perbezaan inovasi dalam organisasi

By | February 16, 2012

Teknologi berinovasi boleh mendatangkan keuntungan kepada organisasi dengan perkara-perkara seperti gabungan strategik, risiko dan isu-isu yang berkaitan dengannya. Ia melibatkan soal penyelidikan dan pembangunan, cabaran-cabaran yang dihadapi semasa membangunkan projek yang dipilih dan dinilai serta aliran pengatahuan yang berlaku dalam proses tersebut.

Inovasi dan pembangunan produk baru merupakan proses yang melibatkan keseluruhan organisasi dan bukannya suatu aktiviti fungsi untuk sesebuah jabatan,  syarikat ataupun organisasi. Untuk meneroka proses perubahan dalam teknologi sesebuah organisasi,  ada 4 perbezaan inovasi dalam organisasi iaitu:

1. Innovator

  • Syarikat yang mengguna pakai idea-idea baru.

2. Initiators

  • Syarikat yang melaksanakan idea baru selepas innovator.

3. Fabians

  • Syarikat yang melaksanakan sesuatu ada hanya selepas penggunaannya diketahui umum dalam industri.

4. Drones

  • Syarikat yang terakhir melaksanakan sesuatu idea.

Kesanggupan untuk berubah dalam menerima cabaran daripada teknologi lama kepada teknologi baru ataupun meneroka terus di dalam teknologi baru, setiap organisasi perlulah bersedia dengan perkara seperti berikut:

  • Berkualiti tinggi dalam komunikasi.
  • Sentiasa mempunyai kesediaan.
  • Kesanggupan untuk berkongsi pengatahuan.
  • Kesediaan untuk menerima pengatahuan baru, perlesenan dan berusahasama.
  • Komunikasi dalaman yang berkesan dalam membentuk mekanisme penyelarasan.
  • Sengaja memberi idea-idea yang berpotensi dan membuat kajian.
  • Penggunaan teknik-teknik pengurusan yang berkesan.
  • Kesedaran kos dan keuntungan di dalam jabatan R&D.
  • Mengenalpasti hasil keputusan pelaburan.
  • Pengurusan perantaraan yang berkualiti tinggi.
  • Lembaga pengarah yang berkemahiran tinggi di dalam sains dan teknologi.
  • Memiliki ketua eksekutif yang berdaya maju.
  • Kadar pengembangunan yang tinggi terlaksana.

14 thoughts on “perbezaan inovasi dalam organisasi

  1. chii

    hurm..dlm ke empat2 term tu..chii biasa dgr ttg innovator dan initiators..

    mmg harus ada perkara2 ni semua dlm sesebuah organisasi bagi menjamin mutu dan juga untuk meningkatkan lg kreadibiliti..kalo pada takuk yg sama je..xde inovasi..akan dikatakan outdated plak

    Reply
    1. hazlan Post author

      kadangkala untuk membuat perubahan ramai sekeliling tak percaya yang kita boleh lakukan…malahan mendapat tohmahan… ada juga yang sentiasa memberi sokongan…. biasalah asam garam macam ni… kena sentiasa yakin untuk membuat sesuatu… selebihnya hanya Dia yang menentukan…

      Reply
  2. akubiomed

    Selalunya bab-bab RD kebanyakkan pihak pengurusan agak kedekut untuk mengeluarkan peruntukkan bajet tahunan kerana ia memerlukan belanjawan yang besar dan ia adalah pelaburan jangka masa panjang kerana tidak semua R&D akan berakhir dengan kejayaan.

    Setahu saya pihak institusi pengajian tinggi kalau mahu buat R&D perlu ada kolabrasi dengan syarikat swasta sebelum pemohonan bantuan geran R&D diluluskan oleh kerajaan.

    Saya sendiri ada masalah setiap kali mengaju ide-ide kepada pihak pengurusan selalu memandang sepi kerana mereka berfikir keuntungan sahaja dengan duit geran tapi tidak mahu buat kerja. Atas sebab itu kalau ada kawan-kawan saya pensyarah buat R&D saya beri input percuma sahaja.

    Reply
    1. hazlan Post author

      terima kasih bro satu pengalaman yang menarik… kreadibiliti dalam pengurusan organisasi kat negara kita ni mungkin masih lagi tahap lemah. Mungkin atas dasar susah mau dapat modal. Bila dah ada modal buat yang boleh untung sahaja….

      Reply
      1. akubiomed

        Inilah realiti syarikat koperat di Malaysia kalau boleh mereka mahu keluar duit poket kiri masuk poket kanan. Mereka mengharapkan bantuan kerajaan.

        Kalau dibarat berlainan banyak syaikat persendirian membangunkan pasukan R&D mereka sendiri.

        Lihatlah sahaja syarikat klomerat ternama seperti Apple, Microsoft dan Facebook bagaimana mereka bermula. Tidak pula dengar mereka minta subsidi kerajaan.

        Terus terang saya menyata kekecewaan walaupun didalam bajet 2012 PM ada menyentuh mengenai “inovasi”

        Reply
        1. hazlan Post author

          huhuhu… relitinya apa yang aku sedang lakukan sekarang betul2 mencabar dan banyak perkara yang harus dilakukan walaupun berbagai cabang, ruang dan peluang… ternyata memang bukannya semudah memetik jari. Kekecewaan bro tu ader juga benarnya… tidak mudah bagi yang “poket kosong” macam aku ni…

          Reply
  3. wazy

    Sesuatu organisasi akan lebih mantap dengan adanya sokongan pelbagai pihak antara majikan dan pekerja.

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul2… yang penting komunikasi di antara satu dengan lain adalah baik…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *