rancang kempen media baru dengan efektif

By | February 4, 2010

Media baru adalah terma untuk komunikasi digital seperti blog, podcast, wikis, youtube dan sistem pesanan ringkas (SMS). Sekarang semakin banyak syarikat antarabangsa sudah mengambil peluang memasarkan perniagaan dengan menggunakan media baru.

Dengan menggunakan media baru peniagaan kecil boleh:

  • Membina rangkaian yang besar
  • Meningkatkan jualan dari pasaran baru
  • Melancarkan kempen promosi melalui mulut (word of mouth)

Langkah 1: Belajar Mengenai ciri-ciri media baru
Tahukah korang yang internet ni bukanlah hanya laman web sahaja. Taip “web 2.0” di enjin pencarian google dan belajar kenapa web 2.0 amat popular digunakan oleh syarikat2 besar. tanya diri sendiri bagaimana korang boleh mencari pasaran baru dengan menggunakan kaedah web 2.0.

Korang boleh:

  • Memperkenalkan produk atau servis dengan membina laman facebook
  • Menulis artikel mengenai perniagaan dan hantar ke direktori seperti ezineartikel.com
  • Membuat video mengenai perniagaan di youtube
  • Menggunakan google map untuk peta pejabat atau kedai
  • Merakamkan rancangan audio untuk pelanggan2 mengatahui lebih lanjut mengenai perniagaan

Langkah 2: Mengenal pasti pasaran
Siapakah sasaran korang? Ini adalah persoalan yang bagus untuk setiap kempen perniagaan. Adakah sasaran pasaran korang lebih selesa menonton di youtube atau lebih senang menggunakan DVD dan telefon bimbit. Lebih daripada satu juta pengguna facebook di Malaysia tetapi korang perlu memilih atau mengenal pasti prospek korang sebelum melancarkan kempen perniagaan di facebook. mangenal pasti pasaran akan menjimatkan masa dan tenaga untuk mendapatkan keputusan yang efektif dengan cepat.

Langkah 3: Merangka strategi
Langkah ketiga adalah amat penting. setiap potensi jualan korang bergantung kepada strategi kempen korang.

Berikut adalah beberapa tips:

  • Rancang masa untuk berkempen di media baru. Bolehkan korang meluangan satu jam sehari untuk penyelidikan dan satu jam uantuk pemasaran atau lebih? Buat jadual dan ikut jadual tanpa kompromi.
  • Sebelum memulakan strategi media baru. korang mestilah jelas dalam objektif perniagaan si media baru. Jangan asyik bertukar sehingga mengeirukan bakal pelanggan. Sila tulis misi utama dan tagline korang dahulu. Media baru adalah tempat paling sesuai untuk membuna jenama tau branding korang. Jika ingin membuka beberapa akaun di internet korang hanya perlu copy and paste atau salin dan tampal misi korang tu.
  • Bajet pembelanjaan korang. Walaupun, kebanyakan adalah percuma di media baru ada juga yang memerlukan perbelanjaan seperti menyediakan kempen video.
  • Adakah cara untuk korang ketahui statistik kempen korang? Ada, salah satu cara ialah menggunakan sistem RSS yang percuma.

Langkah 4: Implementasi
Jangan hanya bercerita, lakukanlah langkah2 dengan serta merta

Langkan 5: Review
Adakah kempen media baru korang berjaya menghasilkan kejayaan? Korang perlu tahu adakah ia akan menghasilkan penjualan atau pertanyaan daripada pasaran baru. ketahui stastistik pelawat korang dan penjualan daripada hasil kempen itu tadi. Jika tidak, jangan putus asa. korang boleh memperbaiki kempen korang tu.Media baru adalah cara yang efektif dalam meningkatkan pasaran dalam atau luar negara. Dengan merancang strategi media baru, korang boleh meningkatkan perniagaan korang ketahap yang lebih tinggi.

20 thoughts on “rancang kempen media baru dengan efektif

    1. hazlan Post author

      huhuhu.. selamat datang bro… peh cam menarik contest ni… jap gi aku jengah…

      Reply
  1. Hajib

    pengaruh facebook sungguh besar sekarang… sangat mudah dan berkesan utk memasarkan produk di facebook.

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu, myspace pun dah agak kebelakang… cuma nak tak nak jek… kredit untuk pengiklanan berapa la sangatkan…

      Reply
    1. hazlan Post author

      tq2.. menyinggah-nyinggah… aku cuma nak berkongsi kongsini … hhuhuhuhu… u r welcome.. no hal

      Reply
  2. aktechpage.com

    Pengaruh media baru semakin berpengaruh skrg ni terutama dengan adanya internet dan senang diuruskan oleh setiap individu, sekarang ni setiap idividu bebas menyuarakan pandangan, pendapat, pengetahuan, kritikan dan lain2 secara bebas.

    Namun begitu, sentiasalah berhati2 dan jangan melampaui batas menggunakan peluang media baru ini.

    Reply
    1. hazlan Post author

      betu sangat tu… jgn terlalu exited dan dikehendaki oleh pihak pengadilan dah le…

      Reply
  3. hamihar aliasan

    salam 1 malaysia….
    i tetarik dengan fakta2 u ni….. tapi bleh tak bagi pendapat berkaitan tajuk di bawa
    ‘ media baru dan cabaran kepada amalan profesional’

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu..salam 1 malaysia juga… tajuk tu nampak complicated… point sepintas lalu apa yang boleh aku nyatakan adalah… gunakan, amalkan, perbaharukan, kongsikan dan yang penting tidak tertinggal dengan arus teknologi baru…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *