apa itu MySQL?

By | December 18, 2009

mysql

MySQL adalah pangkalan data RDBMS (Relational Database Management System) yang akan menyimpan data-data sistem yang dibangunkan. Terdapat banyak pangkalan data RDMS lain yang ada dipasaran seperti Oracle, Informix, Sybase, DBase, MS SQL, MS Access dan banyak lagi.Pangkalan data tersebut kesemuanya perlu dibeli dengan kos yang tinggi.

Tetapi, MySQL tetap menjadi pilihan kerana ia adalah Sumber Terbuka (Open Source) yang boleh digunakan tanpa perlu membelinya. Dengan kata lain ianya PERCUMA!

Sejarah MySQL

  • MySQL AB bertanggungjawab membangunkan MySQL (1994-1995 )
  • MySQL AB adalah generasi kedua syarikat sumber terbuka
  • MySQL terus berkembang dengan berbagai – bagai versi pembaharuan

Antara aplikasi yang biasa digunakan dan disinambungkan bersama MySQL

  • SQL
  • Php
  • Apache
  • dll

Kelebihan MySQL

  • Mudah dikendalikan
  • Cepat, tidak membebankan sistem operasi
  • Aplikasinya mudah dikendalikan

Mengapa PHP & MySQL Menjadi Pilihan Syarikat Gergasi Dunia?
Tahukah korang syarikat gergasi seperti Google dan Yahoo juga menggunakan PHP dan MySQL dalam sistem mereka? Di Malaysia pula, sejak kebelakangan ini semakin banyak jabatan kerajaan dan syarikat swasta memilih menggunakan PHP dan MySQL dalam pembangunan sistem dalaman (in-house system development) mereka.

Sebenarnya anda tidak perlu mengambil masa bertahun-tahun untuk belajar bahasa skrip ini kerana ia amat mudah dipelajari. Sama ada korang seorang newbie atau profesional, hari ini anda perlu mengetahui serba sedikit lebih mendalam bagaimana PHP & MySQL ini berfungsi.

Memandangkan penggunaan PHP dan MySQL semakin mendapat permintaan daripada syarikat dan jabatan kerajaan, maka korang mempunyai potensi besar untuk membangunkan sebuah sistem samada untuk organisasi luar atau untuk diri sendiri. Korang juga mungkin boleh jadi ‘freelancer’ nanti. Apatah lagi jika anda seorang ‘programmer’. Inilah peluang untuk anda memiliki satu lagi kemahiran yang hebat bagi menambah nilai skill untuk diri sendiri. Aku berani jamin korang pasti terpikat kalau dah mengenali dan mempelajari PHP dan MySQL ni.

contoh table mysqlcontoh table MySQL

Fakta Menarik Tentang MySQL

  • Pangkalan data yang digunakan oleh syarikat gergasi dunia seperti Google, Yahoo, Youtube, Wikipedia.
  • 11 juta ‘active installation’.
  • 60,000 download copy sehari.
  • Sangat mudah digunakan: proses installation kurang dari 15 minit.
  • Pada tahun 2008, MySQL dibeli dengan harga USD 1 Bilion oleh Sun Microsystem daripada MySQL AB. Sumber: http://www.mysql.com/news-and-events/sun-to-acquire-mysql.html
  • Ia masih kekal sebagai Sumber Terbuka walaupun kini dimiliki oleh Sun Microsystems.
  • Laman web MySQL: www.mysql.com

20 thoughts on “apa itu MySQL?

    1. hazlan Post author

      huhuhu… cik CT, tak pe pelan2… fungsi2 yang aku sebut ni ari2 kita ngadap… macam facebook,email dan memacam lagi… jd aper yang korang guna ni la asal usul dia…

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… relax kak oi… pelan2 kayuh,ni semua adalah tulang belakang yang bekerja disebalik tabir. Hari2 kita ngadap… senang kata, ia adalah perisian utama utk membantu kita melayari internet…

      Reply
  1. mrkay

    Nice entry bro! tak ramai blogger malaysia buat entry macam ni. semua merapu dok kejar duit iklan. At least entry macam ni boleh jadi bacaan asas utk anak2 muda nak mula belajar web programming. Aku sendiri tak reti nak buat entry macam ni sbb tak reti nak mudahkan bahasa. hehe. Congrats!
    mrkay´s last blog post ..Blogger- tolong hormat blog orang lain

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… tu la tu lain orang lain kehendaknya.. tak per la kan janji apa madsud pun janji sama2 puas… terima kasih banyak2 bro

      Reply
  2. fid Da

    sy bru blaja php n mysql..memg mnarik..tp x flmilr lgi..heheh.memb tgh buat sstem servis knderaan..so nice.

    Reply
    1. hazlan Post author

      pelan2 kayuh bro… sistem service kenderaan? macam menarik je bubyinya tu…

      Reply
  3. itisrajah

    salam.
    mysql tuh utk database.
    kalau yang microsoft mysql server 2005 tuh database server ke or database jugak?

    Reply
  4. atikah

    boleh tak bagitau kesahihan info yang abg post nih.mksod nye petikan nih dari buku mana or kajian siapa ? :)

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… search goolge dah banyak info tentangnya… link ke laman web mysql sendiri pun dah aku sertakan… bolehlah godek2 tengok dan baca kat situ… aku juga seorang pelatih jabatan2 kerajaan tentang mysql database (percuma tapi berkualiti tinggi) ini dan rata2 mereka belajar menggunakannya dan mengaplikasikan di jabatan masing2.. ada juga jabatan kerajaan yang menggunakan Microsoft-IIS (berbayar dan mahal)…

      Reply
  5. Zulfa

    Salam Encik Hairil. Saya sedang mencari pelatih PHP, MySQL, Linux, VMWare, & Sphere. Boleh Encik hubungi saya? Terima kasih.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge