apakah yang dimaksudkan dengan kreativiti dan inovasi

By | December 27, 2010

Inovasi adalah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk baru, produk dan perkhidmatan yang lebih baik. ini bermakna, setiap organisasi sama ada berasaskan keuntungan atau tidak akan bersaing untuk menghasilkan idea kreatif bagi manfaat organisasi bersama. Inovasi juga berfikir (deemed) untuk menghasilkan sesuatu yang baru di pasaran yang akan merubah persamaan antara permintaan dan pengeluaran (supply-demand equation). Daripada pengertian di atas dapatlah disimpulkan secara mudah bahawa inovasi sebagai:

  • Penghasilan baru
  • Berdasarkan proses penyusunan semula
  • Menggunakan unsur yang sedia ada
  • Penghasilan sesuatu yang unik, mudah dan bernilai

Perlaksanaan inovasi dilakukan oleh mereka yang berfikiran kreatif dan kritis untuk menjadi peneraju (pioneer) dan meraih peluang yang maksimum. Secara am, inovasi terdapat dalam dua peringkat iaitu:

1. Peringkat Individu

Di peringkat ini, inovasi dilaksanakan oleh individu yang berfikiran kreatif. Terdapat pelbagai cara untuk menjadi individu yang berfikiran kreatif dan kritis seperti dengan menimba ilmu, meneliti persekitaran dan seterusnya menbina idea baru. Cetusan idea2 baru bukan sahaja dapat menghasilkan teknologi baru, membaiki kualiti sesuatu benda atau menyelesaikan masalah malahan dapat mengubah ketamadunan manusia.

Sebagai contoh penggunaan mesin taip yang digunakan sekitar tahun 1870-an sehingga 1980-an yang dihasilkan oleh Peter Mitterhofer. Kemudian revolusi mesin taip ditukar kepada penghasilan komputer elektronik oleh Charles Babbage yang dilihat untuk membaiki kualiti sesuatu kerja serta dihasilkan seiring dengan arus kemodenan dan persekitaran semasa. Oleh itu setiap anggota sesebuah organisasi perlu sedar akan kepentingan ilmu dan mencetuskan pemikiran kreatif dan inovasi dalam usaha untuk membangun.

2. Peringkat Organisasi

Di peringkat organisasi pula, inovasi merupakan salah satu ciri penting dalam sesebuah organisasi yang dinamik dan terbuka. Setiap organisasi sentiasa berinteraksi secara aktif dan prospektif dengan persekitaran. Prospektif ialah sifat mencari peluang baru untuk menguasai keadaan atau untuk meraih keuntungan yang maksimum atau memberi perkhidmatan yang terbaik untuk pekerja2nya serta organisasi itu sendiri.

Organisasi inovatif adalah organisasi yang berwawasan dan bijak merencana strategik. Ini boleh direalisasikan dengan cara:

  1. Meneliti ciri2 kekuatannya dan menggunakannya untuk mempertahankan kedudukannya dalam sesuatu ekosistem.
  2. Meneliti kelemahan2 dan merangka strategi mengatasi setiap kelemahan dengan cekap dan pantas.
  3. Meneliti ekosistem dan mengenal pasti peluang2 yang ada untuk memperolehi secara sistematik.
  4. Mengatur strategi, dasar dan prosedur untuk menentang ancaman dan bahaya dari luar dan dalam organisasi.

Takrif Kreativiti dan Inovasi

Kreativiti ditakrifkan sebagai proses pemikiran yang mendorong dalam merealisasikan idea baru juga sebagai penemuan baru di mana ia menuju ke arah yang lebih realiti.

Dalam konteks ini kreativiti boleh ditaksirkan sebagai kombinasi di antara idea baru dan idea lama. Idea baru diperlukan dan idea lama dikaji dan dinilai semula. Ia juga merupakan proses melihat semula, memilih, menukar ganti, gabungan dua maklumat idea baru dan kemahiran. Antara contoh kombinasi idea baru dan idea lama boleh dilihat kepada fungsi penggunaan telefon dahulu dan kini.

Jika dahulu telefon hanya digunakan sebagai alat sebuah komunikasi, namun kini telefon bukan sahaja alat untuk berkomunikasi tetapi juga sebagai peranti hiburan, internet, kamera dan sebagainya.

Terdapat empat fasa (langkah) utama di dalam proses kreativiti iaitu:

  1. Pengumpulan Maklumat (Knowledge Accumulation)
  2. Inkubasi (Incubation)
  3. Idea
  4. Penilaian dan Perlaksanaan

Faktor utama dalam perkembangan kreativiti dan inovasi

Sesebuah organisasi yang menuju kearah kreativiti dan inovatif ini perlu mengambil kira beberapa faktor utama dalam perkembangan kreativiti dan inovasi. Antara faktor2 utama menuju ke arah organisasi kreativiti dan inovasi adalah:

  • Pengurusan
  • Kepimpinan
  • Budaya
  • Teknologi
  • Komunikasi Terbuka
  • Penyelesaian Masalah
  • Strategi

Pengurusan

Pengurusan yang kreatif dan inovatif perlu dirangka berlandaskan perancangan yang strategik. Perancangan yang dibuat adalah bersifat progresif serta berpaksikan kepada strategi kreatif dan inovatif untuk memperjuangkan visi, misi dan matlamat sesebuah organisasi. Pengurusan organisasi melibatkan:

  • Perancangan perubahan
  • Pengurusan Pengatahuan
  • Pengurusan organisasi yang berkesan.

45 thoughts on “apakah yang dimaksudkan dengan kreativiti dan inovasi

  1. Mohd Isa

    mak aih…panjang nyer…hehe…satu perkongsian yg menarik bro…aku bab inovasi memang laju…memperbaharui ciptaan orang…bab kreativiti ni kureng skit…idea byk…nak laksanakan…ades….berat je rasa…haha

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… mungkin aku tak reti nak buat entry pendek2 kot bro…. namun kalau digabungkan dengan org yang berkreativiti mungkin akan jadi lebih menarik… tinjau2lah bro… idea dah ada tu… sekadar pandangan

      Reply
      1. dnoBiz

        Walupun panjang tapi seabab maklumat nye menarik, aku tetap suka…, cuma aku kena ulang beberapa kali heheheh

        Reply
    1. hazlan Post author

      yang baru nak menghasilkan atau tengah mencari produk juga digalakkan…

      Reply
  2. wisata murah

    wah sahabat yang satu ini memang seperti motto suzuki, “ber-inovasi tak bernah henti”
    hehe .anda ini seorang guru yang baik.menerangkan gagasan/idea dengan gamblang dan mudah dimengerti.thanks sahabat sharingnya…ngomong ngomong selamet ya,kesebelasan malaysia memang layak jadi juara..salam

    Reply
    1. hazlan Post author

      terima kasih sahabat…. cuma mohon maaf ketaksupan dan kebodohan penyokong tuan rumah menggunakan laser… aku sendiri mengutuk dan tidak suka perkara itu terjadi…

      Reply
  3. etomyam

    ulasan dan huraian yang cukup lengkap ni bro, syabas atas perkongsian amat berfaedah ni… di sesetengah organisasi sudah pun mula diwujudkan bahagian khas inovasi dan pembangunan sumber manusia dalam satu bahagian

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul2 sama juga tempat aku bekerja… cara kerja pun berbeza dengan research department… tapi kalau dua2 digabungkan lagi menarik

      Reply
  4. MR.Z

    memang perlu ada kreativiti dan inovasi dalam menghasilkan suatu ciptaan… gandingan yang mantap tu.. strategi pun perlu ada dalam menyelesaikan masalah dalam merekabentuk ciptaan baru..

    Reply
    1. hazlan Post author

      pikiran dan idea manusia memang berbeza.. kalau digabungkan mantap hasilnya… peranan jangan main tikam belakang dan perkara2 negatif lain harus tidak berlaku… bagi memantapkan pasukan dan organisasi itu sendiri, masing2 perlu hormat dengan kelebihan dan kekurangan diri. sekadar pendapat…

      Reply
    1. hazlan Post author

      betul2.. ciptaan lain dari yang lain atau keluaran yang tak pernah terpikir… memang akan menjadi tumpuan ramai….

      Reply
  5. Botak

    Sekarang ni ramai orang berkelulusan tinggi.,
    tapi sayang., tak ramai yang melahirkan inovasi baru..

    Reply
    1. hazlan Post author

      belajar dah senang.. kelulusan pun agak senang yang payah tunggu tahun nak abis dan membayar hutang belajar… tapi sekiranya minat itu mendalam inovasi dan kreativiti akan datang sendiri… huhuuu apa aku mengarut pulak ni…

      Reply
  6. zik

    sedang memikirkan apa kah innovasi yang diperlukan… innovasi dari peringkat individu hinggalah peringkat organisasi…

    Reply
  7. che armad

    dulu mase kecik2 teringin nak cipta kereta batman….
    tapi bila dah besar macam mengarut plak…..
    hahahaha…..
    tapi imaginasi kanak-kanak paling hebat….
    kalau disuntik dengan idea inovasi mungkin boleh jadi realiti ….
    tak percaye…. cube try…..
    hehehehe…..

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu batman… aku dulu suka knight rider, cadangan yang cukup menarik.. sekurang2nya terpikir tu dah kira beridea… betul juga lepas ni try nak layan budak2 yang tengah berimiginasi kot2 ianya idea yang menarik…

      Reply
  8. deCrewz

    Sama macam blog.. Kalau kreatif buat tajuk entry, kompom meletup, tp masalahnya, kering idea nih..tulun..tulun..he3

    Reply
    1. hazlan Post author

      oh kalau pasal tajuk meletop, orang sekarang suka pasal gosip artis dengan barangan murah pasti laju je… eh ye ke? hahah tengah blur juga aku ni bro…

      Reply
  9. dnoBiz

    Terbaik tu Bro,
    Masalahnya ramai yang berpengetahwan tapi tak ramai yang mampu mengolah pengetahwan mereka..,

    Reply
    1. hazlan Post author

      rasanya cuma mereka yang kena tolong diri mereka sendiri… org lain cuma dapat menunjukkan jalan sahaja…

      Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu cikgu aku juga pernah cakap macam tu… cuma ditambah… adakah betul2 minat? tak tau tapi minat teruskan, tau tapi tak minat abaikan….dalam kepala otak aku… apa bendanya cikgu aku cakap ni…?

      Reply
  10. Demelture

    Perkongsian yang menarik dan idea yang boleh dipraktikkan. Pendapat peribadi saya, kreatif adalah bakat yang perlu diasahkan lagi agar ia menunjukan kita mampu melaksanakan atau menyelesaikan masalah dengan cara sendiri dengan menggunakan kreativiti sendiri. Inovasi pula adalah bagai mana untuk kita meningkatkan lagi atau menggubah sesuatau yang lama menjadi idea yang baharu. Jadi untuk masa kini kita memerlukan seseorang yang krativiti dan inovasi terutama dalam organisasi.

    Reply
  11. ijam

    entri yg bagus. sdg mcari2 pengertian ttg inovasi, tjmpa blog tuan. mohon sy simpan n kongsi artikel2 tuan.

    Reply
  12. Anna

    Tq..sbb terjumpa blog ni..pening juga nak faham inovasi..tp tq sbb ada membantu..tepat dengan yg dicari..senang difahami..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *