AJAX apa tu?

By | February 2, 2010

Apakah sebenarnya AJAX? AJAX atau singkatan kepada Asynchronous Java and XML (bermaksud JavaScript dan XML mampan), adalah teknik pembangunan web (web development technique) untuk menghasilkan aplikasi laman web yang interaktif. Apa yang menarik tentang AJAX ialah, kita dapat menghasilkan laman web yang dapat menghantar request tanpa reload/refresh. Samalah seperti kita menggunakan software di dalam komputer kita.

Macamana AJAX berfungsi?

Ajax berfungsi dengan kerjasama dokumen XML. Sebagai contoh, di dalam windows, kita ambil calculator, apabila kita menggunakan calculator,selepas kita memasukkan data/nombor, kita akan dapat keputusan kiraan secara terus tanpa perlu menunggu. Berbanding dengan aplikasi laman web yang mempunyai calculator, kita perlu menunggu browser untuk reload terlebih dahulu sebelum memaparkan keputusan kiraan. Dengan AJAX, pengguna akan berasa seperti menggunakan aplikasi sebenar kerana keputusan akan dipaparkan secara automatik tanpa perlu menunggu browser untuk reload atau refresh.

Teknik Ajax menggunakan gabungan teknologi-teknologi berikut:

  • XHTML (atau HTML) dan CSS, untuk maklumat markap dan penggayaan.
  • Document Object Model (DOM) dicapai dengan bahasa skrip sebelah-pelanggan, terutamanya pada perlaksanaan ECMAScript seperti JavaScript dan JScript, bagi memaparkan dan aksiantara maklumat yang dipersembahkan secara dinamik.
  • Objek XMLHttpRequest digunakan untuk pertukaran data secara mampan dengan pelayan web.
  • Kadang-kala XML juga digunakan sebagai format fail bagi memindah data di antara pelayan dan pelanggan, walau bagaimanapun mana-mana format boleh digunakan, termasuk HTML, teks biasa, JSON dan juga EBML. Fail-fail ini dicipta secara dinamik menggunakan skrip sebelah-pelayan.

Seperti DHTML, LAMP dan SPA, Ajax bukanlah salah satu teknologi baru, akan tetapi merupakan istilah yang merujuk kepada penggunaan beberapa teknologi secara serentak.

Sejarah Ajax

  • Walaupun istilah ‘Ajax‘ dicipta pada 2005, kesan daripada sejarah teknologi yang lampau membolehkan Ajax menjadi perintis dengan inisiatif Microsoft dalam memajukan Remote Scripting. Bagaimanapun pasukan teknik-teknik mampan telah berbesar hati untuk memuatkan satu halaman web yang diwujudkan tanpa memerlukan penundaan tarikh dimuatkan sepenuhnya sehingga jenis unsur IFRAME (diperkenalkan dalam Internet Explorer 3 pada 1996) dan unsur jenis LAYER (LAYER element type ) (diperkenalkan dalam Netscape 4 pada 1997, terbengkalai sewaktu pembangunan awal Mozilla).
  • Kedua-dua jenis unsur ini mempunyai status (src) yang boleh menyerupai sebarang URL luaran, dan dengan memuatkan satu halaman yang mengandungi javascript yang memanipulasikan muka surat asal, kesan seperti Ajax boleh dicapai.
  • Microsoft’s Remote Scripting (ataupun MSRS, diperkenalkan pada 1998) bertindak sebagai pengganti yang lebih bergaya bagi teknik ini, dengan data diambil melalui applet Java yang mana sebelah pelanggan boleh berkomunikasi menggunakan JavaScript. Teknik ini boleh digunakan bagi kedua-dua Internet versi Explorer 4 dan versi Netscape Navigator 4 ke atas. Microsoft telah mengambil kesempatan melalui teknik-teknik ini dalam Outlook Web Access yang dibekalkan bersama keluaran Pelayan Penukaran Microsoft.

Sebenarnya AJAX bukanlah satu teknologi yang baru, tetapi merupakan gabungan dan pendekatan yang menggunakan javascript, DHTML(Dynamic HTML) dan CSS(Content Style Sheet), dengan ertikata lainya ia adalah merupakan istilah yang merujuk kepada penggunaan beberapa teknologi secara serentak. Ianya menggunakan kelebihan client-side Scripting untuk memproses data berbanding server-side Scripting yang selalu digunakan. Hasilnya, laman web yang interaktif,hidup dan laju.

Programmer ataupun yang baru nak belajar perlu mengambil peluang untuk cuba belajar dan menghasilkan laman web yang menggunakan AJAX. Ini disebabkan populariti AJAX semakin meningkat dan ramai syarikat dan software house mahu membangunkan aplikasi yang menggunakan teknologi ini.

13 thoughts on “AJAX apa tu?

    1. hazlan Post author

      huhuhu… aku pun pening2 lalat… kena tau javascript + xml… pastu baru leh layan ini ajax

      Reply
    1. hazlan Post author

      time kasih la menyinggah… ery… kedatangan dialu2kan… tak paham tak apa… pelan2 kayuh

      Reply
    1. hazlan Post author

      itulah kelebihan cms wordpress, joomla dan drupal… plugin membantu bg org2 yang kurang memahami… pastinya plugin adalah free… tapi mantap

      Reply
  1. diden

    yup, mmg tak dapat nk dinafikan fungsi ajax untuk digunakkan bersama kekuatan engine yang lain, dan dia skang bleh support byk language dan mempunyai pelbagai fungsi gabungan yg mmg gempak habis!

    ajax dan jquery skang ak tengah usahakan, walaupun ak masih plu byk belaja lagi.. xpe… jalan mestila kedepan hehe

    thanks mancai!
    .-= diden´s last blog ..VIRUS nhattruongquang.0catch.com ?? =-.

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuu betul tu diden… amat2 setuju… tak kenal maka tak cinta… wat2 cinta pun apa salahnya…huhuhuhu

      Reply
  2. Pingback: Tweets that mention AJAX apa tu? | hairilhazlan.com -- Topsy.com

  3. mrkaizer

    mula-mula aku baca memang x paham.kene baca bnyk kali baru phm.tapi setakat phm la..x tau nak buat ngan ajax ni.sbenarnya teringin nak buat website macam youtube ni,guna ajax ni

    Reply
    1. hazlan Post author

      peh ada wawasan besar sih… gud2… aku akan sentiasa menyokong…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *