Di sini aku ingin kongsikan statistik bertarikh 5 hb Julai 2011 yang ditemui oleh saudara parasolx iaitu sebuah laman web yang telah menjalankan kajian penggunaan sistem pengurusan kandungan dan maklumat dilakukan oleh W3 Technology Survey . Data pertama yang ingin dikongsi adalah statistik (Lihat gambarajah 1) peratusan sebanyak 27.8% menunjukkan Drupal digunakan sebagai laman web yang didaftarkan adalah menggunakan nama domain .edu (laman web bercirikan pendidikan) sebagai enjin sistem pengurusan kandungan dan maklumat utama.

Gambarajah 1 - Statistik keseluruhan menggunakan nama domain .edu
Kedudukan Drupal secara keseluruhan berdasarkan 2 faktor utama iaitu jumlah bilangan laman yang digunakan dan bilangan trafik yang diterima (Lihat gambarajah 2)

Gambarajah 2 - Posisi kedudukan Drupal
Akhir sekali adalah peratusan bilangan laman Drupal yang dibangunkan pada nama domain .com. Data ini ditunjukkan kerana peratus keseluruhan nama domain .com menduduki carta tertinggi sebagai sambungan pilihan utama (Lihat gambarajah 3).

Gambarajah 3 - Kedudukan Drupal menggunakan nama domain .com menduduki carta tertinggi sebagai sambungan pilihan utama.
p/s: statistik ini akan berubah-ubah dari masa ke semasa.
Domain .com memang ramai guna sebab ianya bercirikan komersial
betul tu… dan ada keistimewaannya tersendiri…