Sebelum meneruskannya terlebih dahulu berkesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut ISRAK MIKRAJ kepada semua muslimin dan muslimat..
Mengenai tajuk yang tertera di atas untuk menjadi juara. Bagaimanakah kita hendak menjadi seorang juara? Aku ringkaskan antara langkah2nya di bawah ini:
- Semangat yang berkobar-kobar untuk berlumba sentiasa ada dan sentiasa diterapkan.
- Apa sahaja bidang yang diceburi sentiasa memberikan fokus dan tumpuan yang penuh.
- Kejayaan adalah hasil usaha sendiri tidak daripada dorongan orang lain adalah perlu sentiasa diingat.
- Ketika usia yang muda inilah sentiasa bekerja keras.
- Dalam semua usaha haruslah sentiasa memberi tekanan walau apa pun halangan yang ada.
- Kekalkan tahap kesihatan dan kecergasan.
- Katakan tidak atau jangan sering menganggap diri sakit, demam dan tidak berupaya.
- Jangan terlalu mengharap orang lain dalam memberi peluang kepada kita.
- Membina dan menjalankan gerak kerja dengan pantas.
- Tetapkan arah tujuan perjalanan harian dengan tepat.
- Hantar nota terima kasih bertulis tangan.
- Berusia 25 tahun sebagai target kejayaan menjadi juara. Lebih awal adalah lebih baik.
- Buat lebih daripada biasa atau sepatutnya.
- Kemudahan dan penciptaan teknologi digunakan sepenuhnya.
- Berdoa dan bersyukur kepada-Nya.
Insya- Allah semoga kita dirahmatinya untuk menjadi si juara… amin

Assalamualaikum.
Satu artikel yang bagus, dan meniupkan semangat. Mahu jadi juara, kena jadi berani dan bijak.
fuh..fuh… semangat ayie semangat
untuk berjaya kena sanggup buat apa yang orang tak berjaya tak sanggup nak buat š
betul tu.. bukan senang nak jadi senang.. dan bukan susah nak jadi susah…
Tengah down, baca tips ni jadi semangat. Aja aja fighting. Hehe.
* Mahu berjaya tak boleh berhenti usaha dan doa.
teruskan semangat dan usaha tak kira apa juga situasi dan keadaan yang kita mahukan…. insya Alah ia akan berhasil
juara diantara juara… kena contohi apa sang juara buat….
apa pun juara yang sebenar adalah diri sendiri sekiranya dapat atasi apa yang tertulis di atas… huhuhu
kita hendaklah sentiasa berdoa dan bersyukur kepada-Nya dan semoga hari-hari yang akan datang lebih baik dari sebelumnya
amin.. mudah2 kita semua…
betul tu. Bukan senang nak jadi juara. š
jadi juara tak baik jgn sekali….