suara hati

By | February 28, 2011

Kalau diperhatikan tajuk aku kali ini macam jiwang rasanya. Namun apa yang aku mahu kongsikan bukanlah kearah sifat jiwang tapi pengenalan sifat pada minda dan diri sahaja. Ini adalah tentang kepentingan khusus tentang tajuk berkenaan suara hati. Terdapat banyak bukti yang menunjukkan suara hati, kepekaan moral, cahaya di dalam diri ini, adalah sebagai satu fenomena sejagat. Sifat kerohanian atau moral manusia adalah bebas dari agama atau sudut2 keagamaan, budaya, kedudukan geografi, bangsa ataupun kaum. Tetapi kesemua budaya keagamaan yang besar di dunia yang bertahan lama adalah bersatu mengenai prinsip2 atau nilai2 yang paling asas.

Suara hati adalah hukum2 moral di dalam diri. Ianya adalah tindakan hukum2 moral dan tingkahlaku. Ramai yang mempercayainya, seperti juga aku, bahawa ia adalah suara Tuhan kepada hamba2nya. Mungkin ada orang lain yang tidak mempercayainya tetapi mengenali bahawa terdapat perasaan semulajadi kepada kebaikan dan keadilan, kepekaan semulajadi tentang yang betul dan salah, tentang apa itu kebaikan dan apa itu kezaliman, tentang apakah yang menyumbang dan apa yang mengurangkan, apakah yang mengindahkan dan apakah yang menghancurkan, apakah yang benar dan apakah yang tidak benar. Memang diperakui, bahawa budaya memperterjemahkan kepekaan moral asas ini kepada pelbagai jenis adat resam dan perkataan, tetapi terjemahan ini tidak menafikan unsur2 yang tersirat tentang apa yang betul dan apa yang salah.

Dalam pengalaman pekerjaan aku di pelbagai jenis dan bentuk pengsektoran yang mempunyai agama2 dan budaya2 yang berbeza, aku melihat suara hati sejagat ini didedahkan berulangkali. Memang terdapat satu set nilai, seperti keadilan, kejujuran, hormat dan sumbangan yang merentasi perbezaan budaya; sesuatu yang kekal abadi, yang merentasi zaman dan juga terbukti dengan sendirinya. Sekali lagi, ianya terbukti dengan sendirinya sepertimana kepercayaan memerlukan sifat boleh dipercayai.

Suara hati adalah pengorbanan iaitu mengenepikan diri sendiri atau ego kepada tujuan, perjuangan atau prinsip yang lebih tinggi. Pengorbanan sebenarnya bermakna melepaskan sesuatu yang baik untuk sesuatu yang lebih baik. Tetapi di dalam pemikiran orang yang melakukan pengorbanan, sebenarnya tiada pengorbanan berlaku ianya hanya untuk sipemerhati melihat sebagai satu pengorbanan.

Pengorbanan datang didalam pelbagai bentuk kerana menunjukkan bentuknya didalam empat dimensi kehidupan kita: melakukan pengorbanan fizikal dan ekonomi (badan); menyemai pemikiran terbuka dan ingin tahu dan membuang sikap prejudis dari dalam diri (minda); menunjukkan sikap hormat yang mendalam dan kasih kepada orang lain (hati); dan mengenepikan kehendak peribadi kepada kehendak2 yang lebih tinggi untuk kebaikan yang lebih agung (kerohanian).

Suara hati mengajar kita bahawa matlamat dan cara tidak boleh dipisahkan, iaitu matlamat sebenarnya telah wujud didalam caranya. Cara yang digunakan untuk mencapai matlamat adalah sama penting seperti matlamat tersebut, jadi matlamat menghalalkan cara.

Suara hati mengubah wawasan, disiplin dan semangat dengan mendalam sekali dengan cara memperkenalkan kita kedunia perhubungan2. Ia menggerakkan kita dari tahap kebebasan kepada tahap saling pergantungan. Apabila ia berlaku, semuanya akan berubah.Wawasan dan nilai mesti dikongsi bersama sebelum orang boleh menerima dengan rela struktur2 dan sistem2 yang diinstitusikan secara disiplin, yang mengandungi nilai2 bersama didalamnya. Wawasan bersama yang dikongsi itu akan mewujudkan disiplin dan peraturan tanpa perlu dituntut. Suara hati akan menjawa persoalan mengapa, wawasan akan menjelaskan apa yang kita cuba capai, disiplin merupakan bagaimana kita akan mencapainya, dan semangat merupakan kekuatan perasaan dibelakang mengapa, apa, dan bagaimana.

Akhir sekali, suara hati mengubah kepada belas kasihan. Ia menimbulkan perasaan bertanggungjawab yang ikhlas kepada orang lain, kombinasi simpati dan empati, dimana kesengsaraan orang lain dikongsi dan diterima. Belas kasihan adalah bagaimana semangat disampaikan dengan cara saling pergantungan. Apabila manusia berusaha hidup berasaskan suara hati, ia akan menghasilkan intergriti dan ketenangan jiwa. Tetapi janganlah terlalu mengikut  suara hati barangkali suara syaitan untuk menyesatkan umat manusia. Jika tiada jawapan berdoalah kepada-Nya mudah2an diberikan petunjuk. Insya Allah.

29 thoughts on “suara hati

  1. diden

    takpe bro.. kelainan yang macam nilah membuatkan aku terus nak tahu dgn lebih mndalam hoho dsamping info tentang pengkomputeran yang bnyak trdapat kat sini..

    suara hati.. ak bnyk bcakap dalam hati brbding ckp di luar hek3..

    Reply
        1. hazlan Post author

          harap dapat di fahami… kekadang aku tulis org agak sukar nak paham.. macam syok sendiri pun ada… ya ke? perasan aku je kot….

          Reply
          1. suri

            hee.. suri antara 70/100 lain bawa angin adoi.. oklah dok le sush, yg sush sb kita tak biasa dgn coading tu ker, benda2 cam elektrikal cam tu ar..

            Reply
            1. hazlan Post author

              huhuhu… bab2 koding dan elektrikal ni la feveret aku… kalau bab management mungkin masih perlu banyak lagi harus belajar …

  2. tips wisata murah

    kata imam syafi’i. hati itu tempatnya ilmu pengetahuan..sedang Baginda Rosul SAW bersabda “…………………… bila sakit segumpal darah itu,maka akan sakit seluruh badan.dan segumpal darah itu adalah hati..” DOS bila suara hati yang keluar dari hati yang sehat,akan menyegerkan seluruh badan yang mendengarnya. begitu pula sebaliknya… Ini artikel yang yang positif, yang wajib dikaji oleh insan yang membacanya…syukran sob..barokallah

    Reply
  3. Sabahan Bloggers Club

    Lain pulak cerita blog ini hari ni? 😮
    Semua orang ada suara hati yang penting kemanakah perginya suara hati kita itu nanti. Adakah kita akan memendamnya atau meluahkannya?

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu bro… terpulang pada situasi dan keadaan juga kekadang… ada perkara perlu diluahka dan ada yang tak perlu…

      Reply
  4. Pingback: Komuniti Blogger » Suara hati

  5. suri

    salam isnin bro
    ingatkan bro dah bukak satu section agama tadi 🙂

    layan gak sampi menusk dlm hati hee..

    ada hati perlu d jaga..bgtu juga hati kita sndri perlu slu di isin dgn nilai ng baik..zkir yang molek..

    jgn di kotori hati kelak gelaplah ia seluruh hati kita..

    p/s:terbaiklah bro!

    Reply
    1. hazlan Post author

      tq suri… huhuhu… soal hati kekadang susah nak diperkatakan… namun diri sendiri yang tahu menilaikannya….

      Reply
      1. hazlan Post author

        lap top tengah dalam sepital.. semua doc ader kat dalam tu.. ada banyak tutor nak di ketengahkan dah terbantut…

        Reply
        1. suri

          huu.. tak per sabar pas ni sambung bljar lagi..skit2 lama2 byk ilmu dpt kt cini..walau tak byk tapi faham tu kira oklah heee..

          Reply
  6. fikryn

    Salam..
    Aku rasa macam dah tersalah masuk blog.. 🙂
    bila hati bersuara, minda menapis kebenarannya, mulut pun berkata-kata dan jari menzahirkannya.. maka terpaparlah di blog kita.

    Reply
  7. dnoBiz

    Aku terkompius tadi..
    bab suara hati ni agak susah aku nak komen, tapi kekadang aku selalugak ikut suara hati dalam buat keputusan, terutama untuk perkara yang aku takdapat nak buat pilihan…,
    Ps : Suara hati sang ibu banyak membantu aku dalm buat keputusan..

    Reply
  8. wazy

    kita sebagai blogger ni luahkan apa yang ada di dalam hati kat blog
    kira ni la suara hatinya

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… betul2… kekadang suara hati org lain fikir kita sebagai blogger cuma nak duit je…

      Reply
  9. aktechpage.com

    Kadang2 dlm membuat sesuatu keputusan, kita perlu juga mendengar SUARA HATI kita dengan berpandukan pemikiran yg logik dan waras… jangan hentam kromo je dgt SUARA HATI krn kadangkala ianya lebih kepada NAFSU…

    Jd berhati-hati la …

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu bro… hati2 dengan apa yang kita rasa sebenarnya…. bijaklah memilih suara hati kita…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *