Jenis pelaburan

By | June 26, 2011

Pengguna sebagai pelabur bijak perlu memahami apa itu pelaburan. Pelaburan adalah komitmen dana kepada satu aset atau lebih yang akan dipegang untuk satu tempoh masa hadapan dengan harapan aset tersebut akan menghasilkan pendapatan yang lebih tinggi. Aset yang dimaksudkan adalah merangkumi aset dalam banyak bentuk ketara seperti kewangan. Kesesuaian pelabur atau aset2 ini bergantung kepada matlamat dan objektif kewangan seseorang.

Seperti pengguna sebagai pelabur yang bijak harus mencari alternatif untuk melabur dan membuat perancangan yang teliti untuk mengembangkan nilai pelaburan dan seterusnya memastikan mendapat pulangan yang terbaik.

Antara jenis2 pelaburan

  1. Stok dan Saham.
  2. Bon.
  3. Waran dan Hak Langganan Boleh Pindah (TSR).
  4. Kontrak Hadapan, Niaga Hadapan dan Opsyen.

Walau apa pun sebagai pelabur yang bijak dalam memilih jenis pelaburan yang dapat untung haruslah bersesuaian dengan kemampuan diri. Lengkapkan diri masing2 dengan ilmu dan maklumat yang secukupnya demi mamastikan setiap wang lebihan dapat diurus dengan baik, menguntungkan dan terjamin dengan sendirinya kerana ia akan menguatkan ekonomi pengguna.

15 thoughts on “Jenis pelaburan

  1. Amirez

    ilmu tentang pelaburan byk lagi tak tahu. tapi bak kata robert t. kiyosaki, investor adalah org paling kaya n berjaya 😉

    Reply
    1. hazlan Post author

      salam… aku pun baru2 nak belajar bab pelaburan ni… tengah cari ilmu lagi… cuma rasanya kalau yang kecik2 bermula dengan ASB atau public mutual ok gak kot…

      Reply
  2. Ali ridha

    Tentang perniagaan ni minat sejak
    umur 18 tahun lagi…nak tanya saja ni.
    bagaimana pula sebuah syarikat milik
    bapanya dah habis nak bungkus.tetiba
    si ibu kata nilai Bon anak beliau sudah
    masak atau meningkat.apa benda tu
    bon? main james bond ke.

    Reply
    1. hazlan Post author

      rasanya bab bon ni aku ader belajar masa ekonomi asas masa kat sekolah dulu… Bon adalah akujanji hutang diterbitkan badan kerajaan atau syarikat. Dengan melabur dalam bon, kita sebenarnya berperanan sebagai pemberi pinjaman manakala badan kerajaan atau syarikat yang menerbitkan bon adalah peminjam. Sebagai balasan kerana membeli bon mereka, penerbit2 bon akan membayar faedah tetap (dikenali sebagai kadar kupon) kepada kita bagi sepanjang tempoh pinjaman dan memulangkan jumlah pokok yang dipinjam apabila matang. Macam gitulah serba ringkasnya….

      Reply
  3. wazy

    Kebiasaannya ramai yang melabur di dalam saham
    tetapi kalau rezeki lebih,boleh melabur menggunakan bon juga

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu.. cuma bermulalah dari kecik2 dulu…. aku pun tengah dok belajar lagi ni…

      Reply
  4. Pingback: jenis pelaburan

  5. Kamal Mustafa

    Nak join ape2 pelaburan pun kena berani. Belajarlah join yang kecik2 dulu.
    P/S ape cerita pasal pelaburan ASN & ASB……. sonyap ajo?

    Reply
    1. hazlan Post author

      setuju bro… join kecik2 lama jadi besar… ASN dan ASB tak tau la bro entah pasal apa sonyap… belum ujung taun lagi kot…

      Reply
  6. zik

    sebelum nak melabur pun kena ada ilmu jugak… walaupun invest sikit….rujuk kepada yang pakar…

    Reply
  7. ehem2

    pelaburan ada banyak jenis…bergantung pada kemampuan dan tanya diri tahap risiko yang pelabur berani amik…..

    Amanah Saham dan Pulangan Tetap(fixed deposit) paling rendah risiko.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *