pusat prinsip

By | August 9, 2011

Dengan memusatkan kehidupan kita pada prinsip yang betul, kita membina dasar yang kukuh bagi perkembangan penyokongan hidup.

Keselamatan kita berasal daripada pengatahuan bahawa, tidak seperti pusat lain yang berdasarkan orang atau perkara yang tertakluk kepada perubahan yang kerap dan semerta, prinsip atau perkara yang betul tidak berubah. Kita dapat meletakkan harapan kepadanya.

Prinsip tidak bertindak balas dengan apa pun. Prinsip tidak marah dan melayani kita dengan cara lain. Prinsip tidak menceraikan kita atau melarikan diri dengan sahabat karib kita. Prinsip tidak berniat hendak melukakan hati kita. Prinsip tidak melapik laluan kita dengan jalan pintas dan penyelasaian lintas. Prinsip tidak bergantung kepada tingkah laku orang lain, persekitaran atau kegemaran semasa untuk pengesahan. Prinsip tidak mati. Prinsip tidak berada di sini suatu hari dan menghilang pada esoknya. Prinsip tidak dimusnahkan oleh api, gempa bumi atau kecurian.

Prinsip adalah kebenaran mendalam dan asas, kebenaran klasik, pembawah rata genarik. Prinsip adalah benang yang teranyam ketat yang timbul tenggelam secara tepat, konsisten, indah dan kuat dalam struktur hidup kita.

Sungguhpun kita berada di tengah-tengah orang atau keadaan yang kelihatan mangabaikan prinsip ini, kita tetap mengatahui bahawa prinsip adalah lebih kuat daripada orang atau keadaan, dan beribu-ribu tahunsejarah telah membuktikan prinsip ini Berjaya berkali-kali. Yang lebih penting, kita tetap mengatahui bahawa kita dapat mengesahkan prinsip dalam kehidupan kita dengan pengalaman kita.

Tidak dapat dinafikan, kita tidak tahu segala-galanya. Pengatahuan dan pemahaman kita tentang prinsip yang betul adalah terhad oleh kurangnya kesedaran tentang sifat sebenar kita dan dunia di sekeliling kita dan oleh banjiran falsafah dan teori semasa yang tidak selaras dengan prinsip yang betul. Idea ini mempunyai musim penerimanya, tetapi seperti banyak idea sebelumnya, idea ini tidak kekal kerana dibina pada dasar yang salah.

Kita terbatas, tetapi kita boleh menolak balik sempadan batasan kita. Pemahaman tentang prinsip pertumbuhan kita sendiri membolehkan kita mencari prinsip betul dengan keyakinan bahawa semakin banyak kita belajar, semakin jelas dapat kita fokuskan lensa yang kita gunakan untuk melihat dunia. Prinsip tidak berubah Cuma pemahaman kita tentangnya berubah.

Kebijaksanaan dan panduan yang mengiringi kehidupan berpusatkan prinsip datang daripada peta yang betul, daripada kebenaran perkara masa kini, masa silam dan masa depan. Peta yang betul membolehkan kita melihat dengan jelas ke mana kita hendak pergi dan bagaimana kita dapat sampai ke sana. Kita membuat keputusan kita dengan menggunakan data yang betul yang dapat menjadikan perlaksanaannya wujud serta bermakna.

Kuasa peribadi yang datang daripada kehidupan berpusatkan prinsip ialah kuasa individu yang menyedari diri, berpengatahuan, proaktif, tidak dihalang oleh sikap, tingkah laku dan tindakan orang lain atau oleh kebanyakan keadaan dan pengaruh persekitaran yang menghadkan orang lain.

Had sebenar kuasa ialah akibat semulajadi prinsip sendiri. Kita bebas memilih tindakan kita, berdasarkan pengatahuan kita tentang prinsip yang betul, tetapi kita tidak bebas memilih akibat tindakan itu. Ingat,

“jika memilih satu hujung kayu maka kita juga memilih hujung yang satu lagi”

Prinsip sentiasa  disertakan dengan akibat semulajadi. Ada akibat positif apabila kita hidup selaras dengan prinsip. Ada akibat negatif apabila kita tidak memperdulikannya. Namun, kerana prinsip ini digunakan oleh semua orang, samada mereka sedar atau tidak, had ini sejagat. Lebih banyak kita tahu tentang prinsip yang betul, lebih luaslah kebebasan peribadi kita untuk bertindak dengan bijak.

19 thoughts on “pusat prinsip

  1. Pingback: pusat prinsip

  2. Fahmi

    prinsip diri berkait rapat dengan keperibadian seseorang… selalunya prinsip diri sering membawa kepada kebaikan asalkan ianya mengikut syarak.

    Tapi ada juga prinsip hidup seseorang tu menyusahkn orang lain… -_-‘)

    Reply
    1. hazlan Post author

      setuju tu bro ada juga orang yang macam tu.. suka menyusahkan orang lain….

      Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu.. lebih2 lagi prinsip dalam diri,kehidupan,agama (pegangan),rakyat,negara memang sangat2 penting dan perlu…

      Reply
  3. zik

    biarpun mempunyai pelbagai prinsip… yang penting asasnya jangan kita lupa kepada perkara asas…kalau hidup takda prinsip.. selalu ubah2 ikut orang ..itu susah tuh… nanti nak buat keputusan pun kena mintak orang lain fikirkan.. walaupun benda tuh remeh jer.. melainkan keputusan yang paling sukar dalam hidup…

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu zik.. kalau berniaga pun kena ada prinsip.. kalau tak memang lingkup…

      Reply
  4. puanbee

    Ada akibat positif apabila kita hidup selaras dengan prinsip. Ada akibat negatif apabila kita tidak memperdulikannya.

    saya suka .. namum ramai yanag endah tk endah dengan prinsip ini.. bukan dalam hidup je ..dalam apa saja kelakuan kita setiap hari 🙂

    Reply
    1. hazlan Post author

      mungkin boleh dikatakan juga seperti soal hati manusia itu sendiri… huhuhuhu

      Reply
  5. Mrs.Ayie

    Prinsip itu kekuatan jiwa, yang membuatkan diri tidak mudah terpesong dalam hidup. Kena tegas dan bijaksana dalam prinsip, jangan menegaskan prinsip tanpa rasional 🙂

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu… harap kebanyakannya prinsip2 yang positif saja…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *