Sistem Perbankan Islam

By | February 22, 2012

Perbankan adalah hasil daripada kata terbitan “bank” yang berasal daripada perkataan Itali iaitu “banko” yang bermaksud kepingan papan tempat meletak buku atau sejenis meja iaitu “bench”.

Definasi bank juga diistilahkan sebagai institusi yang menawarkan perkhidmatan kewangan seperti jagaan wang, pertukaran mata wang, pemberian pinjaman dan menerima pertukaran bil. Qamus al-Munjid fi al-Lughah wa al-A’lam pula menyatakan bank adalah sebagai pusat untuk meletakkan harta bagi tujuan pekerjaan tertentu di bawah penyelenggaraan yang khusus.

Manakala Perbankan Islam, didefinasikan sebagai perbankan yang selaras dengan sistem nilai dan etos Islam. Dengan erti kata lain, ia merupakan institusi yang diwujudkan untuk menyediakan kemudahan dan perkhidmatan bank khususnya kepada umat Islam yang berlandaskan syarak. Ini bermakna, perbankan Islam bermaksud pelaksanaan operasi perbankan yang berlandas prinsip yang ditetapkan Islam. Ia juga merupakan instisusi kewangan yang berobjektif untuk mengimplementasikan prinsip ekonomi dan kewangan Islam dalam arena perbankan.

Sistem Perbankan Islam (SPI) adalah merupakan alternatif kepada kewangan yang menjuruskan kepada individu yang tidak mahu melibatkan diri dengan amalan perbankan yang berasaskan riba ia penting di dalam sistem kewangan di Negara kita (Malaysia) selain perbankan yang berkonsepkan konvensional.

Apakah Sistem Perbankan Islam?
Berlandaskan undang-undang Islam (Syariah), iaitu fiqh muamalat (peraturan Islam dalam transaksi). Kesemua peraturan dan amalan di dalam fiqh muamalat berasal dari Al-Quran dan Al-Sunnah dan sumber undang-undang Islam sekunder yang lain seperti kesepakatan pendapat oleh ulama mujtahid tentang sesuatu hukum syariah (ijma), menyamakan perkara baru yang tiada nas secara analogi (qiyas) dan hasil usaha daripada mujtahid dalam merumuskan sesuatu hukum dan nilai melalui kaedah istinbat (ijtihad).

Pematuhan Prinsip Syariah
Kesemua bank SPI perlu menubuhkan jawatankuasa Syariah bagi membimbing mengenai hal-hal Syariah dan memastikan bahawa fungsi bank tersebut adalah mematuhi kehendak Syariah. Selain daripada itu, Majlis Penasihat Syariah iaitu badan tertinggi yang ditubuhkan di Bank Negara Malaysia boleh diperolehi bagi memastikan keseragaman dalam pendapat dan amalan. Ahli-ahli jawatankuasa Syariah dan Majlis Penasihat Syariah kebanyakannya terdiri daripada para cendiakawan dan pakar Syariah dalam bidang perbankan dan kewangan Islam.

Konsep Syariah Dalam Perbankan Islam
Konsep asas Syariah dalam perbankan Islam adalah terdiri daripada perkara berikut:

1. Wadi’ah (Simpanan)
Wadi’ah bermaksud kontrak menyimpan sesuatu barang atau harta sebagai manah. Di dalam kontrak ini, pelanggan akan mendepositkan wang tunai atau asset lain sebagai simpanan di bank. Bank akan menjamin keselamatan barang yang disimpan oleh pelanggannya.

Mekanisme operasi Wadi’ah adalah seperti berikut:

  • Kita mendeposit wang di bank dan bank menjamin wang tersebut akan dipulangkan kepada kita.
  • Kita boleh mengeluarkan wang pada bila-bila masa.
  • Bank mungkin mengenakan fi sebagai caj menjaga deposit pelanggan dan membayar hibah (hadiah) jika perlu.
  • Konsep ini lazimnya diguna pakai di dalam aktiviti penyimpanan deposit, khidmat pemegang amanah dan peti simpanan deposit.

2. Mudarabah (Perkongsian keuntungan)
Mudarabah ialah suatu kontrak perkongsian keuntungan antara dua pihak, iaitu pemilik modal dan pengusaha. Pemilik modal akan menyediakan dana bagi pengusaha untukmenjalankan usaha niaga dan mendapat pulangan hasil daripada jumlah dana yang dilaburkan dalam usaha niaga tersebut berdasarkan nisbah perkongsian untung yang telah dipersetujui. Prinsip Mudarabah ini boleh digunakan dalam operasi perbankan Islam dan antara bank (sebagai pemilik modal) dan pengusaha. Kerugian yang dialamai akan ditanggung oleh pemilik modal.

Mekanisme operasi Mudarabah (Perkongsian keuntungan) adalah seperti berikut:

  • Kita menyediakan dana kepada bank setelah setuju dengan terma dalam perjanjian Mudarabah.
  • Bank melaburkan dana ke dalam asset atau usaha niaga yang dipersetujui.
  • Perniagaan mungkin mengalami keuntungan atau kerugian.
  • Keuntungan akan dikongsi di antara kita dengan bank berdasarkan nisbah perkongsian untung yang telah dipersetujui.

Kerugian akan ditanggung oleh pemilik modal. Ini akan mengurangkan nilai asset/pelaburan dan seterusnya amaun dana yang telah kita laburkan di bank.

3. Bai’ Bithaman Ajil – BBA (Penjualan dengan harga tertangguh)
Ini merujuk kepada jualan barangan di mana penjual membayar kepada pembeli harga jualan secara tangguh beserta dengan satu margin keuntungan yang dipersetujui, sama ada secara sekali gus atau secara ansuran.

Mekanisme Bai’ Bithaman Ajil (Penjualan dengan harga tertangguh)

  • Kita memilih suatu asset yang dibeli.
  • Kita mendapatkan pembiayaan BBA daripada bank dan berjanji akan membeli asset tersebut pada harga jualan yang telah termasuk keuntungan.
  • Bank membeli asset tersebut daripada pemilik secara tunai.
  • Bank menjual asset itu kepada kita dan menyerah hak milik asset kepada kita pada harga jualan tertangguh yang telah termasuk keuntungan.
  • Pembayaran boleh dibuat secara tangguh dan ansuran dalam suatu tempoh yang dipersetujui.

4. Murabahah (Kos tambah)
Seperti BBA, transaksi Murabahah melibatkan penjualan barangan di antara penjual dan pembeli pada harga jualan yang telah termasuk margin keuntungan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Bagaimanapun, dalam Murabahah, penjual mesti memaklumkan kepada pembeli kos sebenar asset dan margin keuntungan semasa perjanjian jualan dibuat.

5. Musyakarah (Usaha sama)
Dalam konteks perniagaan dan perdagangan, Musyakarah merujuk pada perkongsian atau usaha sama perniagaan untuk mendapatkan keuntungan. Keuntungan yang diperole akan dikongsi oleh rakan kongsi berdasarkannisbah yang dipersetujui yang mungkin tidak sama nisbahnya dengan jumlah pelaburan yang dibuat oleh rakan kongsi. Bagaimanapun, kerugian yang dialami akan dikongsi berdasarkan isbah dana yang dilabur oleh setiap rakan kongsi.

6. Ijarah Thumma Bai’ (Sewa beli)
Ijarah Thumma Bai’ lazimnya digunakan dalam membiayai barangan pengguna terutamanya pembiayaan kenderaan. Terdapat dua kontrak berasingan yang terlibat:

  • Kontrak Ijarah (pajakan/penyewaan)
  • Kontrak Bai’ (Jual beli)

Kontrak-kontrak tersebut akan dimeterai secara berasingan dengan turutan yang betul.

Mekanisme operasi Ijarah Thumma Bai’ adalah seperti berikut:

  • Kita memilih kereta yang ingin dibeli.
  • Kita memohon pembiyaan Ijarah untuk kereta tersebut, membayar deposit kereta berkenaan dan berjanji akan memajak kereta tersebut daripada bank setelah bank membeli kereta tersebut.
  • Bank menjelaskan pembayaran kereta berkenaan kepada penjual.
  • Penjual kereta member hak milik kereta kepada bank.
  • Bank memajakkan kereta tersebut kepada kita.
  • Kita membayar sewa Ijarah untuk satu tempoh yang telah ditetapkan.
  • Pada akhir tempoh pajakan, bank menjual kereta tersebut kepada kita pada harga yang telah dipersetujui.

7. Wakalah (Agensi)
Ini merupakan satu kontrak di mana seseorang (prinsipal) melantik pihak lain bagi bertindak mewakili dirinya (sebagai ejen) untuk melaksanakan tugas-tugas khusus.pihak yang menerima tugas itu adalah ejen yang biasanya dibayar fi atas khidmatnya. Contohnya, seseorang pelanggan meminta bank membuat pembayaran kepada pihak lain di bawah syarat-syarat tertentu. Dalam hal ini, bank ialah ejen yang diberikan kuasa untuk melaksanakan transaksi kewangan bagi pihak pelanggan dan bank akan dibayar fi atas perkhidmatannya.

8. Qard (Kontrak hutang)
Di bawah perjanjian ini, pinjaman diberi untuk satu tempoh yang tetap atas semangat ihsan dan peminjam hanya perlu membayar balik jumlah pinjaman yang sebenar sahaja. Walaubaaimanapun, sekiranya peminjam membayar lebih berdasarkan budi bicaranya (tanpa ikatan perjanjian), ia dianggap sebagai tanda penghargaan kepada peminjam.

Contohnya: Pemberi pinjaman meminjamkan sebanyak RM 5,000 kepada peminjam berdasarkan Qard dan akan mengharapkan peminjam memulangkan sebanyak RM 5,000 kepadanya kelak pada masa yang dipersetujui.

9. Hibah (Ganjaran)
Hibah merujuk kepada pemberian hadiah secara sukarela sebagai balasan kepada menfaat yang diterima. Contohnya, dalam simpanan yang beroperasi di bawah Wadi’ah, bank lazimnya membayar kepada penyimpan Wadi’ah hibah walaupun pemegang akaun hanya ingin mebuat simpanan mereka di bank. Terdapat persoalan lazim dikemukakan oleh perseorangan atau kumpulan mengenai perbankan Islam ini.

Persoalannya:
Adakah perbankan Islam hanya untuk orang Islam sahaja?

  • Tidak. Perbankan Islam adalah untuk semua individu tanpa mengira kepercayaan agama mereka.

Apakah perbezaan perbankan Islam dengan konvensional?

  • Perbezaan utama di antara perbankan Islam dan konvensional ialah perbankan Islam berlandaskan Syariah. Perbankan Islam juga mesti mengelak aktiviti riba’, gharar (ketidakpastian yang berlebihan), perjudian dan penipuan. Sebagai contoh, di dalam kes pembiayaan, sebagai ganti kepada caj faedah yang dikenakan ke atas pembiayaan yang diberikan institusi perbankan Islam sebaliknya menyediakan pembiayaan berdasarkan kontrak musyakarah atau perkongsian untung rugi.

Bagaimana bank Islam dan SPI member ganjaran kepada penyimpan sedangkan pembayaran faedah tidak dibenarkan?

  • Dalam syariat, terdapat banyak cara untuk berkongsi keuntungan di antara bank dan pelanggan. Contohnya, dalam produk deposit, bank dan pendeposit akan berkongsi keuntungan berdasarkan nisbah yang dipersetujui dan dibayar sebagai dividen. Bank dibenarkan untuk member hibah (ganjaran) kepada pendeposit sekiranya ia bersesuaian.

Glosori:
Gharar: Unsur penipuan atau keadaan ketidakpastian yang boleh membawa kepada pertelingkahan kontrak. Suatu elemen yang mesti dielakkan di dalam perjanjian perbankan Islam kerana Gharar yang berlebihan akan membuat kontrak menjadi batal dan tidak sah.

Riba’: Amaun yang dibayar atau diterima melebihi principal dalam kontrak pinjaman.
Syariah: Undang-undang Islam yang berteraskan pelbagai sumber seperti Al-Quran, Hadis, As-Sunnah, Ijma’ (pandangan yang dipersetujui secara kolektif oleh ulama Syariah), qiyas (analogi) dan ijtihad (pendapat para mujtahid).

21 thoughts on “Sistem Perbankan Islam

  1. akubiomed

    Walaupun pengetahun kurang mengenai bagaimana perbank islam ini dilaksana, pelanggan islam terutamanya akan memilih produk yang sha dari hukum Syarak

    Reply
  2. aktechpage.com

    Alhamdulillah, selepas membaca artikel di atas. Sedikit sebanyak dah tau apa maksud beberapa istilah seperti Wadiah, Mudarabah dan lain2… tq bro

    Reply
  3. hafidz

    walaupun interest perbankan islam tinggi, namun kadar interestnya still tetap sepanjang masa berbanding konvensional. itu yang aku tahu antara kelebihan perbankan islam nih 😉

    Reply
  4. ida

    salam.nak confirm.kalau kita buka saving a/c yg berkonsep WADIAH, interest/hibah yg bank bagi tu, kita boleh amik x?

    Reply
  5. musalmah

    Assalam..saudara maaf saya nk tnya…blh x..saudara mengklasifikasi perniagaan ini yg berikut…ahli mbayar jumlah tunai tertentu spt jadual yg ditetapkn ..lps sbln dia akan dpt lbh krg 1/3 dpd modal selama 3 bln…bln yg keempat dia akan dpt modal dn lbh 1/3 lbh dpd modal…apakh sah pbankn ini di sisi syariah islam..tq

    Reply
  6. Muhamad

    as salam tuan…1-boleh senarai kan sistem perbankan di Malaysia yg patuh syariah….2-adakah sistem perbankan seperti d bank konvesional yg menjalankan sistem syariah itu 100% syariah…sekian terima kasih

    Reply
    1. hazlan Post author

      maaf.. nak senarai panjang tu.. mintak en google type: senarai kan sistem perbankan di Malaysia yg patuh syariah dan type: adakah sistem perbankan seperti d bank konvesional yg menjalankan sistem syariah itu 100% syariah… mesti jumpa punya… insya Allah

      Reply
  7. haziq

    nak tanya soalan.
    bagaimanakah sistem perbankan islam dapat menyelesaikan masalah umat dari aspek ekonomi

    Reply
    1. hazlan Post author

      boleh tanya kepada org yang tepat… kalau saya jawab mungkin tak berketepatan dan mungkin ada kepincangan.. harap maaf

      Reply
  8. Erin

    Salam, Ingin bertanya adakah Bank Islam Malaysia mengamalkan semua konsep asas shariah seperti yang ditunjukkan diatas?

    Reply
    1. hazlan Post author

      waalaikumsalam.. sila rujuk pada yang arif mengenenai perkara ini…

      Reply
  9. Budi Ahmad

    Assalamualaikum….
    mintak izin untuk ambil maklumat dan menggunakannya dalam tugasan saya…t.kasih
    semoga dimudahkan segala urusan anda… 🙂
    JazakAllahu Khairan

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *