Aku yang sempat nak tengok perlawanan ni yang dah dekat2 nak habis akhirnya berbaloi jugak rupanya satu sejarah dicipta di Viantine, 17 Disember 2009, Malaysia peroleh emas. Sempat jugak aku tengok gol sendiri Vietnam tu. Malaysia menamatkan kemarau dua dekad dengan memperoleh emas dalam acara bola sepak Sukan SEA di Vientiane, Laos hari ini. Pasukan bawah 23 tahun negara ini menewaskan Vietnam 1-0. Jaringan gol sendiri pemain Vietnam selepas tolakan Norshahrul Idlan Talaha memberikan peluang untuk Malaysia memperoleh emas.Kali terakhir skuad negara menang emas ialah di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 1989. TAHNIAH Malaysia! dan jurulatih Malaysia haruslah berusaha lagi kuat untuk mengekalkan prestasi cemerlang musim demi musim akan datang. Malaysia memang BOLEH!
Dikesempatan ini juga aku ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua muslimin dan muslimat. Kepada mereka-mereka yang pulang ke kampung masing-masing sempena hari minggu panjang ini, selamat pergi dan pulang. Semoga berhati-hati di jalan raya.


Menang juga pasukan bolasepak Malaysia.
.-= mesticun´s last blog ..Mati Kita Ada 12 Cara =-.
Alhamdulillah syukur…
Akhirnya…. =)
.-= blinkky´s last blog ..Collection Of Free RSS Feed Icons =-.
Harap2 akan datang akan terus maju bola sepak malaysia ni… lama dah menunggu…