amalan pekerja punca kehilangan data

By | February 1, 2010

Informasi korporat memainkan peranan penting dalam sesebuah perniagaan namun seringkali mengalami risiko kehilangan disebabkan oleh kecuaian pekerja. Menurut kajian yang dijalankan oleh InsightExpresss dan diselia oleh Cisco iaitu kajian sekuriti global yang menekankan beberapa risiko dilakukan oleh pekerja yang boleh menyebabkan data korporat, mendapati kesalahan tersebut berbeza mengikut tempat dan budaya.

Kajian yang dijalankan lebih 2,000 pekerja profesional dalam bidang IT di 10 buah negara termasuk Australia, China, India, Jepun Perancis,Itali Brazil, Amerika dan United Kingdom. kajian turut mengkaji implikasi kehilangan data terhadap bisnes apabila gaya hidup dan persekitaran berubah secara mendadak.Ia sedikit sebanyak berkait rapat dengan penggunaan aplikasi dan peranti oleh pekerja termasuk telefon bimbit, komputer riba, aplikasi web 2.0, video dan media sosial lain.

Antara amalan yang dikenal pasti adalah:

1. Mengubah Setting keselamatan komputer
Kajian mendapati satu daripada lima pekerja mengubah setting keselamatan pada peranti di pejabat untuk melepasi polisi IT agar mereka boleh mengakses laman Web yang tidak dibenarkan.

2. Menggunakan aplikasi tidak dibenarkan
Pekerja mengakses aplikasi web tidak dibenarkan seperti perisian muat turun muzik, media sosial dan membeli barangan di talian telah menyebabkan hampir sebahagian insiden kehilangan data syarikat.

3. Akses fasiliti dan rangkaian tidak dibenarkan
pekerja mengakses bahagian rangkaian dan fasiliti yang tidak dibenarkan.

4. Berkongsi informasi sensetif
informasi sensetif syarikat dikongsi kepada bukan pekerja seperti rakan, keluarga dan orang lain.

5. Berkongsi peranti korporat
sebahagian pekerja berkongsi peranti di tempat kerja dengan orang lain tanpa pengawasan. Data tidak selalu ditangan individi sepatutnya.

6. Keliru antara kerja dan peribadi
penggunaan peribadi seperti muat turun lagu, membeli belah secara talian, perbankan, blogging dan menyertai kumpulan sembang dan juga menggunakan emel peribadi untuk berhubung sengan pelanggan dan rakan sekerja.

7. Peranti tidak dilindungi
Menbiarkan komputer tidak dikunci apabila berada ditempat kerja. Cenderung meninggalkan komputer tidak dipantau semalaman tanpa log keluar yang boleh mengakibatkan insiden kecurian dan kehilangan data.

8. Simpan log masuk dan kata laluan
Risiko kecurian identiti apabla menyimpan sistem log masuk dan kata laluan akaun dengan menulis dan dibiarkan diatas meja.

9. Kehilangan peranti storan mudah alih
Menyimpan data korporat pada peranti storan mudah aliah tanpa dilindungi dilihat juga sebagai punca keilangan data.

10. Membenarkan orang luar masuk tanpa dipantau
Membenarkan orang luar menggunakan talian rangkaian pejabat tanpa pemantauan dan menggunakan fasiliti korporat.

8 thoughts on “amalan pekerja punca kehilangan data

    1. hazlan Post author

      terima kasih menyingah NoorAfzan, sama2 memberi pengatahuan seronok tu… tenang skit otak ni… bagi aku la orang lain tak tau la pulak…

      Reply
    1. hazlan Post author

      kekadang situasi tak mengizinkan pun ye… kelam kabut dengan kerja ya amat banyak… huhuhuhu…

      Reply
    1. hazlan Post author

      jagalah sebaik2nya.. kalau boleh jangan lakukan kesilapan… huhuhuhu time kasih zik

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *