6 paradigma interaksi manusia

By | April 14, 2010

Kita sering atau selalu dengar konsep menang-menang. Di sini aku cuba nak memperkenalkan konsep asas wujudnya perkataan seperti ini. Menang-menang bukanlah teknik; ia merupakan falsafah menyeluruh tentang interaksi manusia. Ia adalah termasuk didalam enam paradigma interaksi manusia.

Enam paradigma interaksi manusia

  1. Menang-Menang
  2. Menang-Kalah
  3. Kalah-Menang
  4. Kalah-Kalah
  5. Menang
  6. Memang-Menang atau Tak Main

Namun disini aku hanya menitik beratkan konsep enam paradigma interaksi manusia iaitu Menang-Menang.

Menang-Menang

  • Menang-Menang adalah rangka pemikiran dan perasaan yang sentiasa mencari faedah bersama dalam semua interaksi bersama dalam semua interaksi manusia. Menang-menag bermakna persetujuan atau penyelesaian untuk kepentingan bersama dan kepuasan bersama. Dengan adanya penyelesaian menang-menang, semua pihak berasa puas tentang keputusan dan mempunyai komitmen terhadap pelan tindakan.
  • Menang-Menang memandang kehidupan sebagai bidang kerjasama, dan bukan bidang pertandingan. Kebanyakan orang suka berfikir berpandukan dikotomi; kuat atau lemah,keras atau lembut, menang atau kalah. Cara permikiran yang seperti itu kurang tepat pada dasarnya kerana ia berdasarkan kuasa, pangkat dan bukan prinsip.
  • Menang-Menang berdasarkan paradigma bahawa ada manfaat yang mencukupi untuk semua, ia kejayaan seorang tidak diperoleh daripada kegagalan orang lain. Menang-Menang adalah kepercayaan terhadap pilihan ketiga. Ia bukan cara korang atau cara aku; ia cara yang lebih baik, cara yang lebih mulia.
  • Membina perjanjian prestasi Menang-Menang memerlukan penganjakan paradigma yang sangat penting. Fokus ialah pada hasil bukannya kaedah. kebanyakkan kita lebih suka menyelia kaedah. Kita gunakan penugasan kepada orang lain (suruhan).
  • Sistem memang-menang hanya dapat berkekalan dalam organisasi yang mempunyai sistem bagi menyokongnya. Jika korang memperkatakan menang-menang, tetapi mengganjarkan Menang-Kalah. Korang akan mendapat program atau organisasi ini akan gagal. Pada asasnya korang akan mendapat apa yang telah korang ganjarkan. Jika korang mahu mencapai matlamat dan mencerminkan nilai dalam penyataan wawasan korang, maka perlulah menyelaraskan sistem ganjaran dengan matlamat nilai itu. Jika sistem tidak diselaraskan dengan betul, korang tidak akan mencapai apa-apa pun. Korang akan berada dalam situasi seperti seorang pengurus yang menceritakan kerjasama akan tetapi mengamalkan persaingan dengan mencipta pertandingan “menangkap buaya” (cari nahas).

Tiada cara untuk mencapai hasil Menang-Menang walaupun dengan kaedah Menang-Kalah (aku menang kau kalah) atau Kalah-Menang (aku kalah kau menang). Korang tak boleh menyatakan ” kau mesti berfikir menang-menang, sama ada suka ataupun tidak”

Menang- Menang bukan teknik personaliti. Ia paradigma interaksi manusia.Ia timbul dari akhlak intergriti, kematangan dan mentaliti kelebihan. Ia bertumbuh daripada perhubungan kepercayaan-tinggi. Ia tertanam didalam perjanjian yang menjelaskan dan mengurus jangkaan sistem penyokong.

Hasil bacaan buku kepimpinan peribadi; 7 tabiat orang yang amat berkesanStephen R. Covey

12 thoughts on “6 paradigma interaksi manusia

    1. hazlan Post author

      situasi yang memang sapa2 boleh suka… cuma macamana caranya tu… huhuhu… pening gak aku nak pikir…

      Reply
  1. zik

    Wah bro.. dah macam pakar motivasi nie…setuju..win2 situation ini, memberikan ion2 positif (mulalah merepek).. kepada kedua-dua belah pihak… senang hati.. takda nak bertekak, bergaduh… tapi biasanya, masing2 ada agenda tersendiri dari win2 situation nie.. 🙁
    .-= zik´s last blog ..Pilih IPTS yang diiktiraf MQA. =-.

    Reply
    1. hazlan Post author

      tu laaa bila dah ada agenda… macamana nak kearah win-win situation ni… tapi kalau sama2 puas hati dan sama2 bersetuju win-win situation dah pun tercapai… maksudnya bergantung pada keadaan.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *