sutera labah-labah daripada susu kambing

By | February 23, 2012

Dr. Konstantinos (Costa) Karatzas

Saintis, Dr. Konstantinos (Costa) Karatzas daripada Research Institute McGill University Health Centre, Montreal, Canada yang bertanggungjawab membuat penyelidikan mengenai penghasilan sutera labah-labah daripada susu kambing. Untuk pengatahuan,  sutera labah-labah ini sebenarnya telah memberikan sumbangan besar dalam bidang perubatan kerana ia dapat menghasilkan benang jahitan pembedahan dan ligamen palsu untuk tubuh manusia yang bersifat organik.

Bahan fiber ini bukan sahaja boleh digunakan didalam bidang perubatan seperti mikro struktur,benang jahitan bagi pembedahan, ligamen tiruan, dan pembuatan tekstil malah ia juga boleh dijadikan peralatan kejuruteraan dan tali tangsi serta raket.

Kekuatan lembaran sutera labah-labah yang telah dipintal setebal mata pensel mampu menghentikan sebuah pesawat Boeing-747 yang sedang bergerak kerana mempunyai daya serapan tenaga kinetik yang sangat tinggi. Sutera labah-labah digelar sebagai bio besi kerana ia adalah 7 kali ganda lebih kuat dari besi dengan mempunyai beberapa ciri unik seperti kukuh, teguh, tahap regangan yang tinggi serta tahan kepada impak besar. Maka Tidak hairanlah jika fabrik yang diperbuat daripada sutera labah-labah ini telah digunakan dalam penghasilan baju kalis peluru.

Dengan menggunakan spesies labah-labah dari Florida dan kambing baka dari Afrika Selatan, kajian ini menunjukkan kejayaan penghasilan sehingga 0.5 hingga 6 gram sutera bagi satu liter susu bergantung kepada labah-labah yang digunakan. Dr. Konstantinos telah menjalankan kaedah genetik iaitu gen bio besi daripada labah-labah dimana kelenjar mamari kambing akan bertindak memproses sebagai pemintal sarang labah-labah yang berupaya menghasilkan sutera.Kaedah suntikan ini dilakukan ke dalam sperma kambing supaya darahnya berupaya mengandungi molekul bio besi. Setelah beberapa tahun, susu kambing itu akan diekstrak untuk mengeluarkan bio besi melalui beberapa proses sebelum ditukarkan kepada bentuk fiber.

Sutera yang diekstrak daripada susu kambing itu menjadi resolusi kepada masalah semula jadi labah-labah yang susah untuk dibiakkan kerana ia akan berbunuhan sesama sendiri untuk menguasai kawasan. Namun begitu tidak timbul perubahan genetik kambing dengan memberi analogi nyawa seorang kanak-kanak yang memerlukan rawatan sepatutnya lebih penting daripada kambing.

14 thoughts on “sutera labah-labah daripada susu kambing

  1. azmanisma

    WOW!sampai begitu sekali!

    “Kekuatan lembaran sutera labah-labah yang telah dipintal setebal mata pensel mampu menghentikan sebuah pesawat Boeing-747 yang sedang bergerak kerana mempunyai daya serapan tenaga kinetik yang sangat tinggi”

    Reply
  2. Denaihati

    memang menarik penemuan ni. hebatnya kedua2 haiwan yg ada disebut dlm quran. sunah minum susu kambing n labah2 yg membantu nabi menyembunyikan diri dlm gua

    Reply
    1. hazlan Post author

      subhanallah… jika dihayati betul2 al Quran tentu banyak lagi penemuan2 hebat…

      Reply
  3. Mama Murai

    oh maksudnya sutera tu kena melalui proses kimia selepas dikeluarkan daripada badan kambing lah ye, ingatkan labah-labah tu mengeluarkan benang seperti susu yang boleh mengeras…

    Sampai macam tu sekali kajian genetik yang saintis mereka lakukan. Depa tak takut ke dengan risiko mutasi genetik.

    Reply
    1. hazlan Post author

      belum lagi di beri ilmu sepenuh lautan.. apa lah akan jadi kat dunia ni agaknya….

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *