Sebuah system rangkaian komputer melibatkan dua buah komputer yang dihubungkan dengan media menggunakan talian terus atau talian telefon. Manakala system rangkaian yang rumit atau kompleks bergantung kepada imaginasi masing-masing. Secara khususnya, rangkaian komputer bermaksud semua nod seperti pelayan (server), stesen kerja (workstation), pencetak (printer) dan sebagainya dihubungkan diantara satu sama lain dengan tujuan untuk berkongsi maklumat dan bahan. Dengan kata lain, maklumat yang ada pada pengguna A dapat disebarkan kepada penguna lain dan begitu juga sebaliknya.

Istilah seperti OSI, Ethernet, LAN, WAN, Internet, Intranet, Extranet dan sebagainya banyak didapati menerusi akhbar dan Internet. Namun masih ramai yang gagal memahami maksud sebenar istilah tersebut. Cara berhubung diantara satu nod dengan nod lain, perlu ada perantaraan seperti kabel, hub, perisian dan sebagainya. Memandangkan terlalu banyak kabel, hub dan perisian yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluar dengan pelbagai ciri tersendiri, kemungkinan besar ada yang tidak serasi dengan produk keluaran yang lain. Di awal tahun 70an, sistem rangkaian berasaskan sistem komputer IBM dan DECnet tidak dapat berhubung antara satu sama lain disebabkan tiada kesepakatan dalam cara sistem rangkaian berkerja. Sekiranya pejabat kita menggunakan sistem rangkaian IBM, maka peralatan komputer perlu menggunakan produk IBM dan begitu jugalah sebaliknya.

Dalam sistem rangkaian, satu standard komunikasi berjaya dibentuk. Model ini dipanggil OPEN SYSTEM INTERCONNECTION (OSI), yang dirangka oleh International Standard Organization pada tahun 1974 (setengah pendapat mengatakan tahun 1978). Diluluskan pada tahun 1983 untuk diguna pakai oleh semua pengeluar. Sama ada rangkaian setempat (LAN), bandar (WLAN) atau metropolitan (MLAN), semuanya berasaskan lapisan model OSI.

Dengan model OSI itu, setiap pengeluar dikehendaki mengikut standard terbabit untuk memudahkan peralatan yang dicipta berkomunikasi dengan peralatan yang dikeluarkan oleh pengeluar lain. Di dalam Model OSI, terdapat tujuh lapisan (seven layer). Setiap lapisan tidak menghiraukan lapisan yang lain.

Tetapi setiap lapisan mempunyai hubung kait yang kuat dan setiap lapisan itu dipanggil lapisan protokol. Model OSI (Open Systems Interconnection – saling sambungan sistem terbuka) Model OSI adalah satu panduan dan bukannya satu perisian atau perkakasan. Ia digunakan sebagai satu rujukan untuk dipatuhi oleh semua pengeluar perisian dan perkakasan supaya produk mereka boleh disambungkan kepada sistem rangkaian tanpa sebarang masalah. OSI boleh diibaratkan sebagai satu polisi keamanan dunia yang perlu diikuti oleh semua negara supaya dunia ini aman.

Walaupun realitinya keamanan sejagat sukar diperolehi. Begitu juga dengan model OSI ini, terdapat juga ketidak serasian berlaku di dalam pengeluaran produk yang berlainan. Maka apabila kita membeli sesuatu produk pastikan kita mengetahui setakat mana peralatan itu mengikut standard dan keperbezaan antara peralatan yang hendak disambungkan kepadanya. Selalunya produk seperti Cisco mempunyai protokolnya tersendiri yang hanya ada pada peralatan mereka. Pengetahuan mengenai OSI perlu diketahui oleh sesiapa juga yang ingin mendalami sistem rangkaian. Ini kerana setiap lapisan mempunyai fungsi tertentu yang akan membabitkan operasi sistem rangkaian. Kenapa pula? Sebab tujuan dibentuk Model OSI adalah untuk kesepakatan di dalam berkomunikasi melalui sistem rangkaian.

Bayangkan kalau, Contoh: Ah Chong bercakap menggunakan bahasa mandarin kepada Mutusamy, tentu sekali Mutusamy tidak faham sepatah apa yang dikatakan oleh Ah Chong. Oleh itu Ah Chong dan Mutusamy perlu menggunakan Bahasa Malaysia (sekarang dikenali dengan Bahasa Melayu) didalam percakapan mereka.

Antara kebaikannya ialah:
1. Memecahkan operasi sistem rangkaian yang kompleks supaya mudah diselenggara
2. Perubahan setiap lapisan tidak mengubah lapisan yang lain. Ini memudahkan pengeluar menumpukan perhatian pada lapisan tertentu saja
3. Memudahkan pembangunan perkakasan “plug and play”

7 Lapisan OSI (atas)

  1. Physical : Lapisan paling asas dalam sesebuah rangkaian. Asas komunikasi menggunakan kombinasi bit (0 dan 1) dan bergerak dari satu node(PC atau peranti komunikasi lain) ke node yang lain.
  2. Data Link : Kerangka kombinasi bit dan bergerak dari satu hope (perhentian sesebuah node) ke hope yang lain.
  3. Network : Kombinasi beberapa kerangka dalam sesebuah paket (packet) dan berkomunikasi antara source host dan destination host.
  4. Transport : Penghantaran mesej iaitu komunikasi secara terus antara sesuatu proses dengan proses yang lain (Rangkaian PC anda dengan PC kawan anda).
  5. Session : Isytihar, urus dan padam segala komunikasi dalam rangkaian.
  6. Presentation : Menterjemah dan mengenkripsi maklumat atau data yang dihantar dari sebuah PC ke PC yang lain.
  7. Application : Lapisan paling atas. Membenarkan sesebuah rangkaian berkomunikasi antara satu sama lain.

Talian diantara Penghantar dan Penerima

Keterangan gambar rajah 2:
1. Penghantar adalah data yang hendak dihantar keluar melalui rangkaian
2. Sempadan subnet komunikasi adalah peralatan sistem rangkaian seperti pengulang (repeater), hab (hub), suis (switch) atau penghala (router). Sekiranya peralatan itu adalah pengulang atau hab maka ia hanya akan mencapai lapisan fizikal, sekiranya ia suis (switch) maka data terbabit akan ke lapisan Sambung Data (Data Link Layer) dan Sekiranya menggunakan penghala maka data akan pergi sehingga lapisan Rangkaian (Network Layer)
3. Penerima adalah komputer peribadi yang akan menerima data

Tagged with:
 
About The Author

hazlan

Blog ini ditulis kebanyakannya adalah perkongsian berkenaan Teknologi Maklumat, Networking, Software, Hardware, Web Development, Graphic Designer, Programming, Kreativiti, Motivasi dan Inovasi. Biasanya aku praktikkannya dahulu baru aku publishkan di sini untuk perkongsian. Janganlah segan silu atau teragak – agak untuk mengeluarkan apa sahaja pendapat, buah fikiran dan idea masing2. Terima kasih banyak2 atas segala keperihatinan dan sokongan selama ini.

28 Responses to pengenalan sistem rangkaian komputer

  1. zik says:

    aduh ..tak tahu pasal networking nie… tahunya cuma online..jer.. ngeh2..
    .-= zik´s last blog ..Keputusan penuh Piliharan Raya Sibu (P212) =-.

  2. ishak says:

    padat info ni..i like it..thanks for the info bro

  3. aktechpage.com says:

    Thx bro atas artikel ni..
    1 artikel yg besh utk dibaca oleh newbie2 networking…

    • hazlan says:

      u r welcome… kekadang aku sendiri pun kena reffer balik menda2 cam gini… huhuhu.. almaklum dah tua2 ni….

  4. Cukup teknikal bagi sy. Setakat buat network biasa tu bolehla. Hanya perlu set IP dan gateway sahaja. Tapi skrg teknologi rangkaian dah jauh lebih hebat.
    .-= Azizi Zulkefli´s last blog ..Pengenalan Kepada Hak Cipta (Soalan Lazim) =-.

    • hazlan says:

      tul2.. dulu aku masa mula2 kerja ICT pun terkial2 nak wat ip ngan gateway… sekarang pun kekadang blur2 lagi kalau dah beratus user… huhuhuhu

  5. salam sahabat…
    masa belajar dulu ada gak sikit blajar pasal ni dgan budak sistem komputer..kalu tak kawna dgn mrka adeh mmg suri tak tahulah jawabnya..

    skrg dah lama tinggalkan rasa cam ingat2 lupa pula..bukan apa sb dlu suri bhgain pjbt..huhuhu..

  6. Brother One says:

    salam
    padat info nie.bagus diketengahkan masih ramai termasuk saya tidak tahu.(baru baik demama)

  7. Muhd Suhaily says:

    Subjek ini merupakan satu topik yg penting apabila ingin mengetahui mengenai komputer dan belajar sistem komputer sahaja tidak lengkap sekiranya tidak memperlajari rangkaian komputer. Semunya mempunyai kaitan dan kronolgi yang perlu diketahui oleh sesiapa yang menggunakan komputer dan terutama bab teknikal samada yang belajar dan yang mengajar.

    • hazlan says:

      terima kasih bro… memang perlu lebih2 lagi dengan perkembangan jalur lebar sekarang ni… bukan harus tahu semua, sekadar memahami aku rasa sudah cukup agar tidak terkebelakang… kalau ingin lebih mendalam apa salahnya… sekadar pandangan aku

  8. botak says:

    hohoho ape semua ni??satu hape pun x paham maa..mcm mana nk strt haa??
    .-= botak´s last blog ..movie of the year =-.

    • hazlan says:

      ni adalah sistem rangkaian yang biasa di guna kat pejabat yang menggunakan internet… ni adalah basic dan salah satu contoh perhubungan rangkaian komputer2.. huhuhu sorila bro kalau cara posting entry ni (guna bahasa teknikal) membuatkan kurang difahami…

  9. wazy says:

    hoho teringat masa belajar dulu,keen setup network untuk cc,berpeluh-peluh gak la,alhamdulillah time tu jugak berjaya siapkan.Artikel ni bagus dijadikan rujukan kepada bakal juruteknik komputer dan juruteknik komputer (macam saya la hehe )
    .-= wazy´s last blog ..Helmet Bergaya Untuk Penunggang Motor =-.

    • hazlan says:

      biasalah tu samalah ngan aku nie memula dulu… tak menjadi, tersilap tu lumrah tapi tu lah pengalaman…

  10. Nizam6281 says:

    Baru jek belajar bende ni huhu
    .-= Nizam6281´s last blog ..LAMAN WEB PILIHAN UNTUK DOWNLOAD SOFTWARE =-.

  11. Haris says:

    salam sejahtera kepada tuan admin dan rakan-rakan

    saya terjumpa artikel ini terus terpikat..
    bagus isinya, padat dengan info yang menarik..
    cara penulisan yang menyeronokkan untuk dibaca..
    sesuai dijadikan bahan bacaan untuk semua..

    saya sendiri pun seorang student IT
    major dalam rangkaian..hehe
    salam perkenalan buat semua
    Haris´s last [type] ..Apa Idea Nak Tulis Blog?

    • hazlan says:

      wah terima kasih haris… cuma aku ni orang yang sibuk dan bukannya blogger sepenuh masa… jadi kekadang tersenyap tu harap maaf awal2 la ya… wah student IT… bagus2 selamat belajar bro… belajar sunguh2 ya…

  12. niena says:

    thanks….byak sgt dpt info…memang minat sgt…bljr kt kolej tk mendalam…tp kat tmpat praktikal byak pasal ni..so, dr sini dpt jugak info…tq skali lg

  13. iera says:

    waduhhhhh…saya xdapt lagi nie psal osi yg memeningkan ini…plzz help meeeeee…

    • hazlan says:

      kalau nak mudah memahami sebenarnya kena ada praktikal… tapi kalau aku terangkan sekali pun, takut aku sendiri yang paham pulak…

  14. THERESA says:

    okey…eer,,saya cuma nak tahu sal pengenalan untuk instalasi protokol,,nak buat assgment blur sgt..xtau nak dpat info dri mna..so sye nak mnta tolong bleh:D

    • hazlan says:

      cuba rujuk laman ni: http://ayieblog.com/v2/ mana tau ader yang berkaitan…. dan jgn segan untuk bertanya empunya blog tersebut mungkin beliau dapat membantu… aku pernah ada nota penginstallan protokol tapi tak tau mana letaknya…. maklumlah dah lama sangat tinggal perkara2 nie…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge