pembungkusan bijak

By | April 12, 2011

Apakah asas pertimbangan kita apabila membeli sesuatu produk makanan? Selain harga, sudah pastinya pembungkusan dan jenama juga menjadi kriteria utama kita dalam menilai sesuatu produk. Sesetengah jenama dengan pembungkusan produk amat sinonim dengan kehidupan seharian kita. Peranan pembungkusan yang menarik dan penjenamaan yang kukuh memberi impak yang besar dalam pemasaran produk.

Pembungkusan bijak adalah sistem pembungkusan yang bertindak secara persendirian, bijak dan fleksibel. Ia menawarkan pelbagai fungsi untuk semua kategori produk daripada makanan, perubatan, penjagaan diri, perkakas rumah dan sebagainya. Sistem ini mampu menawarkan pelbagai kemudahan kepada pelanggan kerana ianya kreatif, menjadi alat diagnostik, bijak, rekaan menarik, berfungsi dan meningkatkan teknik pembungkusan.

Pembungkusan bijak merangkumi:

  1. Mengekalkan rasa makanan, mengelakkannya daripada berubah rasa tengik atau berubah rasa dan tahan lebih lama.
  2. Meningkatkan lagi sifat produk seperti rasa, rupa, aroma dan tampak bergaya.
  3. Mekanisme bertindak balas secara aktif kepada produk atau pembungkusan.
  4. Komunikasi terus kepada pengguna mengenai maklumat barangan, sejarahnya dan keadaan barangan itu.
  5. Mudah dibuka dan ditutup dengan sempurna serta selamat.
  6. Jaminan ketulenan dan alat pengesan kecurian.

Antara jenis pembungkusan:

Structual packaging

  1. Consumer packaging inner: Bekas makanan atau bekas coklat di dalam kotak.
  2. Consumer packaging outer: Menggunakan blow mould – botol pencuci, pewangi, minyak pelincir, kotak dan beg plastik bertangkai.
  3. Transportation packaging: Biasanya digunakan untuk bertujuan menghantar produk menggunakan kenderaan – buah-buahan, botol dan sebagainya. Lazimnya dalam kotak kayu, kertas atau plastik.

Namun begitu, dalam pada para pengeluar berlumba-lumba menarik perhatian pengguna, ada suatu perkara yang tidak boleh mereka atau kita sendiri abaikan, iaitu tanggungjawab sosial terhadap alam sekitar. Penggunaan bahan plastik, kertas papan keras, logam dan kaca sebagai alat pembungkusan perlu digantikan dengan alternatif yang lain. Contohnya dengan penggunaan bahan2 mesra alam seperti serkam sebagai elemen utama inovasi pembungkusan.

Antara aspirasi pembungkusan yang kreatif:


56 thoughts on “pembungkusan bijak

  1. zik

    pembungkusan yang kreatif ini memberi mood yang bagus kepada customer untuk beli… mungkin naik dalam berapa percent… tapi bila tengok harga kalau2 agak mahal… tak jadi nak beli… huhu

    Reply
    1. hazlan Post author

      tu la kos nak buat pembungkusan lawa2 ni memang agak tinggi….

      Reply
  2. Sabahan Bloggers Club

    Packaging antara perkara utama yang menarik pembeli. Sekarang ni, produk Malaysia pun dah utamakan packaging. banyak dah packaging yang cantik-cantik designnya.

    Reply
    1. hazlan Post author

      kekadang pakaging biasa pun okey juga cuma grafik kenalah mantop sikit… yang penting tahap keselamatan juga diambil berat…

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhhuhu.. malaysia punya juga ada lelawa dan menarik2 belaka… insya-Allah aku cari dan letak pada masa akan datang

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu aku try nak test buat…. tapi tak menjadi… asyik rasa tak lawa je…

      Reply
  3. suri

    baru-baru ini akan mkn kat a&w amat suka dgn pembalutan malan beger mereka..kentang bergulung tu..nampk kemas dan mudah di guna dgn sebaiknya.. 🙂

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… memang design amat penting bagi tarikan sesebuah produk

      Reply
  4. chii

    seriusly,,style sgt..
    kadang2 ada org beli brg bukan sebab nk sgt pun,,tp sebab packagng nya lawa dan menarik ati. terutama skali kalo mcm perfume

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul2.. lagi2 perfume murah2 tapi packaging dia smart tu yang jadi tertarik… sebab nak kumpul packagingnya sahaja…

      Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu bro… pengguna islam kenalah berwaspada dengan status halal dan keselamatan makanan…

      Reply
  5. tips wisata murah

    pembungkus ini selain sering mengecoh komsumen juga berdampak negative pada alam. dan alternative serkam ini adalah solusi yang amat baik..

    Reply
  6. eddi88

    Sesuatu yang menarik, memang packaging yang kreatif dan menarik penting, strategi marketing yang bagus.

    Reply
    1. hazlan Post author

      cuma harga tu kena munasabah dengan bahan di dalamnya…

      Reply
        1. hazlan Post author

          🙂 huhuhu… tenung lamo tu cam ado idea lain tu…

          Reply
  7. Amirez

    wah, kreatif betul design.
    memang betul, design sangat main peranan untuk menarik perhatian bakal pembeli. ubat gigi colgate pun dah berapa kali tukar design 🙂

    Reply
    1. hazlan Post author

      tukar design kekadang cara mengikuti perkembangan semasa… asyik design yang sama tu pun kekadang mendatangkan rasa jemu…

      Reply
  8. Mrs.Ayie

    Selain cara pembungkusan yang relevan dan grafik yang cantik, lagi bonus kalau pembungkus tu boleh digunakan semula.

    (Suka perhatikan design botol minyak wangi. Macam-macam bentuk ada)

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhhu… botol minyak wangilah yang ramai org kumpul… padahal baunya lebih kurang je kekadang…

      Reply
  9. akubiomed

    Ada syarikat membelanjakan peruntukan yang banyak untuk pakej supaya ia presentable dan dapat menarik pelanggan membeli produk mereka

    Reply
    1. hazlan Post author

      dapat buat syarikat pembungkusan menarik juga rasanya ni…

      Reply
  10. penyubiru

    pembungkusan makanan mmg penting. sedap tak sedap tu blakang kira kan. tapi biasanya kalau bungkus cantik,mesti kandungan dlm tu pun sedap juga.

    Reply
  11. Syok Sendiri

    erm, cantik packaging dia orang design…

    sem ni aku kena buat something yg berkaitan dengan pertanian… mungkin boleh ubah rupa produk, material dll yg sesuai…

    pertama kali buat research, design, redesign dll… jadi work flow pun huru-hara dibuatnya…

    semoga sem depan dapat improve lagi… cara research dan cara kerja 😀

    Reply
  12. Hisyam

    Paling suka kalau pembungkusan tu kemas, rapi dan cantik. Kalau bungkus pun cacamarba nak beli pun fikir banyak kali.

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul2… kalau cacamerba menampakkan isian makanannya pun macam cacamerba juga…

      Reply
  13. tehr

    ada juga yang beli sesuatu produk kerana hendakkan bekas/pembungkusnya yang cantik
    pelik juga

    Reply
    1. hazlan Post author

      dah sifat dan lumrah manusia kot suka yang cantik2 dan indah2 belaka…

      Reply
  14. ishak

    bila baca entri nie..aku teringat cabaran yang aku dapat bila disuruh membuat assigment mereka bentuk pembungkusan untuk produk biskut ketika aku ditahun kedua time belajar graphic di koleh antara bangsa teknologi lanjutan sarawak duu

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… kalau di perhati macam mengenyit mata la pulak….

      Reply
  15. wazy

    Memang menarik gaya pembungkusan tu
    salah satu faktor juga untuk menarik perhatian pembeli

    Reply
    1. hazlan Post author

      ada juga pembungkusan yang tak terpikir pun oleh kita…. ish2 derang ni…

      Reply
  16. nadia osman

    saya mencari packaging untuk minyak wangi….ada x desgin kotak yang sesuai dengan minyak wangi yang hendak saya buat..

    Reply
    1. hazlan Post author

      aku boleh buat packaging minyak wangi tu… cumanya berbayar laaa… huhuhuu…

      Reply
    1. hazlan Post author

      bayaran design tak la mahal pun (kalau mintak aku design), tapi bergantung juga pada design tu… contohnya kalau nak 3D dah tentu banyak sikit kena bayar…

      Reply
  17. schipol

    No tepon..wasap letakla..senang nk hubungii..tepon saya sb saya nk tau pasal pembungkusan popkon…

    0176790263

    Reply
    1. hazlan Post author

      aik… maaf sangat2 aku cuma kongsikan jer… tapi aku bukannya pembekal pembungkusan… tp utk design pembungkusan bolehlah…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *