macamana nak mula ni?

By | December 4, 2009

nak mulaKalau boleh aku nak kongsikan dengan korang macamana nak melibatkan diri dengan dunia internet dari peringkat awal sampailah menjadi seorang yang benar2 serius, lebih2 lagi ianya bagai satu keperluan yang wajib sekarang ni.Tak kiralah apa bidang sekalipun korang ceburi, rata2 mesti ada keperluan dan kehendaknya tersendiri. Maklumlah perhubungan dalam jaringan internet ni amatlah meluas tersepah.

Aku pasti ada yang nak belajar tapi tak tau macamana nak mula. Ada juga yang dah tau tapi nanti2lah. Masa tak sesuai katanya. Ada yang rasa ianya buang masa saja dan tak kuasa nak mula.Bagi aku terpulang pada masing2 punya pendapat, hal dan situasi. Janji kehendak hati tu tetap ada. Tepuk dada tanya selera….

Korang pun dah tau serba sedikit apa itu blog? pasal blogger kedekut? dengan apa itu bookmarks? Bila digabungkan dengan sempurna semuanya jadilah satu talian yang boleh merealisasi dan menjayakan kita menjadi seorang blogger yang hebat. Eh! Bukan aku tapi korang laaa yang sememangnya dah ada bakat terpendam huhuhuhu!Apalagi? Asahlah bakat tu cepat! peh! panas bunyinya tu.

Kalau korang baru nak belajar dan rasa nak mencuba eloklah bermula dari bawah dengan membuat blog percuma dahulu. Yang terbaik bagi aku ialah WordPress.com dan Blogger. Daftar adalah percuma. Kenapa? Bagi aku ianya boleh melatih dan menekan tubi juga untuk korang sebelum korang benar2 serius dengan memiliki hosting sendiri.

Lagipun sekiranya dah mula nak serius, blog yang dibina tadi boleh didaftarkan terus menjadi domain anda sendiri.
Sebagai contoh: korang dah daftar secara percuma dengan nama http://contoh.blogspot.com atau http://contoh.wordpress.com dan ianya boleh tukar/direct menjadi http://contoh.com, http://contoh.net, http://contoh.com.my atau lain2 nama domain lagi.

Atau ada juga pilihan lain yang terkenal dengan nama self-hosted. Maksudnya korang bebas membina sendiri apa sahaja kehendak, bentuk dan cara dengan blog, forum atau lain2 dengan yang korang nak. Pilihan ini memang amat meluas bagi orang yang benar2 dah serius.

Nanti aku akan postkan untuk masa yang akan datang satu persatu macamana nak buat? Dengan apa yang dah aku sebutkan kat atas tadi tu. Hari ni adalah sebagai satu permulaan dan pengenalan untuk korang yang nak tau. Jadi korang stay tune la ye!

6 thoughts on “macamana nak mula ni?

    1. hazlan Post author

      huhuhu… buat hosting sendiri guna wordpress pun macam2 boleh buat… tapi untuk yang baru nak kenal bolehlah belek2 guna blogspot ni..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *