langkah menjadi juara

By | July 13, 2011

Sebelum ini aku ada menulis berkenaan  untuk menjadi juara. Hari ni mari kita lihat pula bagaimana langkah untuk menjadi juara.

Setelah meetapkan hati kita untuk menjadi juara, haruslah memulakan langkah yang pertama. Walaupun pada awalnya nampak agak sukar tetapi jika kita telah memulakannya, langkah2 yang berikut dan seterusnya akan menjadi mudah dan teratur.

Si juara adalah bersifat unik, tidak sesuai sebagai orang yang biasa. Ia akan merentas jalannya tersendiri. Bagi meneruskan ekplorasi diri cuba ikuti langkah2 yang berikut:

  • Melatih diri bersikap “menang” setiap hari. Sikap si juara ialah soal harian.
  • Tidak kenal erti letih.
  • Sentiasa berfikiran besar (Think Big) dengan matlamat yang besar.
  • Ketepikan perkara yang remeh dan focus kepada agenda besar.
  • Gambarkan kejadian yang positif. Mereka orang positif. Gambaran positif akan menukar penampilan kita.
  • Si juara akan melihat positif dalam semua perkara. Orang biasa berkata “jika kita menang…” Tetapi juara akan berkata “apabila kita menang…”.
  • Perubahan yang datang haruslah diterima. Perubahan adalah satu cabaran.
  • Suka menghadapai cabaran.
  • Jika pesaing tewas atau kurang bernasib baik si juara sanggup membantunya.
  • Sanggup bekorban masa dan kejayaan adalah juara tulen.
  • Sikap dan nasib baik itu dipindahkan kepada orang lain untuk sama2 menuju kecemerlangan.

Juara tidak lahir semalaman. Juara juga tidak semestinya lahir daripada kalangan keluarga sederhana atau atasan. Juara dipupuk dan dibina dengan susah payah dan memerlukan pengorbanan banyak pihak. Ringkasnya semua orang berupaya menjadi seorang juara.

6 thoughts on “langkah menjadi juara

    1. hazlan Post author

      juara kepada macam2 perkara… juara yang terbaik patut di contohi adalah junjungan Nabi dan rasul kita Muhammad s.a.w

      Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu bro.. sebagai manusia kita bukannya sempurna 100% namun kalau hendak seribu daya…

      Reply
  1. Jai

    Nak motivasi diri sendiri tu kadang2 perkara sukar, mula2 ok tapi takut tersungkur tengah jalan.. 🙂

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu…perasaan takut tersungkur memang ada .. apa pun mohon juga daripada-Nya agar dijauhkan daripada tersungkur dan ditambahkan pelbagai perkara… insya Allah mudah2an… sekiranya berlaku juga anggaplah ujian daripadanya dan teruskan lagi usaha….

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *