membuat dan menunaikan janji

By | May 20, 2011

Tiada yang menghancurkan kepercayaan sepantas membuat janji dan memungkiri sebuah janji. Sebaliknya, tiada apa yang boleh membentuk dan memperkuatkan kepercayaan yang lebih tinggi dari menunaikan janji yang telah dibuat.

Ia amat mudah untuk membuat janji. Ia selalunya memuaskan hati orang lain dengan pantas, lebih2 lagi apabila mereka berasa tertekan atau runsing akan suatu perkara yang mana mereka memerlukan penyelesaiaan. Apabila mereka berasa seronok dengan janji iitu, mereka mula menggemari dan kita memang suka untuk digemari.

Apa yang kita ingin dengan sepenuh hati kita mudah untuk mempercayai. Pelbagai jenis manusia telah ditipu untuk membuat rundingan dengan perjanjian oleh kerana mereka terlalu inginkan sesuatu sehingga mereka mempercayai apa sahajapenjelasan, cerita ataupun janji yang membolehkan mereka mendapatkannya. Mereka tidak menghiraukan maklumat2 negatif dan terus mempercayai apa sahaja.

Tetapi menunaikan janji amatlah sukar. Ia selalunya melibatkan satu proses pengorbanan yang menyakitkan, terutamanya apabila mood seronok membuat janji tersebut telah berlalu atau realiti2 yang sukar timbul atau keadaan berubah.

Aku telah melatih diri agar untuk jangan berkata “jangan” menggunakan perkataan janji melainkan aku telah cukup bersedia untuk berusaha dengan gigih dan menunaikannya, terutama sekali dengan anak2 aku. Mereka selalu meminta untuk aku berjanji, sekiranya aku berjanji mereka akan berasa tenang kerana mengatahui aku akan melaksanakannya, seakan-akan mereka akan mendapatkan apa yang mereka inginkan sekarang. Tetapi banyak kali aku hampir tergoda untuk berkata “aku janji” hanya untuk memuaskan mereka dengan cepat dan utuk berasa tenang pada masa itu. “aku akan berusaha” atau “itu matlamat aku” atau “aku harap” tidak akan memuaskan mereka. Hanya “aku berjanji” akan memuaskan mereka.

Kadangkala apabila keadaan yang diluar kawalan aku berubah, aku akan meminta anak2 aku untuk memahami dan melepaskan aku dari janji yang telah aku buat. Dalam banyak keadaan mereka akan memahami dan melepaskan aku. Tetapi anak2 kecil aku selalunya tidak memahami. Walaupun mereka berkata mereka melepaskan dan membebaskan aku dari janji tersebut secara intelektual, secara emosinya mereka tidak melepaskan aku. Jadi aku akan menunaikan janji tersebut melainkan sekiranya adalah sesuatu yang tidak bijak untuk dilakukan. Didalam keadaan tersebut aku terpaksa hidup dengan kepercayaan yang berkurangan dan berusaha untuk membinanya kembali dengan perlahan-lahan dalam cara yang berlainan.

Begitu juga sekiranya seorang majikan yang berjanji dengan pekerjanya. Apakah korang rasa sekiranya majikan kita telah sentiasa berjanji tetapi tidak langsung ditunaikan olehnya? Adakah boleh dikatakan majikan ini seorang penipu? Para majikan jangan mudah berjanji kalau tak mampu nak ditunaikan….

Pernah aku tulis berkenaan janji sebelum ini di sini: Mana lu punya janji?

11 thoughts on “membuat dan menunaikan janji

  1. mankuchai

    Bab Janji ni memang susah sikit nak cerita….terutama dengan anak2…mereka ingat dan hampir setiap hari mereka buat follow-up dengan kita.

    Reply
    1. hazlan Post author

      kekadang anak2 minta berjanji secara paksa… huhuhu tu yang kekadang adussss….

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… tak melayu hilang didunia dengan trademark janji melayu ni…. ish2, mintak2 cuba2lah hilang2kan…. huhuhuhu

      Reply
  2. Nine

    geng ex skool dulu, diorang nak buat reunion raya kedua nanti…so janji diorang akan balik Perlis..so aku pun janji…kena kota janji tu…kalo tak org tak caya….

    Reply
    1. hazlan Post author

      semoga tiada aral melintang… biasanya kalau aku plan awal2 payah betul nak jadi…

      Reply
  3. Affan

    bro ni memang seorang penulis ke? hehe.

    penghayatan mendalam ni. suka terutamanya bahagian janji dengan anak2.
    Ramai ibubapa sewenang2nya mungkir janji dengan anak2, tanpa mereka sedari itu adalah “amanah” yang perlu ditunaikan. Anak2 mungkinterdidik dengan sikap kita jika kita suka mungkin janji.

    Reply
    1. hazlan Post author

      penulis sebenar tu tidaklah bro…cuma minat dengan motivasi diri adalah… terima kasih dengan penambahan dan satu nasihat juga pandangan yang baik…

      Reply
  4. wazy

    Masih teringat lagi pesanan arwah nenek
    kalau kita buat janji kena la kotakan,tak kisah la kalau terlambat dan yang paling penting janji tu kita tunaikan atau tertunai juga
    sampai sekarang masih lagi terngiang-ngiang kata-kata dari arwah tu

    Reply
    1. hazlan Post author

      walaupun sudah tiada… pesanan itu amat bermakna… al-Fatihah untuk arwah nenek wazy…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *