Bagi blogger atau webmaster yang sudah terlalu ramai pengunjungnya sudah tentu respon blog/web korang semakin lambat dan lembab salah satu jalan penyelesaian adalah menggunakan Content Delivery Network (CDN).
Content Delivery Network (CDN) adalah sebuah rangkaian penghantaran kandungan atau rangkaian pengedaran kandungan (CDN) ia adalah sebuah sistem komputer yang mengandungi salinan data, ditempatkan atau berpusat dipelbagai titik dalam sesebuah sistem rangkaian sehingga memaksimumkan bandwidth untuk pengaksesan kepada data dari nisbah di seluruh rangkaian. Seorang pelanggan mengakses salinan data berhampiran pelanggan yang lain, sebagai lawan dari semua pelanggan mengakses pelayan di satu pusat sama, ianya adalah untuk mengelakkan kesesakan di berhampiran pelayan (server).
Isi ini meliputi jenis objek web, objek muat turun (fail media, software, dokumen), aplikasi, media stream real time, dan bahagian-bahagian lain penghantaran internet (DNS, laluan, dan query database).
CDN (Content Delivery Network atau Content Distribution Network) adalah, pada dasarnya, merupakan kumpulan jaringan server (node) yang saling berhubung yang disimpan di seluruh dunia. Untuk mengoptimumkan prestasi, lokasi yang terbaik bagi melayari kandungan yang dipilih kepada pengguna. Hal ini diukur dengan memilih lokasi bantuan yang paling sedikit jumlah permintaan daripada pelanggan.
Siapa Yang Harus Menggunakannya ?
Layanan CDN ini sangat bagus dan amatlah sesuai bagi webiste corporate atau personal yang mahukan agar kandungan/konten website, muat turun fail dan streaming sentiasa berjalan lebih lancar dan lebih cepat. Beberapa jenis industri dan aplikasi yang sesuai menggunakan layanan CDN ini diantaranya adalah :
- Social Networking
- Gaming
- E-commerce
- Entertainment
- Software Development
- Financial
- Blogger
Manfaat CDN
- Jumlah kapasiti di tempatkan pelayan (server) boleh menjadi lebih tinggi kapasiti rangkaian backbone. Ini boleh mengakibatkan peningkatan jumlah pengesanan pengguna secara bersamaan. Misalnya, ketika 10 Gbit/s rangkaian backbone dan 100 Gbit/s kapasiti pelayan pusat (central sever) hanya 10 Gbit/s boleh dihantar. Akan tetapi 10 lakasi akan dihantar/dipindahkan ke 10 lokasi lain jadi jumlah keseluruhannya adalah 10*10 Gbit/s.
- Strategi penghantaran ataupun pemindahan yang digunakan dapat mengurangkan bebanan internet connection,rangkaian awam (public peers), rangkaian persendirian (private peers) dan backbones. Menggunakan prinsip yang sama seperti di atas,ulang alik rangkaian (traffic) didalam kesemua backbone atau rangkaian rakan2 (link peers) yang lain yang mengakibatkan sebuah CDN menjadi berlebihan (offload) lalu diarahkan ke lintasan yang lain (dipindahkan).
- CDN secara umumnya memberikan kandungan sambungan melalui sambungan TCP dan UDP.Istilah TCP throughput yang melalui rangkaian adalah dipengaruhi oleh kedua-dua latency dan packet loss. Untuk mengurangkan kedua-dua parameter, CDN tradisional adalah sebagai sebuah pelayan server) yang ditempatkan/diletakkan berhampiran dengan rangkaian bersebelahan. Secara teori semakin dekat penghantaran isi kandungan adalah lebih baik dan cepat, walaupun jarak sesebuah rangkaian mungkin menjadi faktor yang lebih mengarah kepada prestasi yang terbaik. Pengguna terakhir mungkin akan mengalami sedikit jitter, graf rangkaian akan sedikit melonjak dan kualiti steaming terutamanya bagi kawasan dengan jarak yang jauh.Jadi dengan adanya CDN ini pemberian kandungan adalah lebih cepat dan tangkas juga kelihatan profesional yang membolehkan peningkatan kebolehpercayaan pengguna2.
- CDN boleh mengedarkan aset kepada teras yang ditempatkan secara lebih strategik. Ia memiliki ketersedian (sentiasa bersedia untuk memindahkan maklumat) sesebuah pelayan (server) secara automatik yang tetumpu dengan pengalihan pengguna segera.Sesebuah CDN boleh menawarkan 100% ketersediaan rangkaian.
- Teknologi CDN memberikan lebih kawalan penghantaran kandungan yang terbeban. Ia dapat mengoptimumkan kapasiti per pelanggan. Menyediakan real-time load juga statistik dan laporan lengkap dan tepat kepada pelanggan. Butiran kepada pengguna adalah merupakan ciri paling penting bagi pengguna CDN kerana penggunaan logs tidak lagi tersedia di dalam pelayan (server) kandungan asal selepas penyambungan ke CDN. Kenapa? oleh kerana sambungan dari pengguna terakhir (end user) melayari dari cabang/rangkaian CDN dan bukan lagi dari sumber kandungan asal (main server).
Siapa Yang Menggunakan Teknologi Ini ?
- Yahoo
- Joomla.org
- McAfee
- NBC
- CNN
- Time
- Adobe
- Symantec
- Apple
- Discovery
- Cooking.com
- Lycos
- Altavista
- eSurg.com
- eFax.com
- Monster.com
- dan banyak lagi
p/s: Backbone: Internet backbone merujuk pada data laluan utama antara rangkaian besar, strategik dan isian router yang saling berkaitan di Internet. Laluan ini bisanya adalah data-host daripada kerajaan, komersil, akademik dan pusat-pusat rangkaian berkapasiti tinggi, ia adalah titik pertukaran internet dan pengaksesan rangkaian Internet dimana persimpangan lalu lintas antara negara, benua dan melintasi lautan seluruh dunia.
Mengapa Website & Blog Perlu Menggunakan CDN? korang boleh lawati penerangan lengkap di: http://www.qiilans87.com
Saya tak tahu pun pasal ni. Ni baru tahu. Thanks =)
.-= blinkky´s last blog ..Create Your The Simpsons Character =-.
huhuhu ada berani ke mau guna? manalah tahu satu hari traffic dah melampaui batas… huhuhuhu
laman web yang dah berjuta-juta pelawat bolehla pakai benda ni.
.-= Azizi Zulkefli´s last blog ..Bosan Dengan Windows? Cuba Linux Mint 8 Helena =-.
ya betul tu bro… lagipun kena bayar nak guna service ni
nak kena cuba ni.. baru la speed mencanak-canak… haha..
kalau guna roger2 la kat sini erk… macamana perfomancenya tu… tentu dasyat huhuhu
aku takat CMS tu boleh paham lagi…CDN ni memang dasat ni… 😀
.-= etomyam´s last blog ..Terima Kasih JomBuzz: Aku Menang Contest =-.
huhuhu… ntahla bila ntah dapat merasa pakai… tapi nak cari gak cam ner nak setup dia tu la…
phuiyooo… CDN nie dah kira mcam benda wajib je…. hurm berminat gakla nak belajar komputer nie..penting nie.. huhu
.-= zik´s last blog ..Cara merawat kayap ular. =-.
kalau web developer yang menjaga web2 dasyat elok gak guna ni… tapi charge kena lebih leee huhuhu
masih belajar memahami konsep CDN ni,teringin gak nak guna kat blog
.-= wazy´s last blog ..Contest Hidup Untuk Memberi Dan Menangi Acer Aspire One Percuma =-.
huhuhu… ada provider server atau hosting lain untuk gunakan dia… biasanya kena bayar…
Aku rasa blog personal aku belum tiba masanya lagi pakai services, sbb x popular lg..heheheh
Tp CDN ni sesuai utk laman web yg bertaraf global punya mcm petronas ke…
Thx for kongsi info, baru ku tau apa itu CDN
.-= aktechpage.com´s last blog ..eBook LY-EB01: Netbook Termurah di Dunia??? =-.
yalah biasanya yang menggunakannya adalah tahap pengunjung yang semakin membesar…. kalau server asal kita down CDN boleh memaparkan isian tanpa masaalah…
kujie dgn ariffshah dah ada cdn. Tapi tak tau macam mana diorang buat either cdn berbayar atau cdn free.
.-= RozaniGhani´s last blog ..Perancangan Membuat Social Plugin Versi Malaysia =-.
peh kena tanya derang ni….
Salam Bro, leh tak aku nak salin info ni? Sebab aku nak buat tutorial how to use cdn for free. Nanti aku kreditkan nama hang, malas nak tulis sebenarnya panjang2 bagi pengenalan. Kalau bleh email aku k.
psssttt, free CDN ada, contohnya http://www.cloudflare.com
tapi pada yang buat e-business, cdn will cost a lot more la. Sebab CDN yang support SSL x banyak dan perlu guna CDN punya SSL, maksudnya kena beli lain plak.
Aku akan ajar cara nak bypass CDN kalau yang nak masuk CPanel. Sebab kalau dah pasang CDN, korang punya CPanel dah x leh pakai.
oh… tak pe silakan… selagi ada info yang boleh dikongsikan untuk semua… tak derk hal… nanti boleh juga aku linkkan tutorial macamana nak buat cdn free tu gak kan?
tq for sharing..cdn mmg utk melajukan website perlu pakai bila dah traffic sesak..cdn cam naik highway lah..mesti berbeza dgn jalan biasa..tp tu la kena langgan lah ya
yup berdezupppp…. yg penting situasi menang-menang