Kebaikan meraikan pekerja

By | July 26, 2011

Program yang berbentuk keraian seperti percutian, melancong sambil belajar, sambutan hari keluarga atau kegiatan sukan yang dijadikan sebagai aktiviti tahunan dengan membiyai kos seperti penginapan, makan dan minum atau sebagainya boleh didefinasikan sebagai keraian dari perspektif cukai pendapatan. Ini adalah kerana perbelanjaan yang dikeluarkan untuk membiyai program seperti ini dikira sebagai perbelanjaan keraian pekerja yang merupakan satu perbelanjaan yang dibenarkan dalam cukai pendapatan. Kakitangan ataupun pekerja adalah aset kepada perniagaan dan terlibat secara lansung dengan menjana hasil pendapatan maka sewajarnya mereka diraikan. Kaedah ini akan memberi kesan kewangan dari aspek pengurangan cukai dan satu kebajikan yang diberi untuk pekerja.

Sekurang-kurangnya pekerja juga dapat melupakan seketika bebanan tugasan yang banyak dipejabat. Progam seperti ini memberikan pekerja mempunyai masa bebasnya untuk bersama-sama rakan sekerja di luar waktu bekerja. Jika diwaktu kerja, aktiviti bersosial untuk mereka adalah sangat terhad kerana harus memikirkan target dan produktiviti yang perlu dicapai. Maka waktu percutian inilah mereka dapat gunakan sepenuhnya untuk lebih mengenali antara satu dengan yang lain.

Ini akan membentuk persefahaman di antara mereka, ia sangat penting kepada pihak pengurusan sesebuah organisasi supaya warga kerja dapat menyumbangkan kepakaran dan bakat yang sedia ada pada mereka kepada majikan. Persefahaman dalam pekerjaan juga boleh meningkatkan komitmen, prestasi dan kesetiaan terhadap organisasi. Meraikan pekerja bukan sahaja memberi kebaikan dalam aspek keduniaan, malah ia boleh melahirkan rasa kesyukuran terhadap nikmatnya bekerja dalam sesebuah organisasi. Ia dapat mengikis perasaan berkira dengan pekerja kerana pengurusan organisasi meyakinkan bahawa tanpa khidmat yang disumbangkan oleh pekerja sesebuah organisasi tidak mungkin mampu untuk menganjurkan program sebegini.

Seharusnya dalam sesebuah organisasi suka dan duka patut dikongsi bersama oleh pengurusan dan kakitangan. Namun perlulah sering berusaha dan berdoa, walau apapun yang dilakukan biarlah mendapat keberkatan-Nya agar apa yang dikongsi itu adalah kegembiraan semata-mata.

15 thoughts on “Kebaikan meraikan pekerja

  1. fiezaradzi

    bestnya kalau tempat kerja saya ada, tapi masalahnya pekerja tak ramai mana pun.. cuma mmg harap sekali sekala de jugak boss bagi percutian.. bestnye..

    Reply
  2. Pingback: Kebaikan meraikan pekerja

  3. Fahmi Raazali

    bila bost belanja makan pun dah rasa happy dah… tu masa LI dulu la… kalau dia bg cuti mesti lagi best kot…

    tak pun bagi bonus duit raya 😀

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu.. ada jugak jenis bos suka janji je.. tapi apa pun tak pernah ditunaikan… malah gaji pun bebulan tak penah bayar… lagi terseksa jiwa…

      Reply
  4. Ayieblog

    Assamualaikum ..

    Betul tu, kalau pekerja hati dah senang dan ada hubungan baik dengan majikan, nak buat kerja pun rajin, dan ikhlas. 🙂

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul2, memang ikhlas… tapi kalau bos berkira nak buat kerja pun berkira… huhuhuhu

      Reply
  5. wazy

    Kalau prestasi pekerja baik,boss mesti la kena hargai,belanja makan atau beri cuti pun sudah cukup

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu… kekadang tak payah besar2 pun… sekadar kecil2an pun dah cukup…

      Reply
  6. Jai

    Ada sesetengah tu kadang2 suka mengabaikan pekerja, anggap pekerja macam hamba abdi.. Org atasan pandang org bawahan macam hina je..

    Reply
    1. hazlan Post author

      setuju…. memang ada… tapi rata2 biasanya aku jumpa yang suka pilih bulu…. ish2…

      Reply
  7. akubiomed

    Tidak rugi meraikan pekerja kecuali majikan suka bayar cukai dengan kadar tinggi. Kalau dikongsikan keuntungan dengan pekerja ada yang boleh dapat ribet cukai koprat

    Reply
    1. hazlan Post author

      pekerja pun seronok… majikan pun dapat kebaikan…

      Reply
  8. gadis kebuntuan:(

    knp lah kerja orng laen kita yg kne buatkan… klo sya ne pahm xpew ne 1 pew pn xnk bgekn cadngn kat sya buntu lah kerja kat sni..xbek lah LI jew ne..

    Reply
    1. hazlan Post author

      oh.. kalau sekali imbas diperhati macam biasa jer tu kalau keje orang kita kena buatkan… tapi sendiri yang menanggung hari2 hanya tuhan saja yang tahu… kalau ikut pengalaman aku pun biasa jugak buatkan kerja orang lain sampai tension dan berhenti kerja dibuatnya… tukar kerja tempat lain pun rupanya sama juga… baru2 kerja aku ikutkan sahaja kehendak mereka… kalau tidak kita yang buat kerja orang lain yang naik pangkat dengan gaji… kita apa pun tak ada…

      Apa yang aku buat
      1. Buku log persetujuan kerja dan ditandatangan kedua2 pihak termasuk dengan manager sekali. Kalau manager yang suruh pun aku buat macam tu juga.
      2. Letakkan bayaran. Alasan aku, kerja yang dia buat adalah gajinya, kalau aku yang buat gaji aku.
      …yang penting rasa segan, malu dan takut kena tolak tepi…. ini adalah sekadar pengalaman kalau rasa nak cuba terpulanglah nooo…. ada lagi tapi kemungkinan tidak sesuai untuk dikongsikan kot sebab bidang aku dalam industri teknikal….

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *