panduan menghadapi temuduga

By | May 27, 2011

Be honest !

Proses temuduga adalah paling penting ketika memohon sebarang jawatan dalam pekerjaan. Potensi dan kebolehan diri calon dinilai oleh bakal majikan, agar sesuatu jawatan yang telah ditawarkan tidak terlepas ditangan orang lain, dengan peluang keemasan inilah calon-calon dapat untuk mempromosikan diri.

Reaksi yang pelbagai kadangkala salah satu faktor calon kehilangan jawatan yang dipohon walaupun kelayakan menepati ciri2 yang telah ditetapkan oleh majikan. Disampaikan di sini beberapa panduan menghadapi temuduga,  antaranya adalah menjauhkan beberapa:

Risiko gagal temuduga

  1. Sikap ambil mudah ketika menghadiri sesi temuduga kerana keyakinan calon mampu memperolehi jawatan itu sehinggakan temuduga dirasakan sekadar perbualan biasa.
  2. Perasaan “seram sejuk” apabila tiba untuk ditemuduga sehinggakan rasa gementar, ini boleh mempengaruhi tumpuan menjawab soalan yang diajukan dengan sempurna dan baik.
  3. Elakkan resume yang terlalu panjang dengan pelbagai maklumat tidak berkaitan, cukup sekadar hanya 2 muka surat sahaja atau kurang tetapi pengisian maklumat di dalamnya ringkas dan padat.
  4. Tidak memperdulikan ketepatan masa, etika pemakaian, penampilan dan kekemasan serta kesalahan kecil sepanjang proses temuduga perlulah dititikberatkan.
  5. Sikap tidak berhati-hati ketika mengeluarkan perkataan dan ketika menjawab sebarang soalan yang diutarakan penemuduga kerana semuanya akan dinilai. Sebaliknya, berfikir sebaik mungkin sebelum membalas percakapan dan soalan.
  6. Sifat yang ditonjolkan tidak sentiasa berfikiran terbuka bagi penemuduga  yang bersikap kasar dan anggap sahaja kemungkinan sikap kasarnya itu adalah sebagai satu ujian samada calon mampu bekerja dalam tekanan kerja yang tinggi serta bijak berhadapan dengan pelbagai ragam.
  7. Penuh dengan sikap berkeyakinan dan tidak terganggu ketika menjawab soalan yang diajukan walaupun berhadapan dengan situasi sukar kerana membantu penemuduga melihat calon sebagai seorang profesional, matang dan boleh diharap tidak diterapkan.
  8. Kebiasaannya calon juga boleh mengutarakan soalan yang boleh membantu menimbulkan minat penemuduga dalam sesi temuduga dan peluang ini tidak digunakan dengan pelbagai soalan yang berkualiti.
  9. Kekalkan sikap bersopan-santun sepanjang sesi temuduga biarpun telah diasak dengan komen kasar termasuklah ketika meninggalkan bilik temuduga tidak dilakukan.
  10. Tidak membuat persediaan awalan dan latihan untuk berhadapan dengan pelbagai kerenah dan sikap penemuduga terutamanya yang cerewet. Ini dapat membina keyakinan dan menyediakan diri untuk berhadapan dengan sebarang situasi negatif dengan tenang terutamanya ketika berada dalam bilik temuduga.

18 thoughts on “panduan menghadapi temuduga

  1. decrewz

    bab temuduga ni yang ssh sikit.. Nampak macam mudah, tapi bila dah dduk kat kerusi, sealanya jadi blank..hu3

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul juga tu… satu hal juga kalau persediaan dah cukup tapi realiti belum tentu semuanya menjadi mudah…

      Reply
    1. hazlan Post author

      wah tambahan yang baru… tq2… aku sendiri pun tak pernah buat cam gini … huhuhu

      Reply
  2. wazy

    seram sejuk,gementar dan gugup memang tak lari masa temuduga ni
    cara yang mudah,kena buat persediaan awal dan juga perbanyakkan selawat
    Insya Allah,jika ada rezeki kita berjaya dalam temuduga tersebut

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu… selawat juga dapat menenangkan hati…

      Reply
  3. Nine

    Org yang duk temuduga suka tengok temuduga seorang yang yakin bila di tanya soalan..salah satu faktor untuk lulus ….

    Reply
    1. hazlan Post author

      terdetik idea nak buat demo temuduga secara video… tq2 bro…

      Reply
  4. aktechpage.com

    Temuduga ini bukan shj digunakan utk mendapatkan kerja sahaja, ttp juga digunakan utk kenaikan pangkat.

    Yg paling penting sekali ialah sentiasa tenang semasa ditemuduga, jgn terlalu gelabah & risau…

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu.. betul2 tu… lebih2 dalam kenaikan pangkat yang memastikan juga kenaikan gaji…

      Reply
  5. titan

    dulu..pernah aku blank bila tak dapat nak jawab soalan. last-last aku cakap..maaf. saya memang tak tahu..

    sengih aje pakcik bertiga tu..itu aje satu soalan aku tak dapat jawab. alhamdulillah..aku dapat jawatan tu. haha..keje biasa-biasa aje masa tu.hehe..

    Reply
    1. hazlan Post author

      salah satu cara juga ni… yang pasti penemuduga telah nampak kejujuran kita…

      Reply
  6. si banyak kelemahan

    erm, betul tu semua komen2 kat atas ni. Tapi saya ni dh ada keyakinan tpi keyakinan itu hilang sebabkan markah2 lama saya yg lama yg perlu di lmpirkan dlm tu. automatik para penemuduga tu akan expect yg buruk dah pasal saya. wlupun ianya adalah mock interview jaa tpi dpt mrkh jugak. saya rasa sgt lemah dan tkda keyakinan lagi2 nk speaking fluent english. uishhhh, malunya nnti! saya jugak pemalu sikit, mslh betul.

    Reply
    1. hazlan Post author

      oh… memang tak mudah untuk melaksanakannya dalam tempoh masa terdekat… harap2 akan datang dapat diatasi masalah tu… insya Allah

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *