memasang xampp pada linux

By | February 11, 2011

Sebelum ini aku pernah memberi tutorial bagaimana memasang wordpress di dalam windows. Di situ aku sediakan sekali cara pemasangan xampp di dalam windows. Boleh rujuk di sini: Memasang dan mencuba sendiri wordpress – localhost. Kali ini aku ingin memberi tutorial bagaimana memasang xampp pada linux. Untuk makluman tutorial ini adalah menggunakan Ubuntu 10.04.1 LTS (Lucid Lynx). Walaupun Ubuntu 10.10 (Maverick Meerkat) sudah lama di lepaskan namun aku mungkin akan menunggu versi LTS yang seterusnya. Untuk yang sudah lama menggunakan linux lebih2 lagi ubuntu mungkin sudah biasa dengan cara penggunaannya. Bagi yang baru berjinak-jinak dan mengenali linux adalah satu kemestian untuk mempelajari sesuatu yang perlu dan baru tentang dunia penggunaan linux ini.

Penggunaan perisian gabungan seperti xampp samada di dalam Linux, Window, Mac OSX dan Solaris adalah untuk melakukan pembangunan  juga applikasi web secara peribadi (localhost). Ini mampu dilakukan dengan cepat dan teratur berbanding terus menerus di dalam sistem server hosting itu sendiri. Di mana proses melakukan perancangan, baik pulih, penambahan, pembahagian dan pelbagai lagi mampu di lakukan. Setelah selesai keseluruhan proses itu baru boleh di muat naik kedalam host untuk tatapan umum.

Pemasangan XAMPP di dalam Linux:

Permulaan sekali apa yang perlu di lakukan adalah memuat turun perisian xampp di sini: Muat Turun Xampp.

1. Muat Turun versi terbaru xampp iaitu 1.7.4 yang telah dilepaskan pada 25 jan 2011.

2. Klik OK dan ingat di mana fail ini akan di letak. Aku biasanya akan letak di ruangan desktop sahaja.

3. Setelah selasai di muat turun sila buka terminal (shortcut: Ctrl+Alt+T) dan taipkan:

Oleh kerana fail xampp tadi disimpan di desktop:
cd Desktop
Kemudian:
$ sudo tar xvfz xampp-linux-1.7.4.tar.gz -C /opt

4. Selesai sudah, untuk pengatahuan XAMPP telah pun terpasang di dalam direktori /opt/lampp. Kemudian lancarkanlah xampp ini dengan menaip command atau copy paste command berikut:

$ sudo /opt/lampp/lampp start


5. Paparan terminal akan dilihat seperti di atas.

6. Dan sekarang tibalah proses menguji samada ianya berfungsi atau sebaliknya. Taipkan di browser http://localhost/xampp jika Berjaya! paparan akan muncul seperti gambar di atas. Klik English, jika korang faham bahasa2 yang lain tak kisah  kliklah yang mana pun.

7. Antaramuka XAMPP untuk Linux.

8. Antaramuka XAMPP dengan phpMyadmin.

9. Jika telah berpuas hati keseluruhannya, untuk menghentikan xampp taipkan:

$ /opt/lampp/lampp stop

10. Selamat Mencuba! Insya-Allah tutorial pemasangan wordpress di dalam linux akan menyusul .

17 thoughts on “memasang xampp pada linux

  1. Sabahan Bloggers Club

    Bro….
    Takde contoh URL yang boleh kita godek2 ke? Senang sikit faham kalau dapat tgk the actual product. mana tau berubah hati beralih kepada linux plak…. 😀

    Reply
  2. Pingback: Tweets that mention memasang xampp pada linux -- Topsy.com

    1. hazlan Post author

      hahahah sudu garpu tu… betul tu bro aku pun semua nak pasang alang2 dah free…

      Reply
  3. wazy

    wahhh
    lengkap sekali tutorial ni,saya bookmark dulu eh bro
    nanti boleh buat rujukan kalau nak guna xampp kat linux

    Reply
  4. syahrilhafiz

    wah~ dah buat tutor..
    yang lecehnya ni kena stop2 kat terminal
    dan yang pasti, selama dok godek themes dalam ubuntu ni
    tak buat lagi localhost.huhu, aku boormark ni bro.

    Reply
    1. hazlan Post author

      bookmark tak derk hal tu… tapi best gak layan xampp kat ubuntu ni..

      Reply
  5. RozaniGhani

    senang gak guna ubuntu. tak terfikir pun terminal punya lebih kurang macam ms dos.
    pakai ubuntu power saving sikit.
    thanks bro untuk tutorial tu. 🙂

    Reply
    1. hazlan Post author

      kalau ikut mata kasar macam msdos tiru linux je… tapi jgn ikut statement pandai2 aku ni..huhuhu… sama2 kongsi juga bro…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *