rangkaian sosial wakoopa

By | July 20, 2010

Wakoopa adalah sebuah rangkaian sosial yang membantu kita menemukan perisian2, permainan dan aplikasi web di pasaran. Dengan pemasangan wakoopa traker di desktop korang dengan secara automatik membuat profil perisian talian kita bahawa kita sudah boleh berkongsi dengan rakan2 lain seluruh dunia, juga melalui widget. Wakoopa membuat kita sentiasa membawa yang terkini tentang apa kenalan kita gunakan, dan menghantar cadangan berwibawa. Games, audio video player &, instant messenger atau alatan pejabat: Wakoopa akan sentiasa tahu apa yang hangat dan memberi maklumat terkini kepada pengguna.

Wakoopa merupakan sebuah laman web rangkaian sosial yang memantau aplikasi perisian yang digunakan oleh pengguna2nya. Pengguna2 di rangkaian sosial Wakoopa boleh belajar menggunakan apa sahaja jenis perisian di antara kenalan2 mereka, dan menerima cadangan dan komen untuk perisian yang mana lebih baik. Perkhidmatan ini termasuk tracker desktop, yang merupakan aplikasi kecil yang berjalan di latar belakang pada komputer pengguna. Aplikasi ini akan mengumpul maklumat tentang perjalanan perisian dan permainan, dan kemudian menerbitkan maklumat ke profil mereka di dalam laman web wakoopa.

Wakoopa traker yang di gunakan di desktop komputer pengguna akan mula mengesan berapa lama pengguna telah menggunakan setiap perisian atau aplikasi dan juga dapat menyarankan penggunaan perisian berasaskan pada penggunaan perisian tersebut. Profail untuk setiap aplikasi yang disenaraikan di dalam sistem database Wakoopa, boleh diedit menggunakan sistem moderator untuk menjaga maklumat yang terkini, juga digunakan untuk memaparkan statistik berapa lama aplikasi sudah digunakan oleh penguna terbabit. Sesuai dalam apa juga jenis penggunaan  sistem operasi.

Wakoopa.com mempunyai antara muka Web 2.0, dan memungkinkan pengguna untuk menulis ulasan, memberikan gambaran, dan perisian tag. Pengguna dapat membentuk sebuah pasukan dan jika mempunyai profil bersesuaian, popular dan aktif, wakoopa akan menyenaraikan di laman pasukan wakoopa secara tidak lansung memaparkan penggunaan mereka ini ke seluruh dunia.

Yang paling penting setiap maklumat perisian dan apa juga jenis aplikasi, kita akan dapat mengatahui dan menerima maklumat secara terus dan terkini.

Memberi kemudahan memuat turun secara terus-menerus kepada perisian yang kita pilih dan mahukan.

Perkongsian maklumat ini juga boleh di rangkaikan ke laman rangkaian sosial berpengaruh iaitu Facebook.

Dengan wakoopa badge boleh dikongsikan juga melalui blog2 dan letakkan di bahagian widget.

Rangkaian sosial wakoopa ini bukanlah untuk penguna2 yang berkecimpung dalam bidang ICT sahaja, malah untuk sesiapa pun. Di harap selepas ini tak ada lagi pertikaian, pertanyaan ketidakfahaman, keterpenggunaan dan apa sahaja di antara pengguna ICT dengan pengguna2 lain tentang perisian dan aplikasi. Kerana segala maklumat sudah pun terpampang di depan mata. Gurau2 je…. jangan marah aa…
Berminat? Korang boleh register di sini: wakoopa.com dan boleh add aku sebagai rakan wakoopa di: wakoopa.com/mancai kita jumpa di sana…

Category: Internet Science & Technology Whatever Tags: , , ,

About hazlan

Blog ini ditulis kebanyakannya adalah perkongsian berkenaan Teknologi Maklumat, Networking, Software, Hardware, Web Development, Graphic Designer, Programming, Kreativiti, Motivasi dan Inovasi. Biasanya aku praktikkannya dahulu baru aku publishkan di sini untuk perkongsian. Janganlah segan silu atau teragak – agak untuk mengeluarkan apa sahaja pendapat, buah fikiran dan idea masing2. Terima kasih banyak2 atas segala keperihatinan dan sokongan selama ini.

68 thoughts on “rangkaian sosial wakoopa

    1. hazlan Post author

      sesekali rasa lain daripada yang lain sikit ok gak erk…

      Reply
  1. lazaac

    salam bro… thanks… cukup jelas dan terperinci penerangan yg diberikan… btw, lazaac baru jer ushar, lom register lagi… nanti lepas dah reg, lazaac roger sini balik… kita main add2 bro.. πŸ™‚

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu…usha jangan tak usha… seronok gak layan menda ni…

      Reply
    1. hazlan Post author

      laaa al kisah… kalau ader broadband sendiri… nanti2 boleh la layan

      Reply
    1. hazlan Post author

      betul bro sejak 2008 aku dah register… kat sini je aku layan up to date software.. nak baca info layan blog kawan2… lagi satu boleh membantu blogger2 lain cari idea buat posting…

      Reply
  2. etomyam

    terima kasih bro atas info ni, aku pun minat dan nak join jugak lah lepas ni, banyak manafaat ni

    Reply
    1. hazlan Post author

      hahaha… dalam sini banyak pakwe2 itam, merah, hijau, ungu… huhuhu gurau2 je.. IT memang berdesup… toleh sikit jek dah berkampung tertinggal…

      Reply
  3. ishak

    fuuh..mau join jugak ni..dah lah aku ni peminat game dan software yang tegar heheh..thanks for info nro

    Reply
  4. Riza

    Memang best! Boleh gak la belajar ilmu design kat sini. 3D punyer otai ada? heheh
    Sorry bro nak cakap : semalam website brader memang susah nak masuk. Just want to inform you. Server down kot.

    Reply
    1. hazlan Post author

      biar ramai kawan dapat banyak pengalaman… huhuhu, oh ya ke? rasanya down kot… lagipun server tengah di upgrade tu… mintak maaf bebanyak ya bro

      Reply
      1. Riza

        eh takder hal la..saje just nak bagitaw je kot2 brader tak sedar ke pe ke. So just nak inform je la.
        Yeah! mari wat kawan ramai2.

        Reply
        1. hazlan Post author

          terima kasih banyak2… ya lah kekadang aku sendiri tak tau… kekawan blogger ni lah yang bagitau…

          Reply
    1. hazlan Post author

      salam kembali… boleh je… insya-Allah nanti aku menyinggah…

      Reply
        1. hazlan Post author

          datang sila datang… huhuhu… minuman dan makanan di sediakan… huhuhu acah je..

          Reply
    1. hazlan Post author

      hahahah… waka waka pun ok gak bro… gurau jek

      Reply
  5. man kuchai

    Salam,
    Baru ada peluang dan ruang untuk menjengok blog ni.Satu nama asing bagi saya…insyallah akan dicuba nanti.

    Reply
    1. hazlan Post author

      yang penting mesti didahulukan bro… layan jgn tak layan huhuhu…

      Reply
    1. hazlan Post author

      aku dengan kat youtube derang sebut wakupa cam gitu.. entahla.. sebutak jawa tu ok jugak cuma kasi tebal sikit idhrom…

      Reply
  6. Mr.Z

    menarik rangkaian sosial ni.. 1st time dengar ada rangkaian sosial berkaitan software ni.. thx for the info~!

    Reply
    1. hazlan Post author

      aku kenal sejak tahun 2008 lagi… tapi memang banyak membantu dalam kerja harian.. terutamanya kalau ader user tanya soalan cepu emas… seperti : “kalau nak bagi limitkan tempoh masa (pembacaan) untuk microsoft exel/word lepas tu akan keluar password kalau masa tamat…” macamana nak jawab tu?

      Reply
    1. hazlan Post author

      kalau dalam bidang aku memang banyak membantu… lagipun dapat kenal ramai kekawan yang sama minat… nak layan FB jek pun kekadang terasa bosan dah huhuhu

      Reply
    1. hazlan Post author

      tak pe… ketinggalan tu perkara biasa… cuba jangan tak cuba…

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… macam daftar FB jugak… cuma ada software tracker.. download dan install kat pc sendiri… cuma next, next button je… kelebihannya kita tau la software mana menjadi kegemaran ramai… software mana yang ada masalah… software mana yang baru tercipta… macam2 ada.. sesuai jugak untuk blogger2 yang nak cari idea buat entry..

      Reply
  7. digitalproduk.com

    Pening kepala aku, banyak sangat sosial network, tapi aku tumpu 2 sahaja facebook dan twiter.

    La ni kena fokus, kalau tidak , tak menjadi.

    Reply
    1. hazlan Post author

      kalau nak ikutkan beratus social network ni… FB dengan twitter adalah salah satu cabang… yang ni cabang untuk perisian dan aplikasi dalam komputer sahaja…

      Reply
  8. Azizi Zulkefli

    Bagus betul software ni. Boleh belajar dan tau software2 yg ada dan terbaru yg sedang digunakan pengguna2 lain diluar sana.

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul 2 bro… blogger2 pun boleh dapat idea wat entry…

      Reply
    1. hazlan Post author

      ada register tak bro? kalau dah ada meh la add… huhuhu… betul tu bro memang sangat2 berguna tu

      Reply
    1. hazlan Post author

      setakat ni ok je (mudah2an berkekalan…huhuhu) tapi sekarang aku cuma cari info applikasi2 linux kat situ…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *