Bookmarks

By | December 3, 2009

tanda buku

Pagi yang hening ni aku nak buat story pasal : Bookmarks (penanda buku) atau di kenali juga sebagai bookmarking yang kini telah digunakan didalam perhubungan internet, Ia adalah satu kumpulan link yang dapat menghubungkan beberapa sub dalam Satu web atau blog. Biasa digunakan sebagai pengumpul link web atau blog yang diminati. Bagi aku dengan adanya bookmarks ni senang dan mudah nak tau apa saja secara terus agar tak ketinggalan. Kebanyakannya ada persamaan meskipun ada juga yang menampilkan sedikit kelainan. Di sini aku senaraikan serba sedikit tentang bookmarking yang biasa digunakan oleh pengguna-pengguna internet lain.

1. Del.icio.us
Antara khidmatnya yang menarik adalah melabel sesebuah laman web atau blog dan dimasukan atau ditambah kedalam akaun Del.icio.us ini dengan menerusi label (tag) yang berkaitan,pengguna lain boleh mencari bookmark ini untuk disimpan.

2. Stuble Upon
Menyediakan saluran menerusi internet mengikut citarasa pengguna sebagai contoh saluran tv menerusi internet.

3.Ma.gnolia
rasanya sekarang ni dikenali sebagai gnolia saje. Sesuai untuk kumpulan dan komuniti yang meminati bidang tertentu yang juga turut diminati oleh pengguna ain. Mampu menyimpan bookmark awam atau persendirian dan boleh menyimpan laman web agar sentiasa boleh diakses (meskipun sudah luput)

4. Digg
Ia boleh memfokuskan komuniti tapak webnya.Laman web atau blog yang ditanda akan akan dihantar ke tapak web ini dan boleh diundi oleh pengguna lain jika ia diminati.

5. Simpy
Menyediakan fungsi carian melaui teks dalam catatan sesebuah bookmark dan isi kandungan laman web atau blog mahupun memuat naik berasaskan web dan boleh menerbitkan bookmark menggunakan RSS

6. Blogmark
Memberi kemudahan bagi menginteragasikan bookmark dengan blog menerusi pemuka “blogsync”

7. Reddit
Menyerupai Digg tetapi lebih memfokuskan kepada perkongsian barita.

8. Furl
Menyimpan salinan laman web yang ditemui untuk dilawati semula. Boleh juga mencari laman -laman web didalam arkib pengguna yang lain.

9. Blink List
Penanda ini mencadangkan beberapa kaedah berguna untuk pendidikan. Mampu menyenaraikan sumber dan membina lokasi yang boleh digunakan didalam kelas. Menarik jika ianya digunakan didalam sektor pendidikan dan sektor lain yang berkaitan. Cikgu2 sila ambik perhatian!

10. Spurl
Kelebihanyan menyokong labih banyak pelayar web termasuklah Safari dan Mac. Boleh mengeksport senarai bookmark untuk dikongsi.

11.Linkroll
Boleh memberikan ulasan dan mrngkategorikan bookmark dan mengakses menerusi suapan RSS dan Java script.Menyediakan saluran podcsast peribadi dsan bolah menambah pautan kepada fail media dan post khidmat.

Antara Lain – lain biasa digunakan oleh pengguna-pengguna lain adalah feedburner, friendfeed, mybloglog, tweeter dan yang paling farmous sekarang ni facebook, melambak la lagi.Terpulang la pada korang nak guna kaedah yang macam mana.Bagi aku bookmarks ni sangat2 penting dan sangat2 perlu.

4 thoughts on “Bookmarks

    1. hazlan Post author

      farez, insya-Allah akan datang aku buat posting cara macamana nak pakai.

      Reply
    1. hazlan Post author

      ialah lain bookmark ni lain cara dia… kena explorer satu2 menda gak ni…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *