apa itu PHP?

By | December 17, 2009

php

Buat masa  ni kita story la dulu pasal Open Source erk… Lebih2 lagi untuk pembangunan website. Kali ini aku nak kenalkan kat korang pasal PHP. Ini adalah untuk pengenalan bagi yang tak familiar lagi. Baiklah kita mulakan sekarang…

PHP adalah: PHP ( Hypertext Preprocessor). PHP adalah bahasa skrip (scripting) yang boleh berinteraksi dengan server. Ia juga boleh digunakan di dalam HTML itu sendiri. Ini bermakna PHP dan HTML boleh digabungkan bersama.

Ini menjadikan PHP ini lebih senang difahami berbanding dengan pesaingnya yang lain seperti ASP, Cold Fusion, JSP, Perl, Python dan lain-lain. PHP telah dicipta terutama untuk kegunaan sistem berasaskan web dan boleh menghubungkan iaitu query database menggunakan simple task yang boleh diuruskan dengan 3-4 baris kod sahaja. PHP ini juga disokong oleh perisian pengkalan data Open Source lain seperti  Mysql dan Apache. Nanti aku cerita pulak mengenai Mysql dan Apache ni.

Fakta Menarik Tentang PHP

  • Lebih 2o juta domain menggunakan PHP sebagai bahasa pengaturcaraannya. Sumber: www.php.net/usage.php
  • Digunakan oleh syarikat gergasi seperti Yahoo.com, Google.com, eBay.com, FaceBook.com, Nokia.com, Oracle.com, Wikimedia.com, InternetNews.com.
  • Laman web rasminya PHP: www.php.net

Walaupun demikian penggunaannya masih baru di Malaysia. Namun sedang meningkat popular dari hari ke hari kerana semakin banyak syarikat (termasuk jabatan kerajaan) yang mula membangunkan sistem menggunakan sumber terbuka PHP & MySQL.

Secara kesimpulannya, PHP ialah bahasa pengaturacaraan. Bagi sesebuah sistem, akan ada data yang disimpan. Ia perlu disimpan di pangkalan data supaya mudah dicapai semula. Oleh yang demikian sebuah pangkalan data diperlukan.

14 thoughts on “apa itu PHP?

    1. hazlan Post author

      terima kasih menyinggah, akan datang aku wat entry untuk tu insya-Allah. Pelan2 belajar…

      Reply
    1. hazlan Post author

      terima kasih, dan juga nota untuk sesiapa dan aku sendiri… kekadang ianya diperlukan semula.. 🙂

      Reply
    1. hazlan Post author

      Wah menarik tu… harap2 dapat berkat belajar bulan Muharram ni… Insya-Allah

      Reply
    1. hazlan Post author

      maaf cuma masa aku jek yang amat2 terhad… aku bukan blogger sepenuh masa… tapi insya-Allah lain masa aku cuba luangkan masa tetang php ni…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *