perkhidmatan online percuma pertukaran fail dan dokumen

By | May 5, 2010

Semasa bekerja ataupun belajar kadang2 teramat penat. Tiba2 muncul satu masalah dimana dokumen2 yang penting tak boleh di buka, terlalu besar dan harus dikecilkan, perlu diubah suai, dan macam2 lagi. Pulak tu dengan kadar segera. bagi pengguna yang mungkin tiada perisian lengkap atau perisian2 lama sudah semestinya perlu menangguhkan atau melambatkan kerja kerana perlu mencari perisian2 yang sesuai atau sambil2 bertanya rakan di dalam FB atau chat melalui YM. Di sini aku ingin berkongsi dimana masalah tadi dapat di selesaikan. Pengguna tanpa perlu memuat turun dan install ke dalam PC dengan pelbagai perisian oleh kerana pengubahsuai (converter) ini boleh di lakukan hanya secara online.

Apa yang aku kongsikan disini ialah laman2 web yang bersifat multipurpose dan percuma.Diantaranya adalah:

1. Zamzar

Zamzar menyediakan kepelbagaian converter secara online dengan percuma. Terutamanya kepelbagaian dokumen dan tukaran ke dokumen yang lain. Sebagai contoh dari .pdf (acrobat reader) ditukar kepada microsoft powerpoint (.ppt) dan banyak lagi. Juga menyediakan video converter. Letak sahaja youtube link  untuk diconvertkan ke .avi,mpg3 dan lain2. Fail2 yang telah di tukar tadi akan dihantar terus melalui email. Ianya adalah percuma. Sekiranya korang tak mahu menggunakan email sendiri bolehlah mendaftar dan fail2 yang sudah diconvert tadi akan diletakkan di dalam ruangan “manage fail”. Setahu aku space manage fail yang diberi adalah lebih daripada 100G tetapi berbayar.

2. Cometdocs

Cometdocs menggunakan applikasi java menyediakan aplikasi menukar data dokumen daripada acrobat reader (.pdf) ke apa2 sahaja jenis dokumen microsoft. Sebagai contoh pdf ke text file (.txt : biasanya menggunakan notepad), pdf ke microsoft office (word, powerpoint,exel dan lain2) juga menyediakan word processor dimana file microsoft word yang tak dapat dibaca akan digantikan dengan file microsoft word yang boleh dibaca. Biasanya bagi pengguna yang menggunakan microsoft word lama (microsoft word 2000) dan ingin membaca dokumen microsoft word yang baru (Microsoft word 2007). Pengguna boleh meletakkan file mp3 file korang sebagai tag hakmilik.Menukar html file kepada RSS feed. Menukar senarai directory ke google sitemap. Juga menyediakan video converter dan banyak lagi yang penting ianya adalah percuma. Setelah selesai apa yang telah diubah, fail2 tadi akan dihantar terus melalui email pengguna.

3. Youconvertit


Youconvertit juga menyediakan pakej converter video dan penukaran dokumen2 secara online dan ianya percuma.Yang menariknya pengguna boleh meletakkan sebanyak 5 fail untuk diubah secara serentak. Boleh menghantar terus fail yang telah ditukar itu tadi ke alamat email sesiapa yang memerlukan tanpa membuka email pengguna, dimana perlu melakukan attachment kemudian send ke alamat2 email kan lambat tu. Pakej yang jarang2 ada secara online, adalah mencari perisian yang boleh menukar jumlah unit. Sebagai contoh menukar kilometer kepada batu dan sentimeter kepada inci. Bagi pengguna yang  terdesak bolehlah melayari laman web ini.

4. Media-convert


Media-convert applikasi percuma secara online yang menyediakan pengubahan data seperti dokumen, image, video dan boleh mengecilkan fail (compressed) ia juga menyediakan pilihan untuk menghantar fail ke applikasi mobile.

5. Convertfiles


Convertfiles memberikan pilihan penukaran kepelbagaian dokumen,spreadsheets, arkib, audio dan video sehingga melebihi 150MB secara percuma termasuk kebolehan menghantar fail kepada perisian applikasi mobile.

6. Freefileconvert


Freefileconvert menukar dokumen2, image audio dan video, arkib sehingga melebihi 200MB per fail secara percuma.

Jadi sekarang korang dah tak perlu lagi memberatkan pc dengan kepelbagaian software hanya semata-mata untuk merealisasikan beberapa kehendak. Info ini adalah bagi yang sentiasa mempunyai jaringan internet sahaja bagi yang sentiasa offline atau internet kat office kena block nampak gayanya kenalah juga mencari perisian2 yang sesuai. Nanti aku akan kembali dengan perisian2 sumber terbuka yang bersesuaian dan boleh digunakan dengan mudah tanpa memerlukan apa2 bayaran. Insya-Allah.

25 thoughts on “perkhidmatan online percuma pertukaran fail dan dokumen

    1. hazlan Post author

      huhuhu bokmark bro website yang aku kasi tu… kalau tak lupa lak kang….

      Reply
    1. hazlan Post author

      betul2 kekadang aku pun memerlukan… kena pulak tengah guna pc lain.. tetiba wat keje urgent pehhh…

      Reply
    1. hazlan Post author

      ms word memang dah lama wat conveter tu, cuma kekadang ader lak si bos2 ni, tetiba mintak convert ke bentuk yang merepek2 huhuhu tu yang agak menjadi kelam kelibut… hhuhu

      Reply
        1. hazlan Post author

          ada tapi yang versi berbayar banyak tuh…

          Reply
    1. hazlan Post author

      macam2 ada… rajin dengan tak rajin nak godek je… kekadang menda tak terpikir pun ada… layan brooo erkkk…

      Reply
    1. hazlan Post author

      untuk aku gak kekadang diluar kawasan.. tak bawak lat-top tapi urgent… guna HP pun jadi…

      Reply
  1. italk

    internet percuma dan panggilan dengan kadar yang termurah dan percuma di….

    Reply
    1. hazlan Post author

      please jgn spam bro… terpaksa modified sori sesangat…

      Reply
  2. RozaniGhani

    biasanya convert pdf ke word memerlukan permission hak cipta. Tidak semua pdf dapat convert ke word kecuali portal converter yang membuat kerja freelance. Biasanya portal converter freelance hantar document yang telah diconvert guna email.
    .-= RozaniGhani´s last blog ..BugMeNot Kaedah Bypass Password =-.

    Reply
  3. aktechpage.com

    TQVM bro sharing this info…
    Sangat2 berguna…

    Reply
    1. hazlan Post author

      u r welcome… gunakan selagi tengah ada ni… huhuhuhu

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhuhu… tq kerana datang menyinggah dan mengomen blog yang jarang2 update atas faktor kesibukan aku yang tak dapat di tutur dengan kata2 kekeke aceh lebih2 lak aku ni… ni perisian untuk dilakukan secara online jek ni tak payah nak download dan install… selamat mencuba

      Reply
    1. hazlan Post author

      aku pun selalu gak guna si zamzar ni… senang dan mudah…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *