mana lu punya janji?

By | January 27, 2010

Bagi aku korang sudah biasa benar dengar istilah “JANJI” ni. Janji, jika kita merujuk kepada Kamus Dewan edisi ketiga, ia membawa maksud pernyataan kesediaan untuk melakukan sesuatu. Dalam kehidupan seharian, kita juga tidak terlepas dari ‘janji’ malah sewaktu di alam roh lagi kita telah membuat satu perjanjian dengan Allah s.w.t.

Situasi “janji” ni pasti korang pernah alami kan? Bagi aku janji ni memang tabiat dan lumrah kehidupan setiap manusia. Malah pada mana2 agama sekalipun tuhan juga berjanji dan menjanjikan sesuatu kepada penganut2nya.

Janji manis, Janji Palsu, Janji Kosong, Janji tinggal janji
pada pandangan aku, bukan melalui kamus dewan ianya merujuk pada seseorang yang betul2 berjanji pada kita tapi satu habuk pun tak ada untuk ditepati.

Contoh:

  1. Sebuah syarikat menawarkan hadiah lumayan dan hebat. Tiba waktu tiada apapun hadiah yang diberikan atau hadiah tu memang tak wujud pun. Trick jer lebih. Janji untung.
  2. Seseorang berhutang dengan kita dan tiba masa pemberi hutang mintak hutang dan berjanji akan membayar disekian tempoh, tiba waktu batang hidung pun tak nampak. Kalau sekali tak apalah mungkin, tapi kalau berulang2 kali? Janji manis.
  3. Majikan menjanjikan bonus atau sesuatu dengan korang, dalam hati melonjak2 keje semua lebih cepat dari biasa. tiba waktu, majikan memberikan pelbagai alasan yang berbagai. Janji kosong.
  4. Seseorang yang korang tunggu tak tiba tepat pada waktunya ataupun tak datang lansung. Istilah ” Janji melayu” lalu terkeluar dari bibir kita.
  5. Kontraktor yang buat rumah korang berjanji membuat akan membuat pemasangan yang praktikal dan sempurna tapi tiba masa yang singkat banyak pulak yang rosak sana sini. Janji palsu.
  6. Macam2 lagi situasi yang boleh digambarkan….

Korang sudah pasti pernah atau dah lali berhadapan situasi macam ni kan? apabila sesebuah janji dilakukan ada sahaja punca kegagalan untuk menunaikan sesebuah janji.

Apa perasaan korang?

Senang cakap Sudah pasti ada di antara korang bengang, marah, kecewa dan macam2 lagi yang keluar 🙁 huhuhuhu…” Kalau LEMBU dipegang pada TALI, Manusia pula dipegang pada JANJI! “

Huraian cara kasarnya: Jika tidak mahu disamakan dengan LEMBU yang tak ada akal (otak ada, buat sup pun sodap 🙂 maka setiap kali berjanji perlulah ditepati dan cubalah tunaikannya.Kalau tak dapat jangan berjanji! Faham? hahahaha…ini adalah huraian cara kasar ialah bila dah naik marah. Relax, janganlah marah2

Secara tak lansung otak kita mula berfikiran secara negatif yang amat banyak antaranya:

  1. Situasi macam ni membuatkan kita menjadi malas, berdendam, dengki, khianat dan macam2 la lagi. Hati tengah panas macam2 boleh berlaku.
  2. Sifat yang paling ketara adalah raut wajah berubah. Masam macam cuka… cepat marah, semua kerja yang kita buat pastinya ada sahaja yang tak kena.
  3. Kalau pasal majikan… pasti korang datang nak tak nak dan balik cepat atau betul2 tepat waktu pejabat. Dalam hati ” apahal nak buat kerja lebih2…? auta je banyak, ada diorang kisah pasal aku, janji aku datang kerja sudahlah”

Baik sesiapapun biasanya janji ni sangat2 diambil mudah. Perkara tersebut adalah isi sebuah perjanjian. Yang berjanji tak menepati janjinya seperti biasa akan membuat alasan dan dalih yang pelbagai, senang cerita alasan2 yang dangkal dan tak masuk akal. Bagi melepaskan diri lah katakan atau semakin tamak dan kedekut (mengikut isian perjanjian tadi)… pot pet pot pet bla… bla… bla

Bagi yang menerima janji biasanya akan mengharap2, menunggu2 sesuatu yang betul2 berharga. Tiba2 pengisian perjanjian tadi tidak lansung dipenuhi. Aku rasa korang sependapat dengan aku sesiapapun akan mula rasa betul2 dikhianati. Cukup sekali atau beberapa kali terkena pasti korang akan rasa tidak akan percaya. Timbul pula istilah Penipu! Pembohong! Perubahan diri sendiri pada penerima janji akan terus berlaku. Lebih2 lagi kepercayan kepada yang membuat janji itu tadi.

Panas! Panas! Kepada yang beragama islam untuk sesiapa amat suka membuat janji harus ingat bahawa:

Memungkiri janji adalah termasuk di dalam kategori orang-orang yang munafik. Na’uzubillah, minta dijauhkan dari kita..

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah) “.

Riwayat Ahmad

Sebuah kisah:

Di Padang Mahsyar nanti, ada seorang pemuda yg panjang rambutnya, kurus kering badannya, sedih pilu tergambar pada wajahnya… langsung tidak terurus dirinya! Begitu pada hari ia dibangkitkan, adalah gambaran akhir hidupnya di dunia.

Lalu ia disoal: Wahai hambaKU, apa gerangan begini jadinya engkau? Tidakkah telah AKU peringatkan, “JANGANLAH HENDAKNYA KAMU BAWA DIRIMU KE LEMBAH KEBINASAAN? Nyah kau dari sisiKU!!!”

Lalu ia diseret untuk dibawa ke pintu neraka…

Berkata pemuda itu, “Yaa Rahman, Yaa Rahim… Dulu aku tidak begini. Aku adalah begini dan begini….Tetapi aku telah jatuh cinta kepada seorang wanita dan kami berjanji akan sehidup semati, namun wanita tersebut telah memungkiri akan janjinya lalu meninggalkan aku. Oleh kerana cintaku yang amat mendalam terhadapnya, aku tidak dapat menerima kenyataan… akhirnya aku menjadi majnun oleh asyik mahsyukku kepadanya. Maka, jika Engkau mahu humbankan aku ke neraka, bawalah sekali wanita itu yang telah menyebabkan aku begini.”Lalu dibawa wanita itu kepadanya dan diseret bersama-sama… Berkata pemuda itu, “Yaa Rahman, Yaa Rahim… Demi cintaku kepada wanita ini, Engkau bebaskanlah dia… biarlah aku sendiri menanggung azab derita.”

Kedengaran suara Berfirman, “Demi RahmatKu yang meliputi segala sesuatu… masuklah kedua-dua kamu ke dalam syurgaKu, yang penuh dengan kenikmatan. Kekallah kamu di dalamnya”

Tapi kalau ada orang tak tepati janji dengan korang, janganlah marah2 … bersabar, bertenang dan cuba berfikir sejenak… carilah punca dan jalan penyelesaian yang aman agar sama2 tidak kearah pemikiran yang negatif… atau anggap sahaja tak ada rezeki juga mungkin ada hikmah disebaliknya.

  • Pada yang berjanji cuba2lah belajar menepati janji… agar sama2 dapat manfaatnya. Lain orang lain pemikiran, jangan sentiasa mereka alasan yang bukan2. Sebaik2nya cepat2lah meminta maaf sebelum waktunya  dan tempohnya sampai sekiranya benar2 tidak dapat menunaikan pengisian perjanjian itu tadi. Berusahalah sedaya upaya yang mungkin untuk menunaikanya. Dengan cara itu kepercayaan, kredibiliti dan rasa hormat dari orang lain kepada kita akan tetap ada! Tetapi sekiranya korang buat tak tahu je… bilamana kita gagal menepati janji tersebut, Faham2 sajalah….
  • Jadi baik sipenerima janji atau yang memberi janji haruslah berfikiran matang juga amat2 positif. Kesannya adalah amat panjang terutamanya perhubungan Siraturrahim akan terjejas. Mulai saat ini elok2 sama2 kita mendidik diri kita sendiri agar menepati akan sebuah janji. Kerana Janji boleh wujud di dalam pelbagai bentuk, tidak semestinya janji berupa pertemuan sahaja, malah ianya merangkumi penjualan dan pembelian, perhubungan hati dan lain2 lagi.  Jangan biarkan diri diamuk resah dengan janji yang tidak sudah

Aku menulis untuk diri aku jugak… Insya-Allah

22 thoughts on “mana lu punya janji?

    1. hazlan Post author

      hahahah zymazara aku ader janji KFC ke? Macam tak derk jek… kalau ada bila maser tu erk? huhuhu sihat2 je aaa…

      Reply
  1. farahaznil

    contoh 1 – abah farah penah kena..dek percaya sngt dgn hadiah2 lumayan tu..RM1000 hilang merana..baik bg farah aje..

    contoh 2-terkena kat farah sendiri..dulu time keja ada staf ofis pinjam duit..janji nak byr(skrng tak keja,smbng bljr)..byk kali kol buat janji..tapi bulu kening pun tak nampak..

    contoh 3-abah n diri sendiri kena tempiasnya..mmg syrkt melayu tak guna!hohohoh

    contoh 4-rasa2 rmi yg kena..kadang2 diri sendiri pun mcm tu gayanya..huhuhuh..tak menepati masa..

    contoh 5-terbukti semasa renoved rmh thn lps!padahal kontraktor adalah kwn abah sndiri..lari bwk RM10 ribu dgn rmh terbengkalai..sampah(batu n etc) bertempiaran di belakang rmh!

    kesimpulannya ramai di antara kita termasuk diri sndr selalu tak menepati janji..wallahu’alam…

    Reply
    1. hazlan Post author

      sori la farah kalau semua contoh2 tu buatkan ko terasa.. tak berniat lansung tau…. mari kita sama2 belajar menepati janji termasuk aku jugak yang kekadang terlajak…

      Reply
    1. hazlan Post author

      ya memang betul tu… tanggungjawab yang perlu dipertanggungjawabkan…

      Reply
  2. azizan4444

    mostly janji mulut xkn tertunai..janji kontrak tu lg elok..sblm melalukan janji, kan ada perjanjian ats kertas..tu lg baik..tp ngn kawan x smpai hati lak bt cmtu..tu yg slalu janji tak ditepati,hehe
    .-= azizan4444´s last blog ..Aku Benci Diri Sendiri =-.

    Reply
    1. hazlan Post author

      tul gak tu… janji kekawan, sedara mara, adik beradik… hati dilanda gundah gulana…

      Reply
    1. hazlan Post author

      aku tak tau pulak pasal tu… kena wat survey menyeluruh untuk mengetahui kebenarannya ni… hihihi

      Reply
    1. hazlan Post author

      kita sapa laa yang nak pujuk erk? huhuhuhu… nampaknya diri sendiri je laaa….

      Reply
    1. hazlan Post author

      thanks q friends … dropping here and leave your comment… but u from where? i don’t understand your blog language… sorry

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *