Antara faktor utama halal dan haram sesuatu makanan, terutamanya yang telah diproses terletak kepada bahan dan ramuan yang digunakan dan dari mana bahan dan ramuan itu diperolehi secara jelas  dan pasti tidak halal atau meragukan, maka bahan dan ramuan tersebut juga adalah haram atau meragukan.

“Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa2 yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikut langkah2 syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang sebenar bagi kamu” - Al-Quran 2: 168

Berikut adalah sumber alam dan bahan2 yang halal.

1. Haiwan

  • Haiwan darat: haiwan yang hanya hidup di darat sahaja. Semua haiwan di darat adalah halal dimakan kecuali diharamkan.
  • Haiwan akuatik: haiwan akuatik adalah halal kecuali yang beracun dan memudaratkan kesihatan.

2. Tumbuh-tumbuhan: Tumbuhan dan produk berasaskan tumbuhan atau hail daripadanya adalah halal kecuali yang beracun, memabukkan atau memudaratkan kesihatan.

3. Cendawan dan Miro-organisma: Semua jenis cendawan dan mikro-organisma atau hasil daripadanya adalah halal kecuali yang beracun, memabukkan atau memudaratkan kesihatan.

4. Mineral semulajadi, Bahan Kimia Sintetik: Semua bahan mineral, bahan kimia sintetik adalah halal kecuali yang terhasil daripada sumber haiwan yang tidak menepati hukum syarak, beracun, memabukkan atau memudaratkan kesihatan.

5. Minuman: Semua jenis minuman adalah halal kecuali yang beracun, memabukkan atau memudaratkan kesihatan.

6. Makanan Terubahsuai Genetik: Makanan/minuman yang mengandungi atau terhasil daripada Organisma Terubahsuai Genetik (GMOs) atau ramuan yang diperbuat daripada genetik haiwan yang halal adalah halal.

Sumber bahan ramuan yang haram.

Sumber bahan ramuan yang haram merangkumi bahan2 yang jelas dan bahan2 yang berpotensi menjadi haram.

  1. Bangkai2 merujuk  kepada haiwan yang mati bukan disembelih.
  2. Darah
  3. Babi dan anjing

Bahan2 yang berpotensi menjadi haram

  1. Lemak dan minyak: Lemak dan minyak banyak kegunaannya. Antaranya sebagai media penggoreng, shortening, anti pelekat, pelincir dan sebagainya. Lemak dan minyak boleh disebatikan. babi merupakan satu-satunya haiwan yang banyak lemak.
  2. Penstabil Gelatin: gelatin adalah sejenis pemekat/penstabil protein. Ia boleh diperolehi dari tisu connective haiwan seperti kulit dan pada tulang. Gelatin juga boleh dihasilkan daripada tumbuhan. Gelatin kebanyakannya digunakan di dalam gula2, jeli, coktal, aiskrim, kapsul dan bermacam2 lagi. Haiwan yang selalu digunakan untuk sumber gelatin ialah babi dan lembu. 99 peratus gelatin haiwan keluaran dunia dihasilkan daripada tulang babi.
  3. Pengemulsi mono di-gliserida: Berfungsi menahan perpisahan minyak dan air dalam emulsi. Mono di-gliserida diperolehi daripada lemak dan minyak (sayuran dan haiwan). Oleh itu, masalah halal haram akan timbul kepada sumber bahan mentahnya.
  4. Enzim rennet untuk mebuat keju: Sebelum ini, kebiasaannya renner diperolehi daripada enzim perut anak lembu yang telah dikeringkan. Enzim ini akan diekstrak dan digunakan untuk membuat keju. Oleh itu,  penyembelihan anak lembu mempunyai aplikasi halal haramnya. Kini enzim rennet juga boleh diperolehi daripada mikro-organisma (dipanggil rennilase).
  5. Asid lemak dan gliserol: digunakan sebagai kondisioner makanan dan juga dalam alat solek wanita. Oleh itu, status halal haramnya bergantung kepada sumber lemak dan minyak tersebut.
  6. Asid amino dan protein tambahan: Asid amino dan protein tambahan diperoleh daripada minyak dan lemak (sayuran dan haiwan). Olah itu status halal haram bergantung kepada sumber minyak dan lemak tersebut.
  7. Bahan pewarna makanan: Secara amnya, bahan pewarna yang diluluskan penggunaannya adalah halal dan selamat. Bahan pewarna ini diperolehi daripada tumbuhan, serangga dan proses bahan kimia. Ianya tidak halal atau bercampur dengan bahan yang tidak halal.

Daripada Abi Abdillah Al Nu’man Bin Bashir r.a berkata, Rasullulah S.A.W bersabda:

“Yang halal adalah jelas dan yang haram itu juga jelas, tetapi di antara kedua-duanya terdapat juga perkara yang belum jelas (syubhah) yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang”. – Riwayat: Bukhari dan Muslim

Kesimpulannya, penentuan status sesuatu bahan ramuan terutamanya dalam konteks teknologi pemprosesan makanan moden, maklumat, pengatahuan dan kepakaran yang tinggi serta kefahaman yang mendalam mengenai berbagai aspek teknologi tersebut adalah amat penting.

Tagged with:
 
About The Author

hazlan

Blog ini ditulis kebanyakannya adalah perkongsian berkenaan Teknologi Maklumat, Networking, Software, Hardware, Web Development, Graphic Designer, Programming, Kreativiti, Motivasi dan Inovasi. Biasanya aku praktikkannya dahulu baru aku publishkan di sini untuk perkongsian. Janganlah segan silu atau teragak – agak untuk mengeluarkan apa sahaja pendapat, buah fikiran dan idea masing2. Terima kasih banyak2 atas segala keperihatinan dan sokongan selama ini.

34 Responses to status halal dan haram dalam ramuan makanan

  1. Mrs.Ayie says:

    Isu yang sangat penting. Setiap yang kita makan, akan menjadi darah daging kita. Wajib untuk mengkaji tentang halal haram makanan yang nak dimasukkan dalam badan kita.

    * Nak beli ayam dan daging pun kena fikir daripada awal proses.
    Mrs.Ayie´s last [type] ..Antara

    • hazlan says:

      semasa aku berkursus berkenaan halal hub, antara ayam yang benar sah halal adalah ayamas… yang lain tak teringat la pulak….

  2. chii says:

    dats y kena hati2 dlm membeli makanan..kena check label..tp kalo nk diikutkan..brp ramai la yg rajin nak check2 bagai..bila da kuar kat mana2 artikel ttg ada kandungan gelatin cik ibab semua..baru nak gelabah

    *chii pun salah sorang gak..ahahha
    chii´s last [type] ..Mari2 jadi Pengikut Yang Setia -p

    • hazlan says:

      sebenarnya boleh check sms je kalau ianya meragukan kita samada halal ataupun haram… harap2 setiap product sentiasa terupdate

  3. Nine says:

    Terima kasih bro kongsi entri nih..detail…sebelum nih duk cari entri cam nih..sebab nak tahu sgt2, sebab selalu terpaksa lunch n makan malam kat luar…..tq2…

  4. Ali ridha says:

    Patutla anak muda zaman sekarang susah nak
    dengar kata.semua sebab makanan dan minuman.
    kita semua patut ada satu alat pengesan status
    Halal atau Haram.
    Ali ridha´s last [type] ..Sekolah ekor otak

    • hazlan says:

      tu la… kena ada dan buat teknologi macam tu… idea ni bro… kena pulak benda dah siap di hidang lagi tak nampak…

  5. wazy says:

    Baru-baru ni kecoh pasal isu halal di salah sebuah cafe di Kluang
    maklumat ni berguna untuk semua
    lepas ni kena hati-hati kalau nak makan di mana-mana terutama tempat yang kita ragu status halalnya
    wazy´s last [type] ..Passport Photo Studio

  6. Masalah sekarang ni rasanya terlalu banyak kedai-kedai bukan muslim yang kononnya menjual makanan halal. Kopitiam yang nulanya menjual roti bakar dan kopi panas dah berubah jual macam2.
    Sabahan Bloggers Club´s last [type] ..We are back

    • hazlan says:

      tu la tu…. rasanya pihak berwajib kena memainkan peranan yang lebih besar dan kalau boleh sentiasa memberitahu atau ada rujukan penuh jenama2 makanan halal ni…peringatan dalam pengiklanan contohnya… jadi kekeliruan akan mudah di kesan… sekadar pendapat…

  7. Masalahnya skrg ni susah nak bezakan antara yg halal dan haram akibat kelicikan dan kebijaksanaan peniaga yg tidak sensitiviti kpd agama… pakat hentam je & janji untung banyak…

    Cthnya isu telur, telus skrg pun ada yg tiruan… aiyooo… dunia moden zaman kini serba mencabar…
    aktechpage.com´s last [type] ..AdamFazicom- Blog Pelakon Jahat Taiko

    • hazlan says:

      tu la tu… yang jadi mangsa adalah umat islam… berita terbaru yang baru aku dapat telur yang dikatakan tiruan tu adalah telur asli… ermm

  8. zik says:

    nampaknya kena hati2 dalam pemilihan makanan nie… isu telur palsu sebenarnya dah lama ada di negara china…. dan sekarang nie baru detect pulak malaysia…
    zik´s last [type] ..Mustahil hidup tanpa hutang

  9. Syafrizal says:

    Satu isu yang sangat penting. Produk halal tanggungjawab bersama perlu diberi perhatian bagi semua umat Islam.
    Syafrizal´s last [type] ..Pemasaran email yang sangat berkesan

    • hazlan says:

      betul tu bro… sangat2 setuju…

      • Syafrizal says:

        Makin hari makin ramai yang lalai dalam menjaga halal dan haram makanan. Seeloknya perlulah kita prihatin tentang isu ini kerana ianya akan menjadi darah daging kita.
        Syafrizal´s last [type] ..Pemasaran email yang sangat berkesan

        • hazlan says:

          kini produk bukan islam dah mula berlumba2 ingin mendapatkan status halal produk mereka… mungkin kesedaran mereka tentang sensetifnya org islam tentang produk halal ni… terutamanya untuk mencapai keuntungan dalam penjualan barangan…. ikhlas ke tidak derang ni aku tak pasti la…

  10. Oh Malaysia says:

    Duduk kat negara orang ni, memang selalu cek ingredients dalam satu2 produk. Sebab x banyak produk ada tanda Halal.

    • hazlan says:

      kesiannya bro… kalau dah terjumpa pastinya kena beli stok banyak2 tu ro…huhuhu.. lainlah kalau dah darurat boleh makan apa sahaja…

  11. titan says:

    bagus. Aku suka baca benda-benda macam ni. Tambah ilmu sikit yang ciput ni.. :)
    titan´s last [type] ..Komisen kedua dari PanduanDplicom

  12. suri says:

    skrg nak amkan apa smeua pkir dua tga kli..klu makan kt umh mmg selamat..tapi dok pkir pula mkan yang kta bli kat pasar raya cthnay mkn dlm tin ke..mkn biskut ker, , bahan2 menath lain cam mi, bihun, kuet tiewa, sayur bt kita sukar nak pilih takut dema guna baja b.. tu semua bt kita ragu2..aduh…

  13. suri says:

    tu dugaan org islam nama duduk ngra islam tapi kene berhati2 smu bhn mkn baik yg mentah atau yg segera..

    bila dag duduk berbilang kaum jadilah bgi…ada makan merka jgn pula kita main belasah jer..kene gak tgok apa isi mkn dlmnya klu makn juga mkn yg haram mmg nak kena dgn hukum Tuhan

  14. Hisyam says:

    Semoga membawa keberkatan di hari jumaat ini, nice sharing. Thanks bro. Diharap semua mengambil iktibar sebab di atas segala pemakanan kerana apa yang kita makan tu akan menjadi darah daging kita, kalau baik pemakanan kita baiklah maka baiklah kita, kalau buruk, begitulah sebaliknya. Sekarang ni dah banyak universiti yang mencipta alat yang boleh mengesan penggunaan haram ni seperti unsur babi.
    Hisyam´s last [type] ..10 Website Memeriksa Kelajuan Blog

  15. anuarkarimz says:

    rujuk kpd kes di kluang, tak boleh percaya produk bukan Islam 100%. Skrg kita boleh dpt produk muslim yg dibuat oleh org Islam spt HPA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge