10 Syarikat Gergasi yang dibina oleh Remaja

By | May 10, 2010

Semangat dan keusahawanan bermula daripada peringkat awal remaja, Kadang2 ada sebilangan anak2 muda dan remaja terdorong untuk mencipta sebuah syarikat sebelum mereka dikategorikan masih lagi memerlukan pembelajaran di peringkat alam persekolahan dan meneruskannya diperingkat Universiti. Namun begitu, di sini aku kongsikan sebagai aspirasi bersama dimana 10 orang anak muda mempunyai kelebihan dan bakat yang di anugerahkan oleh mereka untuk mencapai kehendak dan keinginan tersebut dan ianya berjaya.

1. Fred De Luca

Pada tahun 1965 Fred De Luca hanya meminjam $ 1,000 untuk memulakan Restoran Subway sandwich kini amat dikenali. Fred hanya berumur 17 tahun ketika ia memutuskan untuk menjadi seorang pengusaha sebuah restoran atas alasan untuk mendapatkan wang untuk menbiayai pembelajarannya.Sejak membuka kedai pertama di Boston, rangkaian restorannya kini mempunyai 32.401 lokasi dan menghasilkan lebih dari $ 9 bilion pada jualan tahunan. Fred adalah penerajunya.

2. Mark Zuckerberg


Beliau memang sudah tidak asing lagi dikalangan pengguna2 Facebook. Melancarkan halaman cuma dari bilik asramanya, dan sejak hari itu telah menjadi pengusaha self-made termuda yang bernilai lebih daripada satu bilion dolar. Zuckerberg adalah CEO dari laman web sosial yang paling cepat berkembang di Internet.

Facebook telah mencatatkan lebih dari 400 juta pengguna dan sekarang ianya salah satu laman sosial yang paling berpengaruh yang pernah dibuat dalam sejarah, dan menduduki ranking ke-2 selepas google. Tidak mustahil akan memintas google.

3. Matt Mullenweg


Beliau adalah seorang software developer yang berjaya bermula daripada peringkat muda. Sejak berumur 19 tahun, belau mengumumkan bahawa akan memulakan perisian sumber terbuka (open source) untuk perisian blog yang lebih baik dan beliau bermula dengan WordPress. Semenjak itu pem”program”man perisian bermula di Automittic dimana memiliki dua produk yang unggul seperti Akismet (perangkap spam) untuk halaman komen dan wordpress.com. Untuk versi host dari perisian open source ialah dari wordpress.org. Sejak mengasaskan Automattic, syarikat beliau ini telah mengumpulkan lebih dari $30 juta dolar dan semakin berkembang.

4. Anand Lal Shimpi


Bermula dengan AnandTech pada 1997 ketika beliau berumur 14 tahun.Laman yang pertama adalah daripada platform Geocities. Pada awalnya adalah sebagai hobi namun ianya semakin berkembang dan menjadi salah satu laman web yang terbesar meliputi keseluruhan peranti perisian. Forum AnandTech adalah salah satu tempat yang terbaik untuk mendapatkan pakar dan khidmat nasihat mengenai komputer. Laman webnya: http://anandtech.com

5. Carl Churchill


Pada 2020 akan datang, Carl Churchill mensasarkan peningkatan syarikat bernilai $ 100 juta. Carl menubuhkan DMC Internet pada tahun 2001 iaitu pada usia 15 tahun, dan dengan kehadiran mereka membina sebuah empayar dapat dalam membantu perniagaan Internet di seluruh dunia . Churchill syarikat yang menawarkan broadband wayarles bagi keselamatan pelayan untuk perniagaan, dan dari ia dilancarkan dan terus tumbuh secara konsisten. sehinggalah tahun 2003 Churchill tercatat di Royal Bank of “Senarai Rich Scotland” yang bergelar jutawan di bawah 21 tahun.

6. Farrah Gray


Farrah Gray adalah seorang Usahawan yang benar2 berjaya sebelum  mencapai usia remaja, dan kisah kejayaannya begitu aneh dan pelik sehingga boleh dikatakan agak mustahil untuk dipercayai. Ketika dia berumur 10 tahun Gray membentuk sebuah kelab dan mendapatkan $15 ribu dolar untuk setiap ahli untuk berdiri dengan pelbagai aktiviti. Pulangan $1 juta berjaya dikumpulkan daripada pelbagai pelabur untuk membantu dikalangan remaja untuk memulakan perniagaan mereka sendiri. Sebelum berumur 16 tahun beliau mula mengusahakan perniagaan merangkumi kad prabayar telefon, One Stop peti Surat dan membuka francais The Teenscope ” Youth AM/FM” interactive talk show. Beliau menjadi producer eksekutif di rancangan komedi di Las Vegas Strip dan memiliki sebuah syarikat makanan bernilai $1.5 juta. Menjadi penulis buku yang terlaris antarabangsa pada tahun 2005 bertajuk “Reallionaire” yang disokong sepenuhnya oleh Bill Clinton.

Beliau bermula dengan sendiri untuk mencapai dan bergelar sebagai usahawan yang berjaya. Sehinggakan memberi bantuan dan biasiswa untuk mahasiswa2 yang mempunyai latar belakang yang berisiko. Beliau lakukan semuanya ini sebelum usianya mencapai 30 tahun.

7. Romero Bryan


Romero Bryan adalah seorang pereka fesyen pada usianya 12 tahun. Rekaannya adalah berlandaskan atau bercirikan sebuah rocket. Rekaannya diambil dari kalangan artis dan orang2 yang popular seperti Beyonce, Victoria Beckham, Cameron Diaz, and Alicia Keys. Empayarnya mendapat melebihi $30 juta paun.

8. Kristopher Tate


Kristopher Tate boleh di gelar budak ajaib, Dia mula bekerja dengan HTML ketika berusia 4 tahun dimana pada usia itu kanak2 lain sedang  mula untuk belajar membaca dan mengira. Beliau memulakan laman web perkongsian gambar (photo-sharing) iaitu Zooomr pada usia 17 tahun sebagai pesaing terdekat Flickr.Belau telah memindahkan laman dan pejabatnya ke jepun dan sejak itu dan terlibat mencipta halaman komuniti yang pertama di jepun. Laman webnya: http://www.zooomr.com

9. Jason O’Neill


Jason O’Neill mungkin usahawan yang paling berjaya  oleh seseorang di bawah usia 10 tahun. Pada usia 9 tahun, Jason mula membuat Bug Pensil, iaitu pensil berwarna-warni toppers dalam bentuk bug. Selain perniagaan, Jason mula tampil dan mempunyai rangkaian yang besar, tidak hanya untuk keusahawanan yang masih muda, beliau telah menyumbangkan wang untuk pengasuh anak2, dan menghantar pensilnya itu untuk anak-anak sekolah di seluruh Afrika.

10. Fraser Doherty


Sementara ramai pengusaha muda paling berjaya membuat wang mereka dengan membina laman web, Fraser Doherty dan empayarnya dibina menggunakan cara yang lebih tradisional. Fraser bermula membina produknya pada usia 14 tahun di Scotland, pada usia 16 tahun beliau meninggalkan alam persekolahan untuk memulakan perniagaan SuperJam (jem) sepenuh masa. SuperJam terjual sekitar 500,000 unit setahun, dan sekarang memiliki sekitar 10 peratus daripada pasaran mentega di seluruh UK. Syarikatnya, Wise Bread adalah sebuah komuniti kewangan terkemuka peribadi yang didedikasikan untuk membantu sesiapa mendapatkan hasil maksimum dari wang mereka. Dapatkan tips wang harian dengan mengikuti Wise Bread di Facebook atau Twitter.

Wah hebat2 belaka… walaupun bukan golongan orang2 melayu yang aku tuliskan di atas, namun jadilah satu sumber aspirasi yang kita juga sebagai anak2 melayu boleh jadi seperti mereka. Mungkin bukan untuk kita  tapi mungkin golongan anak2 kita yang mewarisi generasi2 baru nanti. Mungkin akan ada terciptanya sesuatu yang lebih baik dari golongan orang2 Malaysia khususnya dan orang2 melayu terutamanya.

48 thoughts on “10 Syarikat Gergasi yang dibina oleh Remaja

  1. nabilah_2908

    mereka ni terdiri dari kalangan yg genius…sebab tu dari kecil lagi dh boleh berjaya…kagum….. 🙂

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    AEROBIK
    .-= nabilah_2908´s last blog ..AEROBIK =-.

    Reply
    1. hazlan Post author

      genius yang telah dianugerahkan… bilalah masa untuk kita pulak erk?

      Reply
    1. hazlan Post author

      kat malaysia ni pun ada yang hebat2 nanti aku cuba kumpul2kan biodata derang ni…

      Reply
  2. tukang kata

    hebatnya..akal yg diberi oleh Allah digunakan sebaiknya..

    tq info..blog anda menarik! penuh informasi..saya pasti follow anda!

    tq juga sudi visit blog saya yg biasa2 tu..hehe

    Reply
    1. hazlan Post author

      kalau menjadi sumber aspirasi apa salahnya… terima kasih kerana follow… pasti datang dan follow gak deh… no hal

      Reply
  3. Zymazara

    Salam Bro….

    Semua kita ada peluang utk jadi kaya….bezanya usaha dan tindakan yg kita lakukan.

    Aku pun nak kaya jugak la cenggini……
    Ko nak kaya tak??

    🙂

    Selamat Hari Ibu buat org rumah ko ye…..
    Bahagiakan dia ye, Bro…
    🙂
    .-= Zymazara´s last blog ..No Man Is Perfect =-.

    Reply
    1. hazlan Post author

      sapa tak nak kaya… nak je… org umah huhuhu sentiasa berbahagia ni..Insya-Allah, no hal terima kasih ingat mengingati

      Reply
    1. hazlan Post author

      ada mungkin situasi yang berbeza… nanti aku cuba kumpul2 biodata2 derang

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu belum sampai seru kot bro… munkin esok lusa ader terdetik idea di anugerahkan… sapa tau… amin

      Reply
    1. hazlan Post author

      tu la tu jual jem jer… aspirasi pada aku yang berumur dah era pertengahan gak ni…

      Reply
    1. hazlan Post author

      mungkin akan tiba masanya akan datang… otak aku ni dah kematu tak derk la kot… huhuhuhu

      Reply
  4. Azizi Zulkefli

    Sistem pendidikan kat luar negara terutama negera2 barat berbeza dari negara kita. mereka bkn stakat berorientasikan peperiksaan, tapi juga kemahiran dan fikiran kreatif dan kritis. Tapi kita mmg sepenuhnya bergantung pada peperiksaan. Takde sgt aktiviti2 kreatif, kritis dan jugak kemahiran diterapkan.
    .-= Azizi Zulkefli´s last blog ..Gerak Gempur Cetak Rompak =-.

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu ader … cara pembelajaran yang baik dan betul pun boleh mempengaruhi kebijaksanaan… cara derang belajar pun memang berbeza dengan kita kat sini… tq bro dengan info tu

      Reply
  5. tukang kata

    salam bertukang di sini ingin mengucapkan terima kasih sebab sudi follow blog tukang kata..

    dgn sukacitanya ingin memaklumkan anda telah menerima blogger award dari tukang kata..

    sudilah kiranya mengambil blog tu ya..

    ukhuwwah selamanya!

    Reply
    1. hazlan Post author

      peh kena tag rupanya aku… terima kasih banyak2 tukang kata

      Reply
    1. hazlan Post author

      aku pun kagum sambil melopong je mulut ni aaa

      Reply
    1. hazlan Post author

      yup! 3 orang tu dah sememangnya familiar… thanks

      Reply
    1. hazlan Post author

      tu la tu mungkin ada tapi ntah bila la pulak tu…

      Reply
    1. hazlan Post author

      di mana ada kemahuan di situ ada jalan… cuma keizina-Nya adalah penentunya..

      Reply
    1. hazlan Post author

      btul tu bro saya amat setuju fokus tu memang penting…

      Reply
    1. hazlan Post author

      wat jem jek… wat jem lain dari yang lain kat malaysia ni ok gak erkk.. tapi jem apa?

      Reply
  6. aktechpage.com

    Wahhhh… pelik2 juga bisness diorang
    tetapi boleh jadi jutawan…
    Aku pun nak jadi jutawan jugalah
    tp nak tua dah..heheheh

    Reply
    1. hazlan Post author

      tu la tu… boleh lagi tu… rezeeki terpijak siapa pun tak tau… amin mudah2an

      Reply
    1. hazlan Post author

      boleh lagi tu bro… buat sesuatu yg lain pulak… huhuhuhu

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… jgn pepuji lebih2 paan.. kembang setaman lak aku kang… alaa sambil2 je ni pun… aku bukan extreme blogger…

      Reply
    1. hazlan Post author

      rajin berusaha tangga kejayaan… minat dalan sesuatu bidang boleh membuahkan sesuatu hasil… cuma yang pasti jangan putus asa… sekadar pendapat

      Reply
  7. ilham

    Semoga menjadi panduan untuk bakal usahawan semua, bukan semua bermula dengan modal yang tinggi, yang penting kesungguhan dan idea..insyallah..

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu… mudah2an diberikan oleh-Nya rezeki2 yang halal…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *