan dan stamina untuk pecut.
- 3E adalah daripada singkatan bagi perkataan2 Extra Mind, Extra Mild dan Extra Mile.
- Formula motivasi diri untuk berjaya melalui konsep 3E ini telah membantu ramai orang mendapatkan semula apa yang pernah hilang dalam hidup mereka.
Ini bukanlah permainan magik, tapi kesedaran untuk maju dan berjaya telah meletakkan seseorang yang sanggup berada di tempatnya yang sebenar dengan adanya peledak untuk membangkitkan jiwa. Bayangkan, tanpa peledak, kemanakah tujuan, tabungan dan kehidupan kita akan pergi? Terutamanya tabungan yang sudahlah pasti dan tentu sekali tidak pernah singgah ke dalam akaun oleh kerana kesedaran untuk mencipta wang dan meletakkannya disitu tidak pernah berlaku.
Apapun dalam sesi motivasi yang aku hadiri ini bukanlah diajar untuk berniaga. Aku telah dibangkitkan dengan daya kreativiti yang tiba2 dengan sendirinya hadir. Ramai motivator menyatakan dengan menghadiri sesi2 seperti ini akan dapat meledakkan semangat secara tidak lansung akan meletakkan kembali ke tahap dimana sepatutnya kita berada.
Walaupun kursus ini adalah percuma namun informasi yang aku dapat seperti membayar ratusan ringgit. Walaupun tidak sepenuhnya mungkin yang telah di ajar. Melalui kursus Konsep 3E ini secara sendirinya aku mengambil sikap baru. Insya Allah aku akan perjuangkan satu sikap baru ini.
Antara nota yang mendapat perhatian aku dalam konsep 3E ini adalah seperti berikut:
“jika anda merasakan anda gagal anda sebenarnya terkurung dalam kepompong prasangka – semua orang boleh keluar dari kepompong itu dan keluar terbang bebas dan ceria bagaikan rama-rama”
Bunyi macam biasa2 namun bila aku fahami betul2 ia menunjukkan sesetengah kegagalan yang dikatakan tidak mampu diubah pun. Oleh siapa? Oleh tuan punya diri yang gagal itu sendiri. Tidakkah kita dapat melihat bahawa motivasi adalah satu cabang untuk menebat diri kita dengan perisai2 tertentu agar kita degil dengan cabaran dan tidak mudah kalah oleh ujian.
Manusia yang cemerlang dan bahagia adalah mereka yang sanggup menerima kehidupan sebagai satu bentuk kemestian untuk dilalui dalam pelbagai keadaan yang tidak terduga, mungkin payah mungkin mudah. Yang payah tetap diharungi, kalau gagal tidak bermakna akan terus gagal, kalau berjaya bersedia untuk terus berjaya.
Kita sebenarnya jauh lebih hebat dari apa yang kita sangkakan. Ramai yang tidak sedar akan hal ini. Maka itu, kita biasa mendengar apabila seseorang disuruh mengusahakan sesuatu dia akan berkata dia tidak mampu melakukannya. Jarang kita dengar orang akan berkata, “kamu telah membuat pilihan yang bijak dengan memilih aku untuk melakukan pekerjaan ini”.
Tidak akan ada kemajuan tanpa perubahan, mereka yang tidak boleh merubah pemikiran tidak boleh mengubah apa2. Ini boleh dikategorikan kedegilan yang positif bagi memacu kehidupan untuk kejayaan dunia dan insya Allah di akhirat.
Kita dan sesiapapun tidak terkecuali. Jika ingin menceburkan diri dalam bisnes kita harus faham Nabi Muhammmad s.a.w. juga seorang ahli perniagaan. Maka apabila kita berniaga kita sedang melalui sunnah baginda. Semoga ia menjadi ibadah bagi kita di samping menikmati janji2 Allah terhadap seorang peniaga yang jujur.
Subscribe to Blog via Email
Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.
Under One Roof
- Aizuddin
- Aktechpage
- Amanz
- Arithok
- Ayie
- Azizan Kadir
- Azmanisma
- Azral Ramlay
- Diden
- Dnozbiz
- Donnyien
- Etomyam
- Fendidahada.com
- Fitri Hussin
- Ghea Malfirah
- Ieta
- Kamal Mustafa
- Kulanz Salleh
- Lazaac
- Macy
- Mohd Isa
- mr.muhaimin
- Mr.Z
- Nine
- Oh Malaysia
- Parasolx
- Shahrir Jani
- Shahrulnizam
- ST
- Suri
- Syafrizal
- Tutorial Blogging
- Wan Perlis
- Wan Zawawi
- wanwma
- Wazy
- Zezebel
- Zik
- Zulkbo
- Zymazara




Recent Comments