Internet routing adalah salah satu proses untuk menghantar atau menghalakan packet dengan menggunakan kaedah metric yang paling optimal ke destinasinya. Kaedah ini adalah menggunakan ROUTER. Router bekerja di lapisan ke 3 Open Systems Interconnection (OSI) layer.
Penghantaran arah packet mungkin boleh dipelajari dari maklumat lapisan ke 3 OSI layer iaitu digelar sebagai IP address. Biasanya ia di kaitkan sebagai gateway tetapi sebenarnya adalah tidak semestinya yang gateway itu adalah router.
- Komponen hardware dan juga software router sebagai contoh bagi sebuah router Cisco, software atau perisian yang digunakan di bernama Cisco Internet Operating System (IOS).
- Hardware atau peralatan pengoperasian router pula terdiri daripada CPU, sebagai contoh Cisco router 2505 menggunakan processor 20MHz Motorola 68EC030.
- Ia juga mempunyai komponen memori seperti NVRAM, flash RAM dan juga RAM. Untuk penyambungan ke peralatan network lain menggunakan ports sebagai contoh adalah serial ports.

Gambar Cisco Router 4000 series
Gambar di bawah pula adalah contoh penggunaan router untuk menghubungkan dua LAN yang berada dua lokasi yang berlainan melalui sambungan Wide Area Network (WAN : Rangkaian Kawasan Luas)
Bagaimana proses routing berfungsi?
Mungkin pembacaan seterusnya agak sukar difahami namun aku harap ianya dapat membantu untuk lebih difahami. Lihat gambar di bawah bagaimana router menghubungkan dua LAN biasanya melalui sambungan WAN:
Ambil contoh gambar di atas. “Logical path” atau route antara LAN Host ABC dan LAN Host XYZ melalui beberapa jenis rangkaian data link iaitu ethernet, Fiber Distributed Data Interface (FDDI) dan token ring. Untuk melaluinya frame akan di “encapsulate” (dikapsulkan), cuma kita andaikan seperti surat yang dimasukkan kedalam sampul surat yang pada level ini dipanggil packet.
Setiap kali melalui rangkaian data link tersebut, frame mempunyai formatnya yang tersendiri. (sebagai contoh, format frame yang melalui ethernet akan berbeza dengan FDDI dan token ring.) namun data yang dihantar adalah tetap sama.
- Host ABC mengkapsulkan data yang dihantar kepada sebuah packet untuk melalui rangkaian data link ethernet (LAN). Data akan dihantar kepada default gateway iaitu router A . (Data dimasukkan ke dalam sampul surat pertama dan seterusnya dimasukkan ke sampul surat yang lebih besar apabila sampai ke router A). Destinasi yang dikenalpasti bagi frame tersebut adalah interface pada router A dan asal (source) pula adalah host ABC.
- Router A akan menanggalkan packet tadi dari ethernet frame kerana router A sudah mengenalpasti bahawa hop seterusnya adalah dari jenis rangkaian data link FDDI yang berbeza jenis formatnya. Sebelum keluar dari interface router A , data akan dikapsulkan lagi ke dalam format frame FDDI. Sekarang destinasi yang dikenalpasti bagi frame ini adalah FDDI interface bagi router B dan asal (source) pula adalah FDDI interface bagi router B.
- Perkara yang sama berlaku pada rangkaian C iaitu proses penanggalan format frame pada rangkaian yang seterusnya seperti sebelumnya. Destinasi yang dikenalpasti adalah sebuah WAN menggunakan link serial yang mungkin menggunakan format High-Level Data Link Control (HDLC) dan sebagainya dan source asal juga adalah serial interface router B.
- Akhirnya, pada peringkat terakhir router C menggunakan frame format Token Ring setelah mengetahui bahawa destinasi terakhir ini menggunakan rangkaian token ring. Packet akhirnya sampai ke destinasi iaitu host XYZ.
Contoh yang tertera diatas adalah menunjukkan cara asas bagaimana sistem router berfungsi apabila melalui berbagai jenis rangkaian datalink yang berbeza. Proses pengkapsulan (encapsulation) dan penyahkapsulan (de-encapsulation) akan berlaku apabila melalui jenis rangkaian yang berbeza.
Hadoi fehning gak aku dibuatnya,
nak kena ulang banyak kali ni bro,
Thank sebab kongsi maklumat ni,
Ps : nak baca semula
u r welcome… tak pe baca pelan2 ambik masa… maaf kalau ada apa2 yang tak clear
biasalah tu bro.. ada setegah org mudah faham..tangkap..cam suri ni amik masa skit hee….
terima kasih atas pemahaman ilmu yg di beri 🙂
memang perlu juga ambik masa… kalau tak tersongsang pulak nanti…
owh mcam tuh ek bro.. dia punya bagaimana sistem router berfungsi…. maknanya kalau yang boleh buat jaraknya dia jauh.. setting kat mana? setting kat signal dia lah ek..
lagi satu.. internet routing nie.. dia ada kesan kepada manusia tak?? yela hari2 guna… takut juga..huhu
huhuhu… pernah setting router erk? kalau nak ikutkan macam2 tempat kena setting..lagi2 kalau guna jenis cisco ni… bergantung cara penggunaan sesebuah syarikat juga.. oh pasal kesan tu aku rasa tak kot, tapi tak tau lah kalau dah ada keluar informasi pasal kesan routing internet ni merbahaya, tak pernah pulak jumpa setakat ni…
Banyak lagi ilmu baru jumpa kt sini.. tq tq..
seronok berkongsi2 ilmu dan pengalaman ni…
ilmu yg bagus. tp aku kene bace lg. sebab masih samar2 lg. hehe
tq2… pelan2 baca…
pening2.. skadar mampu menengoknya aje.. huhuhu..
huhuhuhu… tak apa…
Selepas tiga kali baca baru faham konsep router ni. Tapi bagi sambungan LAN menggunakan LAN ni, macam mana contoh penggunaannya? Kalau router biasa tu direct connect kan. Tapi yg WAN ni agak complicated. Harap boleh disertakan contoh dalam dunia sebenar.
Peace!
betul t bro router biasa direct je connect… cuma gambaran dunia sebenar aku ada ambik cuma agak lebih sukar untuk di fahami pasal masing2 di sumbat dalam satu rak.. jadi agak sesak… namun akan aku cuba asing2kan nanti… Insya-Allah.
Sekarang baru ku tau dgn lebih mendalam apa itu internet routing..
Want more pleasee….. 😀
huhuhu… syukur Alhamdulillah…. insya-Allah.
benda2 cmni setakat baca dan faham skit2 bole la bag aku.
huhuhu.. tak pe bro sebagai tambahan ilmu sikit2…
ilmu yg cukup bguna. tq byk2 la
sama2…
wah review yg bagus sekali bro… thx
btw saya sudah follow di Google Friend Connect..please follow me back
ok nanti aku menyusul… tunggu free sikit ni
Seronok apabila setting router ni
memang seronok…
wah manstab,,numpang nguping ni sob..aku fallow google friend connect tolong fallow back ye..thnks
tak der hal kalau nak nguping2 kat sini… on the way….
jadi inget maasa SMK aku duluu
belajar giniann
hehehe sama le kita..