Secara ringkasnya kerja berpasukan merujuk kepada pekerja yang bekerja dalam satu kumpulan yang sering bekerjasama dan menjalankan tugas secara berganding bahu bagi mencapai matlamat pasukan. Sebuah pasukan terdiri daripada gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung iaitu dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengatahuan serta mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugasan secara bersama. Antara ciri2 sebuah pasukan adalah:
CIRI-CIRI | PASUKAN KERJA |
Ketua | Ketua sebagai fasilitator dan pebimbing pasukan |
Membuat keputusan | Persetujuan seluruh pasukan setelah maklumat diterima dan dinilai |
Matlamat | Matlamat ditentukan oleh pasukan |
Penentuan kerja | Pasukan merangcang penugasan kerja secara bersama |
Komunikasi | Komunikasi dua hala yang lebih terbuka dan telus |
Kerjasama | Anggota berkongsi kepakaran dalam menjadi pelengkap antara satu sama lain |
Hasil kerja | Hasil kerja berpasukan |
Penilaian | Prestasi di nilai secara kolektif |
Jadual Ciri2 Sebuah Pasukan
Melalui kerja berpasukan, organisasi dapat meningkatkan hasil tanpa meningkatkan sumber kerana kerja berpasukan melibatkan gabungan usaha, pengatahuan, kemahiran dan kebolehan yang dapat menghasilkan prestasi kerja yang lebih tinggi berbanding jika dilakukan secara bersendirian. Lapan nilai2 utama yang menjasi pra syarat kepada perlaksanaan kerja secara berpasukan iaitu:
- Matlamat sama
- Tanggungjawab bersama
- Saling percaya mempercayai
- Berkongsi idea
- Saling bantu membantu
- Bertolak ansur
- Musyawarah
- Kerjasama
Sering kali wujud kekeliruan antara kerja berpasukan dengan kerja berkumpulan. perlu dipastikan bahawa kedua-dua istilah ini berbeza. Kerja dalam kumpulan belum tentu membawa maksud kerja sepasukan. Terdapat banyak jenis kerja yang dilakukan oleh individu dalam kumpulan tetapi ia belum menjadi kepada contoh kepada kerja berpasukan kerana:
“Kerja berkumpulan menumpukan kepada kerja masing2 tetapi secara beramai-ramai setiap orang telah ditetapkan kerja yang mesti di siapkan. Malah seseorang dalam kumpulan hanya menerima arahan daripada ketua serta tidak terlibat di dalam menentukan sebarang keputusan atau tindakan”
Tambahan lagi, kerja berpasukan dapat menerima anggota pasukan yang berlainan latar belakang dan menganggap anggota yang berbeza sebagai “sebahagian daripada kita” tetapi kerja berkumpulan, biasanya anggota terdiri daripada mereka yang mempunyai persamaan dari segi cara berfikir dan latara belakang dan menganggap orang lain berbeza sebagai “bukan daripada kita“.
Apa itu pasukan berpretasi tinggi?
Sesebuah pasukan dikatakan berprestasi tinggi apabila dapat memberi kepuasan kepada pelanggan, pekerja, pelabur serta pihak lain yang berkepentingan dalam organisasi. Pasukan ini sentiasa menekankan aspek penambahbaikan yang berterusan dalam perancangan dan pengurusan aktivitinya serta kerap menghasilkan kualiti kerja yang lebih baik. Pasukan berprestasi tinggi lebih sedia membangunkan potensi, mengemas kini kepakaran, dan menjadikan kekuatan kognitif serta emosi sebagai penggerak dalam memastikan kecermelangan pasukan.
Oleh itu, faktor2 yang mempengaruhi prestasi sesebuah pasukan perlu dikenal pasti terlebih dahulu bagi meransang penglibatan sepenuhnya oleh anggota pasukan. Prestasi pasukan ditentukan oleh 3 faktor iaitu:
- Kemampuan pekerja
- Persekitaran kerja
- Motivasi pekerja
Terdapat 6 elemen yang membentuk sesebuah pasukan kerja berprestasi tinggi yang mana terdiri daripada:
- Kopetensi anggota pasukan
- Kemahiran, proses dan cara kerja
- Kemahiran interpersonal, komunikasi dan kelebihan personaliti
- Sistem nilai
- Visi, matlamat dan hala tuju yang sama
- Nilai organisasi
Disamping itu kejelasan mengenai peranan, kuasa dan tanggungjawab setiap anggota pasukan turut mempengaruhi prestasi pasukan kerja. Dalam hal ini, setiap anggota dalam pasukan kerja perlu memahami dengan jelas kepercayaan, nilai serta norma yang menjadi pegangan mereka. Apabila mereka mengatahui tugas masing2 dengan sebaiknya serta etika kerja yang menjadi panduan bersama dapat memenuhi sasaran matlamat pembentukan pasukan berprestasi tinggi yang boleh menguntungkan organisasi.
Melihat kepada faktor2 disenaraikan, jelas menunjukkan bahawa keberkesanan, prestasi dan pencapaian sesebuah pasukan di pengaruhi oleh hubung kait antara faktor di peringkat organisasi, pasukan dan individu (anggota). Kekurangan dan kelemahan salah satu faktor akan menyebabkan pasukan kerja gagal berfungsi dengan berkesan dan situasi ini boleh menjejaskan matlamat pasukan yang ingin dicapai.
Usaha ke arah merealisasikan matlamat pembentukan pasukan berprestasi tinggi juga memerlukan jalinan kerjasama yang erat dan komunikasi berkesan antara pihak pengurusan organisasi dengan pasukan serta antara sesama anggota pasukan. Pengembelingan usaha dalam kalangan anggota pasukan penting untuk memastikan pasukan mencapai matlamatnya. Oleh itu, penekanan terhadap konsep C-O-Q-P Driven adalah penting agar pasukan mencapai tahap kematangan yang berjaya melalui 3 tahap kritikal iaitu:
- Kelansungan (survive)
- Perkembangan (growth)
- Kejayaan (excell)
Pendekatan bersepadu ini mengkehendaki pasukan memberi tumpuan kepada tututan pelanggan luaran dan pelanggan dalaman (stakeholder dan majikan), memenuhi objective asal penubuhannya, menepati kualiti dan mencapai produktiviti dalam penghasilan produk atau perkhidmatan.
Kerja berpasukan ni memang baik,
tapi ramai yang tersilap dalam menaplikasikannya, terutama dalam membuat keputusan.., (biasanyan ketua tak berapa nak terima pandangan orang lain)
tapai bila gagal semua akan dipersalahkan 😀
betul tu bro memang kebanyakannya macam tu… pengalaman aku kerja di syarikat melayu dengan syarikat bangsa cina memang berbeza dari segala segi,faktor dan unsur… mungkin aku kongsikan masa akan datang insya-Allah
bagus tu bro,
sekurangnya dapat berkongsi dengan remaja yang bakal memasuki alam perkerjaan..,
Ps : aku cukup respek dengan company Jepun
Insya-Allah aku doakan agar mereka berjaya… aku pernah kerja dengan org2 jepun ni… tak terikut pada mulanya dengan cara mereka bekerja… lama2 jadi terbiasa…
tapi bila dah biasa, memang cara mereka amat menarik 😀
betul2, memang amat menarik…
Untuk membina pasukan memang senang..untuk menanamkan sifat“sebahagian daripada kita” agak susah, sebab kadang2 manusia ni susah nak lakukan kerana sifat ego agak kuat dalam diri..hmm
tu la kekadang sifat tamak dan dengki menguasai diri… harap2 dijauhkan…
betul tu man terutama bila team kita ialah rakan yang dah terlalu biasangan kita dan hampir sama taraf ngan kita…. masak tu
huhuhu… kekadang naik minyak juga jadinya
boleh kena darah tinggi dan tekanan perasaan diabuatnya
huhuhu… betul2… boleh jadi tekanan sepanjang zaman…
begitu ya.. itu kalo di Indonesia namanya organisasi ya?
kalau di Malaysia organisasi bersifatkan badan kerajaan dan swasta, syarikat2 juga pertubuhan2 besar dan kecil…
Menarik sekali,…aku suka. salam dari kota Pekalongan
terima kasih kerana menyinggah… salam dari Malaysia juga…
Wahh..presentation yang cukup menarik..keep it up bro
terima kasih bro…
Ternyata dengan kerja berpasukan terbukti keberkesanannya
Dari kerja yang susah menjadi senang
ibarat bergotong-royong juga la
ya betul2… bergotong royong… alahai ayat tu laa yang nak dicari…
jika aku la.kerja sendiri lebih
senang.
cuma bernama modal je… yang kadang2 ramai terkantoi kat situ…
setiap apa kita lakukan kena
mesyurat.leceh la.
meeting memang leceh… meeting selalu bagi aku bukan perkara yang berinovatif pasal makin melambatkan kerja… dan menambahkan laku kerja… lebih baik meeting kepada perkara yang benar2 perlu dan teramat penting… setahun 2 kali tu dah ok la tu… sekarang ni segala pendapat atau arahan kerja secara online… tanpa perlu duduk kat meja meeting… sekadar pendapat.
si mark zukerberg facebook.masih selesa
dengan keadaan sekarang.facebook itu
dia buat kerana minat.tak suka la
luas kan walaupun pendapatan boleh mencecah berbilion.
itu mark zukerberg mungkin ada strategi dia sendiri… mat sallrh ni cara kerja lain macam sikit.. sukar nak detect
wah mcm g kursus induksi lak…tkenang2 pulak
huhuhu… refresh balik bro…
teringat pulak ayat pertama yg boss baru aku sebut bila 1st time lapor diri 2 minggu lepas..”teamwork, we need a strong teamwork here”… memang itulah penentu tahap kompetensi sesebuah organisasi 😀
huhuhu.. awal2 boss dah sound cam gitu kalau aku cuak juga.. namun semoga maju jaya bro…
kepercayaan aku telah
dimusnah.
tu la kekadang kalau ada yang buat songeh yang tak nak tu
kerja berpasukan seharusnya memang kena ada… kalau kerja sendiri pulak fuh… semangat motivasi tuh nak kena tinggi… yelah kalau ada team.. senang sikit… banyak benda dapat dikurangkan, kerja, otak nak berfikir serta juga…. task2 dapat delegate dengan mudah…
huhuhu kira team sekepala… bukan senang nak dapat tu… walau bergelar sahabat sendiri… aku lebih suka team kepala gila2…
memang bagus…
tapi nak terapkan semangat berpasukan itu agak susah
tu kekadang bertahun baru nak jumpa satu atau sorang yang betul2 nampak ada ciri2 berkomitmen
wah ngomongin yang satu ini aku tidak begitu memahami, mendengarkan dulu aja kali ya ..kalau kata umar bin khatab,pasukan yang baik adalah yang punya komitmen atau aklak yang baik pula..itu kata umar bin khatab..hehe nimbrung kawan.slm
wah terima kasih.. betul tu, sebenarnya perkara ini sudah ada di zaman rasulullah lagi…
kita tengok keadaan untuk
mencapai visi.tetapkan maklamat
agak ia tidak mudah dimusnah kan.
sama juga dengan prinsip pegangan pada agama… berpegang pada yang satu… jadi ianya teguh
menarik gak ni..masa belajar dulu pernah dengar pasal ni.
cuma kekadang terlupa je… macam aku ni…. huhuhuhu
terimaksih..bagus info ni 🙂
sama2 terima kasih singgah dan komen
Panduan dan maklumat yg sangat berguna. Namun sesetengah majikan/bos tidak boleh menerima pandangan/nasihat pekerjanya. Bagi mereka, mereka sahaja yg betul.
*pengalaman sendiri.
setuju… pengalaman aku pun pernah jumpa boss macam tu…
Bilalah nak jadi boss plak ni kan. Hehehe.
pelan2 bro cari pengalaman dan sediakan modal yang secukupnya… sekadar pendapat
Tu la kan. Nak kerja yg minat dan serasi dgn jiwa la pasni.
Insya-Allah mudah2an kehendak itu tercapai.. amin
semacam kerja secara ber kelompok yah
ya betul… sama maksudnya tu…
Sangat sedih dgn semangat kerja berpasukan yg tiada langsung di tempat keje baru ini.
Malah staff senior yg sama baya umur dgn ayah kita pun boleh tikam kita dr belakang, subhanallah… sabor je la..
tu lah yang biasa di dengar kekadang nak abaikan pun serba salah je… pikirkanlah cara yang terbaik bro, jangan ikut jejak langkah dia dah le…
suri..kerja sorang2 hee..bos ada sllu buat semakan jer..opis cawagan mmg tak besar tapi jenuh jugak suri nak arrange satu2 hal huu..
p/s:bos cuti masuk 3 minggu aduh rasa nak demam jer suri dibuatnya huuu..
dah nama boss ni yang payah ni… suka suki dia je punya hal… kalau keje sesorang pun kekadang suka suki kita apa nak buat…. namun kerja tetap siap… huhuhu
berkunjung, ijin baca2 🙂
boleh sahaja… takderk hal….
Tapi kan, kadang2 kerja berpasukan ni bukan semuanya jujur.. Kalau semua jujur oklah, kalau kena yng kaki ngular..huh, jawabnya siksalah anak2 buah yang lain, masak woo…he3
yup betul tu… bisanya orang yang begitu awal2 diarang reject je… kalau simpan buat penyakit…
Aduh saya agak bingung dengan bahasa melayu. Salam kenal aja..
salam kenal.. maaf banyak2 kalau kurang memahaminya…
mintak izin ya nak gunakan sedikit maklumat untuk tugasan saya.tq
silakan Zaira…
mohon share.tq
apa salahnya.. silakan.. u r welcome
wahh..sgt berguna tp nk tnye klau kerja berpasukan tu cuma 2 orang je ttap dipanggil kerja berpasukan ke?
yup… tetap kerja berpasukan kerana ada gandingan
menarik article ni. saya nak share boleh tuan. mohon email tuan
terima kasih
silakan…
harus saling melengkapiii
bener gak min?
bener… apa pun perkara mesti saling melengkapi…
nice information and visit to :
https://www.ittelkom-sby.ac.id/
Kerjasama memang sangat dibutuhkan guna mempercepat proses selesainya suatu pekerjaan. Dengan kerjasama pula kita jadi bisa tahu isi dari pola pikir orang lain. Terimakasih
ya betul tu… bekerjasama adalah sangat penting untuk mendatangkan kejayaan