apa itu kerja berpasukan

By | December 24, 2010

Secara ringkasnya kerja berpasukan merujuk kepada pekerja yang bekerja dalam satu kumpulan yang sering bekerjasama dan menjalankan tugas secara berganding bahu bagi mencapai matlamat pasukan. Sebuah pasukan terdiri daripada gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung iaitu dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengatahuan serta mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugasan secara bersama. Antara ciri2 sebuah pasukan adalah:

CIRI-CIRI PASUKAN KERJA
Ketua Ketua sebagai fasilitator dan pebimbing pasukan
Membuat keputusan Persetujuan seluruh pasukan setelah maklumat diterima dan dinilai
Matlamat Matlamat ditentukan oleh pasukan
Penentuan kerja Pasukan merangcang penugasan kerja secara bersama
Komunikasi Komunikasi dua hala yang lebih terbuka dan telus
Kerjasama Anggota berkongsi kepakaran dalam menjadi pelengkap antara satu sama lain
Hasil kerja Hasil kerja berpasukan
Penilaian Prestasi di nilai secara kolektif

Jadual Ciri2 Sebuah Pasukan

Melalui kerja berpasukan, organisasi dapat meningkatkan hasil tanpa meningkatkan sumber kerana kerja berpasukan melibatkan gabungan usaha, pengatahuan, kemahiran dan kebolehan yang dapat menghasilkan prestasi kerja yang lebih tinggi berbanding jika dilakukan secara bersendirian. Lapan nilai2 utama yang menjasi pra syarat kepada perlaksanaan kerja secara berpasukan iaitu:

  1. Matlamat sama
  2. Tanggungjawab bersama
  3. Saling percaya mempercayai
  4. Berkongsi idea
  5. Saling bantu membantu
  6. Bertolak ansur
  7. Musyawarah
  8. Kerjasama

Sering kali wujud kekeliruan antara kerja berpasukan dengan kerja berkumpulan. perlu dipastikan bahawa kedua-dua istilah ini berbeza. Kerja dalam kumpulan belum tentu membawa maksud kerja sepasukan. Terdapat banyak jenis kerja yang dilakukan oleh individu dalam kumpulan tetapi ia belum menjadi kepada contoh kepada kerja berpasukan kerana:

“Kerja berkumpulan menumpukan kepada kerja masing2 tetapi secara beramai-ramai setiap orang telah ditetapkan kerja yang mesti di siapkan. Malah seseorang dalam kumpulan hanya menerima arahan daripada ketua serta tidak terlibat di dalam menentukan sebarang keputusan atau tindakan”

Tambahan lagi, kerja berpasukan dapat menerima anggota pasukan yang berlainan latar belakang dan menganggap anggota yang berbeza sebagai “sebahagian daripada kita” tetapi kerja berkumpulan, biasanya anggota terdiri daripada mereka yang mempunyai persamaan dari segi cara berfikir dan latara belakang dan menganggap orang lain berbeza sebagai “bukan daripada kita“.

Apa itu pasukan berpretasi tinggi?

Sesebuah pasukan dikatakan berprestasi tinggi apabila dapat memberi kepuasan kepada pelanggan, pekerja, pelabur serta pihak lain yang berkepentingan dalam organisasi. Pasukan ini sentiasa menekankan aspek penambahbaikan yang berterusan dalam perancangan dan pengurusan aktivitinya serta kerap menghasilkan kualiti kerja yang lebih baik. Pasukan berprestasi tinggi lebih sedia membangunkan potensi, mengemas kini kepakaran, dan menjadikan kekuatan kognitif serta emosi sebagai penggerak dalam memastikan kecermelangan pasukan.

Oleh itu, faktor2 yang mempengaruhi prestasi sesebuah pasukan perlu dikenal pasti terlebih dahulu bagi meransang penglibatan sepenuhnya oleh anggota pasukan. Prestasi pasukan ditentukan oleh 3 faktor iaitu:

  1. Kemampuan pekerja
  2. Persekitaran kerja
  3. Motivasi pekerja

Terdapat 6 elemen yang membentuk sesebuah pasukan kerja berprestasi tinggi yang mana terdiri daripada:

  1. Kopetensi anggota pasukan
  2. Kemahiran, proses dan cara kerja
  3. Kemahiran interpersonal, komunikasi dan kelebihan personaliti
  4. Sistem nilai
  5. Visi, matlamat dan hala tuju yang sama
  6. Nilai organisasi

Disamping itu kejelasan mengenai peranan, kuasa dan tanggungjawab setiap anggota pasukan turut mempengaruhi prestasi pasukan kerja. Dalam hal ini, setiap anggota dalam pasukan kerja perlu memahami dengan jelas kepercayaan, nilai serta norma yang menjadi pegangan mereka. Apabila mereka mengatahui tugas masing2 dengan sebaiknya serta etika kerja yang menjadi panduan bersama dapat memenuhi sasaran matlamat pembentukan pasukan berprestasi tinggi yang boleh menguntungkan organisasi.

Melihat kepada faktor2 disenaraikan, jelas menunjukkan bahawa keberkesanan, prestasi dan pencapaian sesebuah pasukan di pengaruhi oleh hubung kait antara faktor di peringkat organisasi, pasukan dan individu (anggota). Kekurangan dan kelemahan salah satu faktor akan menyebabkan pasukan kerja gagal berfungsi dengan berkesan dan situasi ini boleh menjejaskan matlamat pasukan yang ingin dicapai.

Usaha ke arah merealisasikan matlamat pembentukan pasukan berprestasi tinggi juga memerlukan jalinan kerjasama yang erat dan komunikasi berkesan antara pihak pengurusan organisasi dengan pasukan serta antara sesama anggota pasukan. Pengembelingan usaha dalam kalangan anggota pasukan penting untuk memastikan pasukan mencapai matlamatnya. Oleh itu, penekanan terhadap konsep C-O-Q-P Driven adalah penting agar pasukan mencapai tahap kematangan yang berjaya melalui 3 tahap kritikal iaitu:

  • Kelansungan (survive)
  • Perkembangan (growth)
  • Kejayaan (excell)

Pendekatan bersepadu ini mengkehendaki pasukan memberi tumpuan kepada tututan pelanggan luaran dan pelanggan dalaman (stakeholder dan majikan), memenuhi objective asal penubuhannya, menepati kualiti dan mencapai produktiviti dalam penghasilan produk atau perkhidmatan.

67 thoughts on “apa itu kerja berpasukan

  1. Pingback: Tweets that mention apa itu kerja berpasukan -- Topsy.com

    1. hazlan Post author

      betul tu bro memang kebanyakannya macam tu… pengalaman aku kerja di syarikat melayu dengan syarikat bangsa cina memang berbeza dari segala segi,faktor dan unsur… mungkin aku kongsikan masa akan datang insya-Allah

      Reply
        1. hazlan Post author

          Insya-Allah aku doakan agar mereka berjaya… aku pernah kerja dengan org2 jepun ni… tak terikut pada mulanya dengan cara mereka bekerja… lama2 jadi terbiasa…

          Reply
    1. hazlan Post author

      tu la kekadang sifat tamak dan dengki menguasai diri… harap2 dijauhkan…

      Reply
    1. hazlan Post author

      kalau di Malaysia organisasi bersifatkan badan kerajaan dan swasta, syarikat2 juga pertubuhan2 besar dan kecil…

      Reply
    1. hazlan Post author

      ya betul2… bergotong royong… alahai ayat tu laa yang nak dicari…

      Reply
    1. hazlan Post author

      cuma bernama modal je… yang kadang2 ramai terkantoi kat situ…

      Reply
    1. hazlan Post author

      meeting memang leceh… meeting selalu bagi aku bukan perkara yang berinovatif pasal makin melambatkan kerja… dan menambahkan laku kerja… lebih baik meeting kepada perkara yang benar2 perlu dan teramat penting… setahun 2 kali tu dah ok la tu… sekarang ni segala pendapat atau arahan kerja secara online… tanpa perlu duduk kat meja meeting… sekadar pendapat.

      Reply
        1. hazlan Post author

          itu mark zukerberg mungkin ada strategi dia sendiri… mat sallrh ni cara kerja lain macam sikit.. sukar nak detect

          Reply
  2. etomyam

    teringat pulak ayat pertama yg boss baru aku sebut bila 1st time lapor diri 2 minggu lepas..”teamwork, we need a strong teamwork here”… memang itulah penentu tahap kompetensi sesebuah organisasi :D
    etomyam´s last blog post ..Memahami Who Moved My Cheese

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu.. awal2 boss dah sound cam gitu kalau aku cuak juga.. namun semoga maju jaya bro…

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu kira team sekepala… bukan senang nak dapat tu… walau bergelar sahabat sendiri… aku lebih suka team kepala gila2…

      Reply
    1. hazlan Post author

      tu kekadang bertahun baru nak jumpa satu atau sorang yang betul2 nampak ada ciri2 berkomitmen

      Reply
    1. hazlan Post author

      wah terima kasih.. betul tu, sebenarnya perkara ini sudah ada di zaman rasulullah lagi…

      Reply
    1. hazlan Post author

      sama juga dengan prinsip pegangan pada agama… berpegang pada yang satu… jadi ianya teguh

      Reply
        1. hazlan Post author

          pelan2 bro cari pengalaman dan sediakan modal yang secukupnya… sekadar pendapat

          Reply
            1. hazlan Post author

              Insya-Allah mudah2an kehendak itu tercapai.. amin

    1. hazlan Post author

      tu lah yang biasa di dengar kekadang nak abaikan pun serba salah je… pikirkanlah cara yang terbaik bro, jangan ikut jejak langkah dia dah le…

      Reply
  3. suri

    suri..kerja sorang2 hee..bos ada sllu buat semakan jer..opis cawagan mmg tak besar tapi jenuh jugak suri nak arrange satu2 hal huu..

    p/s:bos cuti masuk 3 minggu aduh rasa nak demam jer suri dibuatnya huuu..

    Reply
    1. hazlan Post author

      dah nama boss ni yang payah ni… suka suki dia je punya hal… kalau keje sesorang pun kekadang suka suki kita apa nak buat…. namun kerja tetap siap… huhuhu

      Reply
    1. hazlan Post author

      yup betul tu… bisanya orang yang begitu awal2 diarang reject je… kalau simpan buat penyakit…

      Reply
    1. hazlan Post author

      salam kenal.. maaf banyak2 kalau kurang memahaminya…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge