cara jimat elektrik

By | July 12, 2011

Tahap penggunaan tenaga elektrik sebenarnya boleh dikurangkan dengan mengamalkan cara penggunaan berkhemah dan berkesan oleh pengguna itu sendiri yang diantara lainnya dengan membabitkan aspek pemasangan yang baik, penggunaan peralatan elektrik secara bijak atau menggunakan sumber altenatif lain.

Cara pemasangan yang baik

  • Pastikan cara pemasangan elektrik mengikut piawaian yang diperakui agensi bertanggungjawab seperti Sirim dan Suruhanjaya Tenaga. Ini adalah untuk mengelakkan berlakunya “ketirisan” elektrik yang menyebabkan litar pintas.
  • Pastikan kontraktur yang memasang pendawaiaan elektrik mempunyai lesen sah bagi memudahkan kita membuat sebarang tuntutan jika berlaku sebarang kecelakaan. Jangan lakukan sebarang penyambungan tambahan tidak sah bagi mengelakkan sebarang tragedi atau kecelakaan.
  • Lakukan cara pemasangan berpusat kerana ianya berfungsi mengawal serta mengatur penggunaan elektrik jika tidak digunakan.

Pengunaan Peralatan elektrik secara bijak dan berkhemah

  • Pastikan pengunaan elektrik secara am, iaitu menutup semua lampu dan peralatan elektrik apabila tidak digunakan termasuk menanggalkan soket.
  • Benarkan pengaliran udara semulajadi kedalam rumah bagi menyejukkan ruang.
  • Amalkan penggunaan tenaga cekap ketika menggunakan peralatan elektrik serta sering memeriksa kadar penggunaan tenaga pada peralatan.

Sumber Tenaga Alternatif

  • Menggunakan tenaga solar kerana ia sangat baik bagi menyediakan tenaga elektrik dirumah dan sepatutnya ia amatlah digalakkan.
  • Tenaga solar yang digunakan juga dikenali sebagai Photovoltanic (P.V)
  • Biasanya hanya membabitkan projek perumahan mewah dan kini telah dibangunkan untuk penggunaan rumah2 panjang di sekitar negeri Sarawak.
  • Tenaga solar adalah bercirikan kediaman mesra alam.

15 thoughts on “cara jimat elektrik

  1. Pingback: cara jimat elektrik

    1. hazlan Post author

      tak silap kos rm 100 ribu satu set… buat masa ni….

      Reply
  2. Miziey

    brng2 letrik rumah gua ada sijil halalan toyyiban kira ok lah kan?.. haha.. gurau jek..

    Reply
    1. hazlan Post author

      aku pun dulu penah guna genset ni…. tapi ikut masa… syukur sekarang hampir seluruh Malaysia dah ada bekalan elektrik…

      Reply
  3. wazy

    sekarang ni tengah sibuk kempen jimatkan elektrik,bagua juga kalau kat sini daha da tenaga alternatif,tak sakit la nak bayar bil kat tnb nanti

    P/S : wahh smart la theme baru bro ni

    Reply
    1. hazlan Post author

      tenaga alternatif tu dah ada tapi kalau berkemampuan boleh je kalau nak… cuma agak mahal rm 100k ++ tu buat masa ni…peh… kalau dok kg2 bersepakat ok gak… sumber dari koperasi2 atau persatuan2.. sorang2 bayar kalu masak gak ni…

      p/s: themes standard wordpress twentyeleven je bro…

      Reply
  4. zik

    wah sudah tukar theme baru 2011 punya ek??? nak tahu kalau monitor asik rosak… itu masalah mana tuh??? elektrik problem, atau wiring letrik yang overdose ker… ingat nak pakai lcd screen… lagi jimat kan..

    Reply
    1. hazlan Post author

      guna monitor apa sekarang ni? kalau pasal elektrik tak mungkin kot… pasal pc tak apa2 kan? better memang tukar lcd… sejarah aku dengan monitor lcd samsung tak berapa baik guna viewsonic pun dah ok tahan 5 tahun tak derk masalah setakat ni…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge