Bioperubatan nadi utama sains hayat

By | December 30, 2010

Adakah korang mengatahui, jika tiada mereka yang bergelar saintis dalam bidang bioperubatan (biomedicine) maka mereka yang bergelar doktor mungkin tidak boleh berfungsi. Jenis2 rawatan sesuai yang perlu diberikan kepada seseorang pesakit adalah di tangan pakar2 saintis bioperubatan ini.

Bidang sains bioperubatan adalah bidang yang berteraskan sains kesihatan atau sains hayat di mana penyiapan individu sehingga membolehkannya berfungsi sebagai salah satu anggota pasukan yang turut terdiri daripada doktor perubatan dan teknologis yang dapat  bekerjasama untuk menghasilkan keputusan yang diperlukan bagi  menilai sesuatu penyakit dan keberkesanan rawatan yang diberikan. Selain mahir menggunakan peralatan makmal, seseorang yang bergelar saintis bioperubatan juga boleh mengurus makmal diagnostik, perniagaan dan perindustrian.

Contoh yang paling terdekat adalah ketika wabak penyakit Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang pernah melanda seluruh dunia di mana lebih 160 kematian barulah dapat diketahui punca penyakit itu di mana ianya dari sejenis virus iaitu Coronavirus.

Pakar2 sains bioperubatan bertungkus lumus menjalankan kajian tidak mengira waktu siang atau malam untuk benar2 mengenal pasti apakah punca dan jenis sesuatu penyakit. Malah dengan mereka2 ini juga kita perlu bergantung harapan untuk mencari penawar atau vaksin segala punca penyakit.

Untuk memudah dan meringkaskan pemahaman adalah tanpa sains bioperubatan, sesuatu penyakit tidak mungkin dapat dikenal pasti atau diubati (diagnos). Mereka2 yang bergelar saintis bidang bioperubatan ini mungkin tidak sepopular seperti pakar2 perubatan atau doktor, namun mereka2 inilah sebenarnya yang memainkan peranan penting untuk menjalankan kajian dan penyelidikan ke atas sampel2 tisu dan juga cecair2 dalam badan. Walaupun kebanyakan ujikaji yang dijalankan ini adalah satu rutin bagi para saintis ini, ada juga antara kajian2 yang dijalankan itu melibatkan satu cabaran dan tugasan yang berat kerana memerlukan peralatan2 berteknologi tinggi dan terkini.

Sesuatu ujikaji atau penyelidikan yang dijalankan mestilah tepat dan memerlukan tahap kemahiran yang benar2 tinggi daripada para saintis, ini kerana ianya melibatkan nyawa yang bergantung kepada keputusan penyelidikan itu.

Bioperubatan adalah merangkumi satu jenis bidang sains yang meluas dan ianya boleh dibahagikan kepada:

1. Mikrobiologi

  • Bidang ini bergantung kepada pengesanan, isolasi dan juga pengenalpastian mikroorganisma yang menyebabkan penyakit kepada manusia.

2. Haemotologi

  • Bidang ini melibatkan kajian morfologi dan juga fisiologi darah dengan menggunakan alatan yang tertentu untuk mengira sel darah dan juga tahap haemoglobin di mana akan membantu mengdiagnos dan juga merawat penyakit aneamia. Contohnya: sel darah putih dikenal pasti dan diklafikasikan untuk membantu mengdiagnos penyakit leukemia. Antara bidang penting dalam haematologi ialah kajian mengenai ketidaknormalan pembekuan darah.

3. Pemindahan darah

  • Pakar dalam bidang ini memerlukan makmal pemindahan darah yang terbaik dan terkini kerana untuk menyediakan pemindahan darah kepada para pesakit2 yang amat memerlukan. Ia memainkan peranan menentukan jenis2 darah dan juga ujian kesesuaian penderma darah dengan pesakit yang akan menerima darah berkenaan. Mereka juga terlibat dalam ujian2 yang khusus untuk menyelesaikan masalah2 pengkelasan darah. Persediaan darah2 yang berlainan dan juga penghasilan tisu2 yang bersesuaian dengan darah serta penghasilan komponen2 darah juga plasma.

4. Biokimia klinikal

  • Ianya berkaitan dengan kajian kimia dan mekanisme biokimia badan juga kaitanya dengan sesuatu jenis penyakit. Bidang ini mewujudkan hubungan antara perubatan dan juga asas sains. Hanya mereka yang pakar meganalisisa dan berkemahiran interaktif untuk membantu mencegah mengdiagnos juga merawat sesuatu jenis penyakit. Antara bidang kerja adalah membuat pemantauan terhadap penyakit2 seperti diabetis, keseimbangan cecair badan dan penyakit tiroid.

5. Histopologi

  • Bidang ini melibatkan kajian asas organ dan tisu yang dikeluarkan daripada pesakit untuk mendiagnos dan juga memberikan informasi lanjut mengenai rawatan yang seharusnya dilakukan.

6. Sitologi

  • Bidang ini merupakan kajian ke atas sel.

Wah! Apabila di lihat penyenaraian di atas betapa luasnya skop di dalam bidang bioperubatan ini. Sebenarnya ada banyak lagi skop dan bidangnya. Tanpa saintis dalam bidang bioperubatan ini, mana2 doktor atau pakar perubatan sekali pun tidak mungkin dapat berfungsi sepertimana yang sepatutnya.

43 thoughts on “Bioperubatan nadi utama sains hayat

  1. Pingback: Tweets that mention Bioperubatan nadi utama sains hayat -- Topsy.com

    1. hazlan Post author

      huhuhu aku bukanlah pakar, cuma sekadar berkongsi informasi…

      Reply
    1. hazlan Post author

      salam kenal juga.. terima kasih menyinggah dan mengomen

      Reply
  2. Zezebel

    yang popular and jadi rebutan untuk jadi menantu, doktor je…kesian cabang2 yang lain tu. mungkin sebab tak berurusan dengan orang luar, tu pasal tak di kenali sangat…

    Reply
    1. hazlan Post author

      hahah masalah menantu doctor ni anaknya selalu kena tinggal kat umah… overtime memanjang…

      Reply
    1. hazlan Post author

      saintis cucuk badan ramai laa sengan saintis shabu… ish2

      Reply
    1. hazlan Post author

      hahaha… tu la tu.. lebih kurang macam programmer juga… cuma programmer payah nak jumpa… apa taknya otak generate benda lain… huhuhu

      Reply
  3. cenysia

    Masyarakat sememangnya buta ttg kerjaya dalam sains bioperubatan, sebab itulah profesion perubatan masih tidak difahami sepenuhnya.. Renung2 dan fikirkan.. penemuan2 dalam bidang sains bioperubatan la yg menjadi pemangkin kepada perkembangan dan kemajuan dalam teknologi perubatan kini. Terutamanya negara2 barat yg lebih banyak menekankan dan berjaya dlm penemuan2 melalui makmal bioperubatan. Buka mata celikkan fikiran, wahai masyarakat sejagat!

    Reply
    1. hazlan Post author

      ada yang dah mula melihat dari aspek2 tu cuma boleh dibilang sahaja… terima kasih cenysia dengan keterangan yang membina ni…

      Reply
  4. Mohd Shahrul Hafizi

    Bidang entomologi perubatan juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan kesejagatan kesihatan sedunia. Walaupun masih menemui penawar bagi virus denggi tetapi kajian bersepadu telah dijalankan oleh para saintis dalam menangani masalah ini khususnya di negara tropika seperti Malaysia.

    Thanks to IMR (Institute of Medical Research) di Jalan Ipoh.
    Mohd Shahrul Hafizi´s last blog post ..Header Update

    Reply
    1. hazlan Post author

      oh betul tu… sampaikan mencipta nyamuk penghapus denggi…

      Reply
      1. Mohd Shahrul Hafizi

        Penggunaan bahan kimi dah tak relevan dan tak sesuai. Membahayakan manusia dalam jangka masa panjang. Zaman sekarang ni macam-macam penyakit pelik muncul. Kanser itu kanser ini.
        Mohd Shahrul Hafizi´s last blog post ..Header Update

        Reply
        1. hazlan Post author

          betul2… maka wujudlah bioteknologi… menggunakan bahan2 semulajadi

          Reply
  5. fatihah makhtar

    salam. i nak apply kos tuk further degree. tp still konfius nak apply kos ape. how about biomedic ni? susa x?

    Reply
    1. hazlan Post author

      alamak soalan yang tak boleh nak di jawab… bergantung juga tu dengan kelebihan, kebolehan dan minat… harap dapat pilih yang terbaik…

      Reply
  6. zariq

    hurm saya memang nak masuk bidang nie sangat2 dari dulu lagi …harap2 dapat masuk …insyallah
    lepasan matrik …jer huu

    Reply
    1. hazlan Post author

      semoga tercapai cita2 bro…. aminnn…

      Reply
    1. hazlan Post author

      amin… semoga suksess selalu… gud luck murni

      Reply
  7. sarah

    macam mana dengan peluang pekerjaan dlm bidang ni di malaysia
    ????

    Reply
    1. hazlan Post author

      peluang pekerjaan di Malaysia masih lagi luas.. cuma yang minat untuk menceburkan diri dalam bidang ini mungkin agak masih kurang perlu di perbaiki dengan pelbagai cara terutamanya perbanyakkan promosi…

      Reply
  8. mohamad hafizal

    thanx 4 da info ! hm klu nk amek course ni kat u mane ok? usm? hehe..satu lg stady die susah x? at least bape pointer kene pass? gaji lumayan x?? time kasehh

    Reply
    1. hazlan Post author

      kalau nak suggest u maner tu tak la pasti… tapi cubalah riki2… nanti aku terbagi salah tempat pulak… huhuhuhu

      Reply
  9. kamaliah

    Assalamualaikum.. sy x boleh beza lah biomedic dgn pathology, mcm dekat2 je.. lg satu, biomedical tu sama ke dgn biotechnology? aduh, buta sungguh psl ni..maaflaa.. tp, mcm best!

    Reply
    1. hazlan Post author

      macam dekat dan hampir serupa tu biasa.. aku sendiri pun kekadang terkeliru… dulu aku minat dalam bidang2 ni…

      Reply
    2. ika

      patologi adalah antara subjek2 yg akn dipelajari oleh biomed student.
      biomed xsma dgn biotek sbb biomed hny mempelajari mngenai penyelidikan yg brkaitan dgn tubuh bdn dan kesihatan manusia.
      or erti kata lain kesemua kos2 under fakulti sc kesihatan + medik + dental + farmasi membentuk sc bioperubatan..
      kos biomed ni sgt best!
      even subjek2 yg nk kne amek byk n susah,, but still sgt seronok…!
      trust me..
      i’m biomedical student ^^

      Reply
      1. hazlan Post author

        thanks rosalinda dengan informasi yang sangat berguna untuk semua…

        Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge