Dalam hubungan pekerjaan, seseorang pekerja tidak semata-mata terikat dengan majikan oleh kontrak pekerjaan. Terma-terma di dalam kontrak pekerja boleh dizahirkan di atas kertas dan dapat dilihat secara nyata.
Tanpa kita sedari bahawa hubungan pekerjaan pasti wujud satu bentuk kontrak yang berlainan ciri-cirinya daripada kontrak pekerjaan. Kontrak tersebut adalah kontrak psikologi, ia tetap mengikat hubungan antara pekerja dan majikan. Ciri-cirinya tidak dizahirkan seperti kontrak pekerjaan, namun ianya wujud.
Kontrak psikologi adalah istilah yang digunakan untuk menerangkan penyempurnaan sesuatu yang diharapkan oleh satu pihak terhadap pihak lain atau pengharapan pekerja terhadap majikan dan sebaliknya. Umpamanya perkerja berharap supaya mereka dihargai, majikan pula mengharap komitmen dan kesetiaan pekerja. Secara konsepnya ia merupakan satu situasi pertukaran. Sekiranya pekerja beranggapan majikan telah memahami kehendak mereka dari aspek memberi penghargaan antara contohnya dengan memberikan bonus atau membiyai percutian, kesihatan sekeluarga atau insuran keselamatan keluarga pekerja, maka tidak mustahil selepas ini komitmen dan prestasi mereka akan lebih meningkat untuk mencapai hala tuju sesebuah organisasi.
Maka sukarlah untuk mereka bertukar kerja kepada organisasi yang lain kerana majikan telah memahami kontrak psikologi dari segi menghargai mereka sebagai pekerja dan pengurusan organisasi kerana sentiasa memelihara kontrak psikologi ini demi mewujudkan keharmonian dalam hubungan pekerja.
Pingback: Kontrak psikologi pekerja dan majikan
Sikap perlu sentiasa positif baru boleh berjaya
huhuhuhu… tengah dok pikir macamana pulak dengan si kaki ampu pulak ni….
Tak tau pulak ada kontrak macam nie. Bab harapan dan tujuan….selalunya majikan just inform aje dengan pekerja, mengenai harapan mereka, target mereka, dan macam2 lagi.
huhuhu.. berkongsi idea untuk mengembangkan perniagaan dengan majikan juga biasanya membawa kebaikan…
Assalamualaikum,betul 2 apa yang bro mancai tulis, kalau kebajikan pekerja dijaga, maka mutu dan komitmen akan meningkat :)…
ia akan datang dengan sendirinya…
Menarik tajuk entri ini. Betul apa yang ditulis kalau semua ikut yang tertulis susahlah ada masa budi bicara perlu digunakan untuk menjaga kepentingan majikan dan pekerja
silap2 saman menyaman….
oh gitew.. baru maza tau.. ihik…
satu artikel yg menarik ni..
terima kasih bro…
Yup, betul tu.. Hubungan antara pekerja dengan majikan sangat penting… kerana pekerja dan majikan saling bergantung antara 1 sama lain… kalau bole la hubungan ini hendaklah sentiasa harmoni.
jgn di bawa masalah peribadi di pejabat… tak kira majikan ataupun pekerja… masalah mesti akan timbul…
Memang menarik la bro entri ni
penting juga tu kontrak psikologi di antara pekerja dan majikan
tu la tu.. kalau tak ada pasti kucar kacir pengurusan…
Nampaknya kontrak psikologi ni lebih berjaya.
betul tu… adakalanya sesetengah majikan sambil lewa menindas pekerja… juga sebaliknya… apapun pandai2lah antara keduanya mengambil jalan yang sesuai… Allahhualam..
Siap !!!.. Mestilah kita pandai2x..
huhuhu… tul2…