apakah yang difahami dengan situasi ini?

By | April 18, 2011

Apakah yang boleh cuba kita fahami dengan pengisian situasi yang di tulis dibawah ini?

  1. Jika kamu mahu berinteraksi secara berkesan dengan aku, untuk mempengaruhi aku atau sesiapa sahaja kenalan, kamu perlu memahami aku dahulu. Kamu tidak boleh lakukan itu dengan teknik sahaja. Jika aku dapat mengecam kamu sedang menggunakan teknik tertentu, aku akan mengecam juga dengan penipuan dan manipulasi. Aku akan meragukan niat kamu. Oleh itu aku tidak akan merasa selamat untuk berterus terang dengan kamu.
  2. Jawapan sebenar kepada pengaruh kamu terhadap aku ialah tauladan kamu, perangai kamu yang sebenar. Tauladan kamu mengalir daripada akhlak kamu, atau daripada keperibadian kamu – bukan tanggapan orang lain terhadap kamu atau apa yang kamu harap adalah tanggapan aku terhadap kamu. Hal ini nyata dalam cara bagaimana aku mengalami kamu sebenarnya.
  3. Akhlak kamu sentiasa bersinaran dan berkomunikasi. Daripadanya, pada jangkamasa panjang, aku akan mengikut desakan hati sendiri samada hendak mempercayai atau tidak mempercayai kamu dan daya usaha kamu dengan aku.
  4. Jika kehidupan kamu sentiasa berubah-ubah, jika kamu bertindak keras dan murah hati dan terutamanya jika perlakuan peribadi kamu tidak selaras dengan perlakuan umum kamu, adalah sukar untuk aku bertindak terbuka terhadap kamu. Sungguhpun aku akan rasa seperti mahu dan perlu menerima kasih sayang dan pengaruh kamu, aku tidak akan rasa cukup selamat untuk mendedahkan pendapat, pengalaman dan perasaan aku. Siapakah yang akan tahu apakah yang akan berlaku?
  5. Akan tetapi, kecuali jikalau aku berterus terang dengan kamu, kecuali jikalau kamu memahami aku dan situasi serta perasaan unik aku, kamu tidak akan tahu bagaimana hendak menasihati aku. Apa yang kamu perkatakan itu adalah baik dan bagus, tetapi tidak akan mempunyai makna bagi aku.
  6. Kamu mungkin kata kamu menyayangi dan menghargai aku. Aku benar2 mahu mempercayai itu. Namun, bagaimanakah kamu boleh menghargai atau sedangkan kamu tidak mempercayai aku pun? Aku hanya ada kata2 kamu dan aku dapat mempercayai kata2 sahaja.
  7. Aku mungkin terlalu marah dan defensif – mungkin aku rasa terlalu serba salah dan takut – untuk menerima pengaruh, sungguhpun dalam hati aku, aku tahu aku perlukan nasihat kamu.
  8. Kecuali jikalau kamu dipengaruhi oleh keunikan aku, aku tidak akan dipengaruhi oleh nasihat kamu.

p/s: Situasi di diatas tidaklah berkaitan atau pun ditujukan kepada sesiapa sekadar bacaan untuk minda sahaja.

19 thoughts on “apakah yang difahami dengan situasi ini?

  1. Mrs.Ayie

    Assalamualaikum.

    Kita berusaha untuk menjadi pendamping yang terbaik, terserahlah kepada orang yang menerimanya sama ada mahu menerima atau menolak.

    Reply
    1. hazlan Post author

      waalaikumusalam… oh jgn ada pendamping paranormal sudahlah… huhuhuhu

      Reply
  2. Fahmi Raazali

    hehe… aku boleh dikatakan tak faham dengan ayat2 kat atas… dengan sekali baca… 😀

    “what you give, you will get it back…” dalam berkawan itulah yang berlaku… nak orang layan kita baik, kita kena layan orang dengan baik… nak orang hormat kita, kita kena hormat orang juga… 🙂

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… setuju benar tu… terutamanya dalam pelbagai situasi yang sangat2 diperlukan…. seperti bos dan pekerja, keluarga dan anak, peniaga dan pelanggan… dan macam2 lagi…

      Reply
  3. wazy

    rasa-rasanya saya faham la ayat kat atas tu
    kalau dalam persahabatan,memang kena jaga betul-betul hati kawan kita begitu juga dengan bakal pasangan sehidup semati

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… hampir2 tepat tapi boleh di kategorikan juga tu…

      Reply
  4. ss

    jgn slah menyusun kta baik dri shbat pada org lain.. sb tak semua org yg kita kenla dan nak rapat akan mmberikan respon yg sama pada kita heeee..

    byk mksud tu kena huraikan satu persatu hoooo

    Reply
  5. aktechpage.com

    Huh… mendalam ayat2 di atas, pening jgak nak memahaminya..panjang sangat…
    Cuma dalam kehidupan manusia ni, bukan senang nak memahami org lain dan juga membuat org memahami kita, pepatah yg selalu aku guna ialah:

    “Jika kita tidak boleh menyenangkan org lain, jangan menyusahkan org lain”

    Reply
  6. titan

    kalau masuk blog ko, mesti aku kena kosongkan minda aku jap. baru aku faham apa ko tulis. hehe..

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu.. apapun terima kasih banyak2 kerana sudi juga membaca tulisan ni… p/s: tengah nak belajar buat posting ringkas2 pulak…

      Reply
  7. zik

    pendirian diri kita jangan dipengaruhi oleh orang lain.. kena berfikir terlebih dahulu sebelum membuat keputusan..

    Reply
    1. hazlan Post author

      win-win situation adalah lebih baik rasanya…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *