siapa kata orang melayu masih lagi ditakuk lama!

By | March 23, 2010

Siapa kata sikap dan pemikiran orang Melayu masih lagi ditakuk lama…? Kenapa mesti ada slogan “Malaysia Boleh“? dalam mentaliti aku slogan yang ringkas tu adalah satu doa… kan setiap perkataan yang diucapkan adalah doa… jadi setiap kali diucapkan adalah doa… seperti yang kita lihat dalam media masa memperlihatkan macam2 dugaan yang ada kat Malaysia ni… buang anak, rogol,bunuh dadah dan macam2 kes lagi… sampai bila nak habis tu? Kita hanya sekadar boleh berkata dan apakah tindakan kita? Kekadang kita hanya memandang yang buruk sahaja, tapi adakah kita lupa masih ada yang baik. Itu dah sifat manusia suka berita2 yang tragik dan hangat… jadi ke”boleh“an rakyat Malaysia memang terror dalam semua perkara…

Tapi bukan itu yang aku nak bincangkan…
Sebelum ini tulisan aku selalu menitik beratkan laman2 luar negara yang bermacam2 platform, ada dan diantaranya laman hebat2 belaka. Namun kita sedar atau tidak dalam perkembangan arena dan juga arus teknologi dizaman alam maya ni ramai juga rakyat2 Malaysia terutamanya anak2 melayu yang sangat2 berjaya. kenapa tak kita ketengahkan bakat dengan memperkenalkan mereka2 ini.

Mungkin sebilangan korang yang dah kenal dah tahu dan ada diantara korang masih belum tahu…
Team dari Flarebiz Network yang dikendalikan oleh beberapa anak muda Malaysia telah memperkenalkan Niagakit iaitu sistem e-commerce (kedai online) antara yang terawal dimalaysia.

Sejarah
Dulunya pada tahun 2008, Niagakit dibina berasaskan sistem/platform pengoperasian WordPress namun dengan kelebihan dan pengetahuan didalam membina sistem aplikasi untuk laman web. Kini Niagakit dibina dengan pengalaman dan kelebihan tersendiri. Wah hebat betul diorang ni. Yang penting adalah sifat kerjasama. Pasti jadi.

Kelebihan dan Keselamatan
Kelebihan sistem ni ramai pun yang dah tau.. mana2 sistem e-commerce adalah untuk jualan produk secara online. Namum kerana pembinaan adalah diatas kreativiti sendiri ianya tidak boleh didapati dimana2 laman warez untuk boleh kita download. Aku cuba2 juga kalau2 ada… tak terjejak pun. Tak tau la korang, pernah jumpa ke… kalau ada mungkin zaman mereka menggunakan wordpress dulu… Jadi sistem keselamatannya lebih terjamin.

Mungkin loophole yang ada tidak pernah diketahui orang selain orang yang memilikinya sahaja. Buat apa nak risau. Setakat yang aku tahu dan kaji, belum ada lagi mereka2 menggunakan Niagakit ni kena hack. Mudah2an tidaklah.

Keusahawanan
Niaga kit adalah bagi mereka yang ingin menjadi usahawan dan berminat untuk memulakan  atau meluaskan sistem perniagaan online bagi menjual produk2 yang berkaitan, dengan adanya sistem seperti ini menunjukkan bahawa penjualan sesuatu produk kita adalah sangat2 profesional.

Korang mestisudah tahu banyak lagi pesaing produk2 e-commerce yang berada di luar tu dan semakin bercambah serta banyak menjulur di arena alam maya. Tapi percayalah adakah ianya berbaloi dan benar2 selamat? Kenapa kita tidak membantu sesama sendiri dan mempercayai produk yang dikeluarkan oleh rakyat Malaysia sendiri.100% buatan bumiputera melayu. Aku yakin ianya sangat hebat setanding produk yang dikeluarkan dari luar negara seperti Zen Cart, Magento dan Os-commerce .

Dengan menggunakan sistem Niagakit semuanya menjadi mudah dan ringkas. Pengguna boleh melakukan semuanya sendiri bermula dari menyenaraikan produk sehinggalah memproses tempahan. Para pengguna juga tidak perlu lagi membazir masa dan wang ringgit untuk memilih sistem kedai online yang selaras dengan kehendak pasaran tempatan.

Ciri-ciri sistem kedai online yang digunakan Niagakit:


1. Rekabentuk Ringkas, Kemas & Profesional

  • Rekabentuk memainkan peranan yang sangat penting dimana ia memberikan tanggapan pertama pelawat anda kepada anda. NiagaKit direkabentuk khas supaya ia ringkas dan senang digunakan. Kesemua elemen-elemen tersusun kemas dan juga profesional

2. Variasi Warna

  • NiagaKit menyediakan 10 warna tema secara percuma dan anda boleh menukarnya pada bila-bila masa mengikut kesesuaian dan kehendak kedai anda. Ini memberikan kepelbagaian dari segi rekabentuk kepada kedai online anda.

3. Paparan Produk Yang Berbeza

  • Anda boleh memaparkan produk anda secara list view ataupun grid view. Ini akan memudahkan pelanggan anda dimana list view adalah untuk paparan ringkas dan padat manakala grid view adalah paparan beserta penerangan produk

4. Tiada Had Produk

  • NiagaKit memberi kebebasan kepada anda untuk menambah seberapa banyak bilangan produk yang anda mahu. Tiada sebarang had untuk penambahan produk di dalam kedai online anda. Jadi, NiagaKit sesuai untuk semua samada anda adalah pengilang, pengedar dan sebagainya.

5. Urus Harga Dengan Bebas

  • Tanpa harga, produk tidak bermakna. Niagakit menyediakan kemudahan untuk anda menguruskan harga produk dengan mudah. Cuma masukkan harga yang anda inginkan pada setiap produk. Diskaun juga boleh ditunjukkan dengan mudah, apabila fungsi ‘harga tawaran’ diaktifkan

6. Satu Produk, Pelbagai Variasi

  • Apabila fungsi ‘Variasi’ dalam Niagakit dimanfaatkan, data tidak perlu lagi dimasukkan berkali-kali, terutamanya produk berlainan warna, saiz dan harga. Hanya bezakannya dengan menambah ‘Variant’ seperti warna, saiz atau apa saja variasi yang anda perlukan. Sudah pasti ianya sangat berguna, lebih-lebih lagi, jika anda menjual secara pukal

7. Penggunaan Kupon

  • Kupon adalah satu teknik pemasaran yang sangat efektif jika tiba musim ataupun perayaan tertentu dimana anda ingin memberi diskaun kepada pelanggan anda. Ini sudah tentu akan meningkatkan jualan. Sistem kupon NiagaKit juga sangat mudah diubahsuai dan juga sesuai untuk pelbagai jenis produk.

8. Imej Tambahan

  • NiagaKit membolehkan anda untuk mempamerkan imej tambahan bagi untuk setiap produk anda. Ini sangat penting untuk meyakinkan pelanggan anda. Mereka sudah semestinya ingin melihat gambar produk yang ingin dibeli pada setiap sudut yang berbeza.

9. Pembayaran Melalui Bank Tempatan


  • Terlalu sukar untuk mencari sistem kedai online yang mempunyai sistem pembayaran khas untuk bank tempatan. Dengan NiagaKit, kami mengutamakan pembayaran melalui bank tempatan kerana orang Malaysia lebih suka membeli belah di Internet melalui bank tempatan seperti MayBank2u, CIMB Clicks dan sebagainya

10. Bukti Pembayaran Melalui Bank Tempatan

  • Jika pembayaran dilakukan menerusi bank tempatan, anda memerlukan bukti pembayaran dari pelanggan anda. Untuk menyelesaikan masalah ini, borang bukti pembayaran disertakan sekali semasa belian dibuat oleh pelanggan dan lengkap untuk proses penilaian dari Pihak Admin. Cukup mudah!

11. Kredit Kad & PayPal

  • NiagaKit juga menyokong pembayaran alternatif seperti PayPal dan juga kad kredit. Pembayaran melalui kaedah ini sudah menjadi satu trend di kebanyakan negara-negara maju. Dengan kemudahan sistem pelbagai pembayaran yang di sediakan dengan NiagaKit, anda juga boleh memasarkan produk anda di peringkat global.

12. Menyokong NBePAY

  • Kami menyokong pernyataan ‘perniagaan harus terus berjalan walaupun tanpa kehadiran anda’. Justeru, Niagakit mengintegrasikan NBEPay, satu payment gateway yang banyak digunakan di Malaysia, ke dalam sistemnya. Jika diaktifkan, tiada lagi keperluan untuk anda menyemak satu persatu bayaran pelanggan

13. Mesra Pelanggan

  • Tidaklah wujud bisnes tanpa pelanggan-pelanggannya. Sudah semestinya, tiap antara kita berhak mendapat layanan terbaik ketika membeli belah barang keperluan kita. Ia boleh dilihat dengan Niagakit sentiasa cuba memastikan perjalanan membeli belah yang lancar

14. Maklum Balas Secara Terus

  • Dengan ‘Review Produk Ini’, keyakinan bakal pembeli anda pasti meningkat, terutamanya setelah melihat testimoni bekas pelanggan anda. Tidak selesa dengan review, bekas pelanggan anda juga boleh mengundi berapa bintang yang sesuai untuk produk anda

15. Promosi Produk Dengan Social Bookmarking

  • Dengan adanya Internet, kenapa tidak tingkatkan promosi produk anda dengan cara pemasaran sosial web 2.0? Beri pelanggan anda peluang beritahu rakan-rakan mereka melalui Facebook, Digg atau Myspace. Niagakit pastinya memberi anda peluang berbuat begini.

16. Urus Jualan Anda Dengan Teratur

  • Antara aspek yang kritikal dalam sesebuah perniagaan adalah pengurusan. NiagaKit mempunyai ruangan khas untuk anda mengurus setiap jualan dan juga traksaksi di kedai online anda supaya mudah untuk rujukan anda dan pelanggan anda kelak.

17. Rekod & Kaji Jualan Anda

  • Perniagaan bukanlah semata-mata tentang menghabiskan jualan. Mengkaji hasil jualan juga amat penting. Tidak perlu lagi pening bagaimana mengkaji hasil jualan dengan fungsi ‘Laporan Jualan‘ dalam Niagakit. Kami pasti anda juga sukakan fungsi ‘Jualan Terlaris’ seperti kami

18. Penetapan Kos Penghantaran Fleksibel

  • Kos penghantaran merupakan sesuatu yang amat kritikal dalam sesebuah perisian ecommerce. NiagaKit menawarkan penetapan kos penghantaran yang amat fleksibel di mana anda boleh menetapkan kos penghantaran mengikut berat, kuantiti ataupun secara tetap

19. Pelbagai Pilihan Bahasa

  • Niagakit yang dicipta rakyat Malaysia, tidak semata-mata menggunakan bahasa Melayu untuk paparan antaramukanya, malah juga bahasa Inggeris. Pelbagai bahasa bermaksud pasaran anda lebih meluas. Anda boleh menukar bahasa dengan semudah satu klik

20. Mesra SEO

  • Sebut saja bisnes Internet, tidak boleh tidak mesti menyentuh tentang SEO. Kedai online seperti Niagakit, yang mesra SEO, sudah tentu menjadi pilihan ramai. Apa tidaknya, SEO amat membantu menghebahkan kedai dan produk anda kepada umum.

21. Ruangan Featured Products

  • Menyediakan ruangan ‘featured products‘ supaya anda boleh menonjolkan product anda yang terbaru ataupun yang paling hangat di pasaran. Anda juga boleh menggunakan ruangan ini untuk di musim perayaan ataupun jika anda memberi diskaun hebat kepada pelanggan anda.

Namun ada juga soalan2 lazim mengenai sistem kedai online Niagakit ini antaranya ialah:

1 – Berapa Harga Niagakit?
Harga bagi Sistem Kedai Online adalah RM 999.00 sahaja. Ini tidak termasuk kos khidmat sokongan, tema, hosting dan domain. Untuk harga yang terperinci sila ke pautan Beli di laman web Niagakit.

2 – Apakah polisi pembatalan belian?
Kami tidak menawarkan pemulangan wang setelah pembelian dilakukan. Kami amat menggalakan anda untuk mencuba Demo Sistem Kedai Online Niagakit terlebih dahulu sebelum membelinya. Sekiranya anda telah berpuas hati dengan Demo tersebut barulah pembelian dilakukan.

3 – Bolehkah kami meminta untuk tambahan fungsi lain di dalam Niagakit?
Tentu sekali. Kami amat menghargai sebarang pandangan dan pendapat dari anda untuk memantapkan lagi Sistem Kedai Online Niagakit pada masa akan datang.

4 – Bolehkah kami mengubah suai Niagakit mengikut kehendak kami?
Buat masa ini anda hanya boleh menukar Rekabentuk Tema sahaja mengikut selera dan kehendak anda. Ianya fleksibal sekiranya anda memahami pengaturcaraan HTML/PHP. Bagi kod utama Niagakit anda tidak dibenarkan mengubahnya kerana ianya telah dilindungi oleh Ioncube.

5 – Adakah Niagakit dipasang ke hosting kami?
Ya. Niagakit akan dipasangkan terus kepada server/hosting anda.

6 – Apakah keperluan minima server bagi membolehkan Niagakit berfungsi lancar?
Sistem Pengoperasian: Linux/Unix, Web Server: Apache Web Server dan LigHTTPD, Bahasa Pengaturcaraan: PHP 4 – 5.2, Pangakalan Data: MySQL 4.1 keatas, Mod_rewrite untuk Apache, Ioncube Loader. Hubungi Kami sekiranya tidak pasti bagi keperluan server.

7 – Apakah jenis-jenis barangan yang sesuai dijual dengan Niagakit?
Semua barang yang boleh dipos sesuai dijual dengan Niagakit contohnya baju, beg, handphone, buku dan sebagainya. Konsep yang didunakan adalah pembeli membuat pembelian dan pembayaran. Setelah penjual menerima tempahan, barangan yang dibeli dipos melalui kurier seperti Pos Malaysia, FedEx dan sebagainya.

8 Sebagai penjual, bagaimanakah cara saya menerima bayaran dari pelanggan saya?
Sistem kami menawarkan 3 modul pembayaran yang berbeza iaitu :

  • Bank Tempatan : Pelanggan anda boleh membuat pembayaran melalui kesemua bank tempatan seperti Maybank, CIMB, Bank Islam, Bank Rakyat, Public Bank, RHB Bank dan semua sekali bank yang terdapat di Malaysia
  • Kad Kredit : Jika anda mempunyai akaun NBEPay ataupun PayPal, anda boleh menerima pembayaran melalui kad kredit.
  • PayPal: Pelanggan anda juga boleh membayar melalui PayPal funds mereka.

9 – Jika saya menerima menerima pembayaran melalui bank tempatan, bagaimanakah caranya?
Inilah kelebihan Niagakit yang jarang sekali terdapat pada sistem ecommerce yang lain. Sistem kami menyediakan borang untuk pelanggan anda memasukkan bukti pembelian jika mereka memilih untuk membayar dengan menggunakan bank tempatan dan anda boleh menyemak bukti pembelian tersebut dari ruangan admin.

10 – Bolehkah saya menjual pelbagai jenis produk dengan menggunakan Niagakit?
Ya, anda boleh menjual pelbagai jenis produk yang anda suka kerana Niagakit membenarkan anda menambah pelbagai jenis kategori produk tetapi untuk tujuan branding, anda dinasihatkan untuk menjual sejenis produk sahaja.

11 – Bolehkah saya promote web Niagakit saya di facebook ataupun myspace?
Niagakit 2.0 diintegrasikan dengan beberapa laman web social. Anda boleh submit info produk-produk anda dengan hanya satu klik sahaja!

12 – Apakah keadah yang digunakan oleh sistem Niagakit untuk mengira kos pengahantaran
Anda boleh memilih untuk mengira kos penghantaran melalui 3 cara iaitu fixed price, tiers (price & quantity) dan juga weight. Ia sangat fkelsibel! Anda juga boleh tetapkan kos penghantaran yang berlainan untuk Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak dan juga luar negara.

13 – Bogaimanakah cara untuk saya memberi “tracking no” kepada pembeli yang diberi oleh pihak kurier?
Setelah anda membuat penghantaran, anda boleh menetapkan maklumat penghantaran seperti jenis kurier yang digunakan, url kurier tersebut dan juga tracking number untuk tujuan penyemakan oleh pelanggan anda. Maklumat-maklumat ini akan dihantar kepada pelanggan anda melalui emel setelah penghantaran dibuat.

14 – Saya ingin jual kasut, bagaimana ingin menentukan saiz dan warna sekiranya berbeza harga?
Kami menyediakan pilihan variasi dimana anda boleh tetapkan harga tambahan untuk untuk setiap saiz yang berlainan.

15 – Ada sesetengah pelanggan saya inginkan Invois belian? Adakah ianya disokong oleh Niagakit?
Ya sudah tentu. Setelah anda membuat penghantaran, anda hanya perlu klik button “Mark as shipped” dan secara automatik invois akan dihantar ke emel pelanggan anda beserta dengan maklumat penghantaran/kurier (sila rujuk soalan no 13)

16 – Boleh integrate dengan autoresponder?
Jika maksud anda adalah ingin tambah opt-in form pada kedai online anda, ya anda boleh tambah kod opt-in dari mana-mana autoresponder pada bahagian sidebar.

17 – Saya berminat untuk dapatkan Niagakit tapi bolehkah saya membayar secara ansuran?
Buat masa ini kami tidak menyediakan kemudahan pembayaran secara ansuran tetapi Insyaallah pada masa akan datang akan diwujudkan untuk memudahkan rakyat Malaysia untuk memiliki sistem NiagaKit.

Video sistem kedai online – Niagakit

Korang boleh mencuba dan melihat sendiri di:
Laman utama: www.demoniagakit.com
Untuk mencuba sendiri admin panel: www.demoniagakit.com/admin

  1. Username: admin
  2. Password:demoniagakit

Antara Laman web yang menggunakan Sistem kedai online Niagakit:

Ubi( kartunis): www.UbiShoppe.com

Fatin Fauzi: www.wanitaemall.com

Dan ramai lagi….

Wah dah mula mengidam ya? Aku tau sebilangan korang berminat dan koceknya sahaja masih lagi kurang betulkan? Korang boleh “bookmarks” tulisan aku ni dan kumpulah duit dari sekarang. Apabila dah cukup korang boleh datang semula ke blog aku ni, Sekiranya korang membeli dari link aku: http://niagakit.com/go/?id=843213, aku ada Hadiah Misteri yang menanti korang. Apa hadiahnya…? eh! nama pun misteri kan…. tapi secara ringkas nilainya memang hebat daripada koleksi2 aku yang sememangnya berbaloi.

Tapi percayalah aku pun sanggup membeli dan akan membeli untuk next-projek akan datang.  Kerana harganya adalah dalam kategori termurah, daripada mengupah orang lain membuat script yang boleh mencecah ribuan ringgit. Itu hanya script belum lagi dengan sistem2 aplikasi2 tambahan yang lain. Boleh korang bayangkan berapa korang nak tambah lagi? Bagi aku Niagakit memang cukup menarik, bagus dan lengkap! Selamat datang ke Niagakit.

Sistem Kedai Online Niagakit

36 thoughts on “siapa kata orang melayu masih lagi ditakuk lama!

  1. AyieBlog

    wa.. memang gempak nie.. memamng mantop anak melayu nie syabas2.. teringin jugak jadi mcm mereka.. tapi belilah erk?? orang dah lama berlajan ayie masih bertateh lagi.. nak bangun akan tersungkur emm 😀

    Reply
    1. hazlan Post author

      tak pe ayie… pelan2 tak semua manusia rezekinya sama… tak semua manusia sifat dan kebijaksanaannya sama… jadi mungkin tiba giliran ayie nanti tetiba jek muncul satu idea tak disangka2 sapa tau…? gud luck ayie

      Reply
  2. Zymazara

    Salam Bro…

    Skrg ni dah semakin ramai org Melayu yg b`jaya dlm k`hidupan….minda semakin pantas, kreatif & inovatif.

    🙂
    .-= Zymazara´s last blog ..Sweet Memories =-.

    Reply
    1. hazlan Post author

      bersyukur dan seronok bila mendengarnya… bangsa2 luar pun dah mula memandang tinggi kelebihan orang2 melayu ni nampaknya… terutamanya masyarakat2 di Malaysia sendiri yang berbilang2 bangsa…

      Reply
    1. hazlan Post author

      sengaja nak memudahkan bacaan dan rujukan dalam satu page… huhuhu… aku pun dah amat berminat dengan Niagakit ni…

      Reply
    1. hazlan Post author

      tul2 aku setuju… dah try ke demo? kalau dibandingkan membeli plugin lengkap wp-ecommerce untuk wordpress tu, Niagakit ni lagi murah…

      Reply
  3. zik

    Betul2 nampak improvement … teknologi yang sedia ada telah dimanfaatkan semaksimum yang mungkin… bagus2x ..kena support business bangsa kita nie… 🙂
    .-= zik´s last blog ..Mari berzikir! =-.

    Reply
    1. hazlan Post author

      aku pun akan sentiasa mensupport… kita saling bantu membantu… barulah merasai kepuasan…

      Reply
  4. etomyam

    bagus dan berkenan sangat dgn script niagakit ni, nasib baik aku tak de produk yg nak dijual..kalau tak boleh tangkap dah…satu contoh kebolehan anak melayu yg patut dikagumi…
    susah nak betulkan minda orang asia yg macam ni…”whatever comes from the west always the best”, padalah mat leh pun lebih kureng jer..
    .-= etomyam´s last blog ..Mini Seminar On Adult Learning Opportunities In Malaysia =-.

    Reply
    1. hazlan Post author

      tu la tu… aku dah mula nak cari sahabat2 bumiputera melayu yang terror2 ni untuk aku war2kan… seronok kalau tengok mereka berjaya sekurang2nya jadi motivasi untuk diri kita sendiri.

      Reply
    1. hazlan Post author

      ialah kalau diikutkan nilai harga memang macam mahal… tapi kalau dirujuk2 untuk sampai ke tahap yang bagus seperti sekarang rasanya ia adalah yang termurah… cuma yang berkemampuan dan memerlukan jer yang sanggup… apapun kalau ada sesiapa nak dan tanya leh aa panjang2kan…

      Reply
    1. hazlan Post author

      yes! this is for e-commerce webpage… very cool…. so cool..

      Reply
    1. hazlan Post author

      memang canggih… teringat lak ayat2 zaman ’90an ni (canggih) yang lama tak digunakan…

      Reply
    1. hazlan Post author

      tu lah tu banyak sangat berita2 kat media yang melibatkan orang2 melayu menjadikan persepsi terhadap bangsa sendiri makin menjadi2…

      Reply
  5. aktechpage.com

    Lorrr…. review NiagaKit rupa2nya…
    Ingatkan isu2 perkauman..hehehe
    Nice review bro..

    Reply
    1. hazlan Post author

      diden… ko pun dah nampak kearah pro tu… aku sentiasa menyokong… Malaysia memang boleh…

      Reply
  6. Labanon

    Nice review. He he he! Segala kata-kata yang termenterai dalam entri ini akan menjadi pembakar semangat buat kami semua.

    Terima kasih di atas review ini. 🙂

    Reply
    1. hazlan Post author

      terima kasih bro Labanon kerana menyinggah, tak ada team korang tak muncul aku sebagai blogger ni… asyik ngadap menda lain jek (game)… berbanyak2 terima kasih atas jasa baik pembelajaran dengan pelbagai perkara yang diajar kat aku selama ni…. jasamu tetap di kenang memang aku tak akan lupa…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *