kembali lagi

By | October 10, 2010

Salam dan selamat sejahtera pada semua, rasanya dah berabad tak berupdate blog aku ni. Syukur Alhamdulillah laptop aku semenjak dari pengakhir bulan puasa hari tu telah nazak dan sekarang sudah pulih setelah sihat dan kini telah kembali dari hospital. Itulah akibat salah sendiri juga, terlalu exited untuk menyambut hari raya sampai terlupa perkara asas yang perlu di elakkan. Puncanya adalah meletakkan power supply utama laptop ini bersama extension power cableย  yang sedang digunakan untuk membuat kuih muih (Oven), sudahnya power menjadi overload, lalu motherboard laptop aku pun K.O. Bukan sekadar itu sahaja yang rosak malah LCD monitor, vacuum cleaner dan router juga turut menerima nasib yang sama.

Lokasi Penghantaran

Sesi laptop di hantar ke wad kecemasan

Sesi Mengambil semula setelah kesihatan laptop terjamin. TQ HP service tip top.

Untuk semua, nasihat aku berwaspadalah sebelum terkena. Namun aku terpaksa menyelesaikan kerja2 yang tergendala selama beberapa minggu yang di tinggalkan sebelum ini. Wah banyak betul yang tertunggak kerja2 aku rupanya. Sekarang dah tak boleh nak goyang kaki lagi nampaknya. Ampun dan maaf kepada semua rakan2 blogger dan semua pembaca2 blog aku ini, baik yang baru mahupun yang lama. Insya-Allah selepas ini aku akan kembali lagi aktif dan sentiasa melawat dan mengomen di blog2 korang. Teramat terima kasih dengan sokongan korang selama ini.

yang sebenarnya,

Hazlan aka mancai
(admin moderator hairilhazlan.com)

30 thoughts on “kembali lagi

    1. hazlan Post author

      tu la kekadang orang dok pinjam pun dah jadi serba salah.. bukan kedekut tapi terasa siksanya bila berlaku sesuatu… hahahaha

      Reply
  1. AyieBlog

    Assalamualaikum,erk bro overload macam mane boleh jadi overload?? rumah bro mancai banyak penggunaan eletrik ko?? :)…,hehehehe,router pun terkena padah2…

    Reply
    1. hazlan Post author

      satu kotak fius kongsi ramai2 barangan elektrik… oven adalah penyebab utama pasal tarik elektrik terlalu banyak…jadi dalam sambungan yang sama (satu soket) ada barangan hanya memerlukan watt yang kecil jadi telibat sekali. silapnya aku tak gunakan soket yang lain… tul tu router pun termasuk sekali… redha ajalah… ujian bulan ramadhan dan bulan syawal… huhuhu

      Reply
  2. etomyam

    wah bro..boleh tahan jugak nazaknya tu, aku baru2 ni tukar LCD jer pun dah kena RM350.00, bro lagi banyak ‘sakit’ dan kos tu huhuhu

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu bro memang banyak sakit… tuan punya lagi la… hahahaha… motherbord RM 1k ++

      Reply
  3. zik

    patutla bro mancai senyap jer… huhu.. nasib baik dah ok… smartnya brader yang last tuh… huhu

    Reply
    1. hazlan Post author

      hahahah smart? yo la tu zik.. mana ada smart… serabai jek…. syukur semuanya dah kembali normal

      Reply
        1. hazlan Post author

          huhuhu… 1.73 cm ukur 2 taun lalu.. sam gak kot sekarang… tak pe rendah2 tapi berjiwa tinggi….

          Reply
  4. suri cahaya cinta

    sudah2 lepas ni kena berhati-hati… nak betul mau makan masa..wang lagi..huhu…

    harap bro mancai akan bt keje dgn lbh pants lagi..moga2 sgala kerja yang tertangguh akan dpt diselesaikan dgn sebaik yg bleh..

    time bzi apalagi sepikan dirilah jwbnya hee..

    Reply
    1. hazlan Post author

      tu la tu… harap kita sahabat2 blogger pun berhati2 juga…. kerja tu insya-Allah boleh dilakukan… terima kasih suri

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *