cara dan kaedah otak manusia berfikir

By | December 22, 2010

Kedua-dua belah otak manusia mempunyai fungsi yang cukup berbeza. Otak dominan hemispera kanan lebih cenderung kepada kreativiti, imiginasi, intiusi, konseptual dan empati. Dimana hemispera kanan pula bekerja secara tidak berstruktur, melihat sesuatu itu dalam gambaran yang sangat meluas dan berfikir secara menyeluruh. Antara pekerjaan yang banyak menggunakan hemispera kanan adalah di dalam industri hiburan dan fesyen.

Hemispera kiri pula lebih cenderung kepada kecerdasan analitikal, logik, matematik dan sainstifik. Mereka yang dominan himespera kiri mampu berfikir secara sistemetik dan terperinci. Mereka ini mudah untuk memahami perkara2 yang kompleks serta memerlukan maklumat yang sangat terperinci. Jurutera, Pustakawan, Kaunselor, Pengaturcara Komputer adalah diantara pekerjaan yang banyak menggunakan otak kiri. Keadaan ini tidak juga membawa madsud bahawa sebagai manusia kita hanya menggunakan sebelah bahagaian otak sahaja tetapi kita perlu akur bahawa manusia mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Contohnya dalam soal melukiskan sesuatu gambar, ramai di antara kita yang hanya mampu melakar dan mengimiginasikan sesuatu lukisan tetapi tidak ramai yang berkemahiran untuk melukis apa yang diimiginasikan.

Namun manusia tetap dengan kekurangan ini, gabungan antara mereka yang dominan hemispera kiri dan hemispera kanan amat diperlukan di dalam mana2 organisasi yang ingin perniagaan mereka berjaya terutama sekali dalam melaksanakan pembaharuan yang berterusan.

Secara tradisinya, pemimpin dominan hemispera kiri tidak dapat membezakan di antara inovasi yang bernas dan tidak bernas. malah mereka tidak begitu menghargai kemahiran yang diperlukan untuk membina dan mengekalkan budaya kreatif dan rekacipta yang berterusan. Pemikiran menyeluruh iaitu penggunaan kedua belah hemispera amat perlu dalam memastikan sesebuah organisasi itu terus relevan dalam dunia perniagaan dengan menghasilkan pembaharuan secara berterusan. Perbezaan antara pemimpin dominan hemispera kiri dan hemispera kanan boleh dilihat dari gaya dan kaedah mereka mengurus dan mentadbir organisasi mereka.

Gaya Mengurus Dominan Hemispera Kiri Gaya Mengurus Dominan Hemispera Kanan
  • Tidak menggalakkan idea2 baru
  • Idea baru dan kreatif amat dialu-alukan
  • Organisasi tersebut tidak menitik beratkan soal keperluan luaran atau pelanggan
  • Organisasi memfokuskan kepada kehendak pelanggan
  • Menyelesaikan masalah merupakan tumpuan utama
  • Mengambil berat ke atas peluang2 baru
  • Organisasi tersebut sangat menghargai kestabilan dan pengalaman
  • Motivasi dan inovasi merupakan nilai yang amat dihargai
  • Kejayaan organisasi lebih diutamakan berbanding kejayaan individu
  • Matlamat organisasi dan matlamat individu adalah selari
  • Mengarah dan mengawal adalah proses utama
  • Semua kakitangan diberikan kuasa dan ruang untuk berkarya
  • Sukar untuk mengubah minda dan pemikiran mereka
  • Minda dan polisi berubah mengikut keadaan

41 thoughts on “cara dan kaedah otak manusia berfikir

      1. suri

        cam tu kena gunakan cara adil..

        cth harni kita membaca buku..pastu kita mmbuat kira2 ok juga tuh kira kita dah gunakan dua hemisfera kita dgn baik hee

        Reply
        1. hazlan Post author

          menarik juga cadangan suri… hari ketiga try dan cuba melukis untuk kreativiti otak belah kanan datang… hari keempat layan main catur ke… bagi otak sebelah kiri pula warming up..

          Reply
  1. Faarihin

    betullah.. kalau dapat imbangkan dua2 memanglah sangat seronok.. =]

    saya kuat berimaginasi maknanya terlalu banyaklah menggunakan otak kanankan… hehehe….

    Reply
    1. hazlan Post author

      terima kasih banyak2 bro alif… harap2 bahan2 kat sini dapat menambahkan lagi ilmu dan pengalaman

      Reply
    1. hazlan Post author

      wah berjiwa seni rupanya… boleh aku tau apakah bakat seni tu… ?

      Reply
  2. adele

    thanks,nice info..hari tu blaja subjek otak ni dlm inggeris, tp sy dpt terjemahannya di sini.ehehe.sy rsa sy mrupakan pengguna otak kiri dan kanan šŸ˜€

    Reply
    1. hazlan Post author

      oh begitu, namun boleh di praktikkan dengan berusaha menggunakan sebelah kiri pulak…

      Reply
    1. hazlan Post author

      boleh kalau melatih dan berusaha… tapi kalau dah tua2 macam aku ni… dah kematu… elok pada darah2 muda ni….

      Reply
    1. hazlan Post author

      harap memberikan faedah dan pengatahuan…. sama2 kita kongsi

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *