Nak tahu apakah Content Delivery Network?

By | April 12, 2010

Bagi blogger atau webmaster yang sudah terlalu ramai pengunjungnya sudah tentu respon blog/web korang semakin lambat dan lembab salah satu jalan penyelesaian adalah menggunakan Content Delivery Network (CDN).

Content Delivery Network (CDN) adalah sebuah rangkaian penghantaran kandungan atau rangkaian pengedaran kandungan (CDN) ia adalah sebuah sistem komputer yang mengandungi salinan data, ditempatkan atau berpusat dipelbagai titik dalam sesebuah sistem rangkaian sehingga memaksimumkan bandwidth untuk pengaksesan kepada data dari nisbah di seluruh rangkaian. Seorang pelanggan mengakses salinan data berhampiran pelanggan yang lain, sebagai lawan dari semua pelanggan mengakses pelayan di satu pusat sama, ianya adalah untuk mengelakkan kesesakan di berhampiran pelayan (server).

Isi ini meliputi jenis objek web, objek muat turun (fail media, software, dokumen), aplikasi, media stream real time, dan bahagian-bahagian lain penghantaran internet (DNS, laluan, dan query database).

CDN (Content Delivery Network atau Content Distribution Network) adalah, pada dasarnya, merupakan kumpulan jaringan server (node) yang saling berhubung yang disimpan di seluruh dunia. Untuk mengoptimumkan prestasi, lokasi yang terbaik bagi melayari kandungan yang dipilih kepada pengguna. Hal ini diukur dengan memilih lokasi bantuan yang paling sedikit jumlah permintaan daripada pelanggan.

Siapa Yang Harus Menggunakannya ?

Layanan CDN ini sangat bagus dan amatlah sesuai bagi webiste corporate atau personal yang mahukan agar kandungan/konten website, muat turun fail dan streaming sentiasa berjalan lebih lancar dan lebih cepat. Beberapa jenis industri dan aplikasi yang sesuai menggunakan layanan CDN ini diantaranya adalah :

  1. Social Networking
  2. Gaming
  3. E-commerce
  4. Entertainment
  5. Software Development
  6. Financial
  7. Blogger

Manfaat CDN

  • Jumlah kapasiti di tempatkan pelayan (server) boleh menjadi lebih tinggi kapasiti rangkaian backbone. Ini boleh mengakibatkan peningkatan jumlah pengesanan pengguna secara bersamaan. Misalnya, ketika 10 Gbit/s rangkaian backbone dan 100 Gbit/s kapasiti pelayan pusat (central sever) hanya 10 Gbit/s boleh dihantar. Akan tetapi 10 lakasi akan dihantar/dipindahkan ke 10 lokasi lain jadi jumlah keseluruhannya adalah 10*10 Gbit/s.
  • Strategi penghantaran ataupun pemindahan yang digunakan dapat mengurangkan bebanan internet connection,rangkaian awam (public peers), rangkaian persendirian (private peers) dan backbones. Menggunakan prinsip yang sama seperti di atas,ulang alik rangkaian (traffic) didalam kesemua backbone atau rangkaian rakan2 (link peers) yang lain yang mengakibatkan sebuah CDN menjadi berlebihan (offload) lalu diarahkan ke lintasan yang lain (dipindahkan).
  • CDN secara umumnya memberikan kandungan sambungan melalui sambungan TCP dan UDP.Istilah TCP throughput yang melalui rangkaian adalah dipengaruhi oleh kedua-dua latency dan packet loss. Untuk mengurangkan kedua-dua parameter, CDN tradisional adalah sebagai sebuah pelayan server) yang ditempatkan/diletakkan berhampiran dengan rangkaian bersebelahan. Secara teori semakin dekat penghantaran isi kandungan adalah lebih baik dan cepat, walaupun jarak sesebuah rangkaian mungkin menjadi faktor yang lebih mengarah kepada prestasi yang terbaik. Pengguna terakhir mungkin akan mengalami sedikit jitter, graf rangkaian akan sedikit melonjak dan kualiti steaming terutamanya bagi kawasan dengan jarak yang jauh.Jadi dengan adanya CDN ini pemberian kandungan adalah lebih cepat dan tangkas juga kelihatan profesional yang membolehkan peningkatan kebolehpercayaan pengguna2.
  • CDN boleh mengedarkan aset kepada teras yang ditempatkan secara lebih strategik. Ia memiliki ketersedian (sentiasa bersedia untuk memindahkan maklumat) sesebuah pelayan (server) secara automatik yang tetumpu dengan pengalihan pengguna segera.Sesebuah CDN boleh menawarkan 100% ketersediaan rangkaian.
  • Teknologi CDN memberikan lebih kawalan penghantaran kandungan yang terbeban. Ia dapat mengoptimumkan kapasiti per pelanggan. Menyediakan real-time load juga statistik dan laporan lengkap dan tepat kepada pelanggan. Butiran kepada pengguna adalah merupakan ciri paling penting bagi pengguna CDN kerana penggunaan logs tidak lagi tersedia di dalam pelayan (server) kandungan asal selepas penyambungan ke CDN. Kenapa? oleh kerana sambungan dari pengguna terakhir (end user) melayari dari cabang/rangkaian CDN dan bukan lagi dari sumber kandungan asal (main server).

Siapa Yang Menggunakan Teknologi Ini ?

  1. Yahoo
  2. Google
  3. Facebook
  4. Joomla.org
  5. McAfee
  6. NBC
  7. CNN
  8. Time
  9. Adobe
  10. Symantec
  11. Apple
  12. Discovery
  13. Cooking.com
  14. Lycos
  15. Altavista
  16. eSurg.com
  17. eFax.com
  18. Monster.com
  19. dan banyak lagi

p/s: Backbone: Internet backbone merujuk pada data laluan utama antara rangkaian besar, strategik dan isian router yang saling berkaitan di Internet. Laluan ini bisanya adalah data-host daripada kerajaan, komersil, akademik dan pusat-pusat rangkaian berkapasiti tinggi, ia adalah titik pertukaran internet dan pengaksesan rangkaian Internet dimana persimpangan lalu lintas antara negara, benua dan melintasi lautan seluruh dunia.

Mengapa Website & Blog Perlu Menggunakan CDN? korang boleh lawati penerangan lengkap di: http://www.qiilans87.com

21 thoughts on “Nak tahu apakah Content Delivery Network?

    1. hazlan Post author

      huhuhu ada berani ke mau guna? manalah tahu satu hari traffic dah melampaui batas… huhuhuhu

      Reply
    1. hazlan Post author

      ya betul tu bro… lagipun kena bayar nak guna service ni

      Reply
    1. hazlan Post author

      kalau guna roger2 la kat sini erk… macamana perfomancenya tu… tentu dasyat huhuhu

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… ntahla bila ntah dapat merasa pakai… tapi nak cari gak cam ner nak setup dia tu la…

      Reply
    1. hazlan Post author

      kalau web developer yang menjaga web2 dasyat elok gak guna ni… tapi charge kena lebih leee huhuhu

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… ada provider server atau hosting lain untuk gunakan dia… biasanya kena bayar…

      Reply
    1. hazlan Post author

      yalah biasanya yang menggunakannya adalah tahap pengunjung yang semakin membesar…. kalau server asal kita down CDN boleh memaparkan isian tanpa masaalah…

      Reply
  1. Pingback: Mohdzaid.com Dah Pakai Content Delivery Network (CDN) « Aku Zaid

  2. Shaifful

    Salam Bro, leh tak aku nak salin info ni? Sebab aku nak buat tutorial how to use cdn for free. Nanti aku kreditkan nama hang, malas nak tulis sebenarnya panjang2 bagi pengenalan. Kalau bleh email aku k.

    psssttt, free CDN ada, contohnya http://www.cloudflare.com
    tapi pada yang buat e-business, cdn will cost a lot more la. Sebab CDN yang support SSL x banyak dan perlu guna CDN punya SSL, maksudnya kena beli lain plak.

    Aku akan ajar cara nak bypass CDN kalau yang nak masuk CPanel. Sebab kalau dah pasang CDN, korang punya CPanel dah x leh pakai.

    Reply
    1. hazlan Post author

      oh… tak pe silakan… selagi ada info yang boleh dikongsikan untuk semua… tak derk hal… nanti boleh juga aku linkkan tutorial macamana nak buat cdn free tu gak kan?

      Reply
      1. Jurnal Alkiram

        tq for sharing..cdn mmg utk melajukan website perlu pakai bila dah traffic sesak..cdn cam naik highway lah..mesti berbeza dgn jalan biasa..tp tu la kena langgan lah ya

        Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *