Setiap 12 Rabiul Awal adalah peristiwa besar bukan sahaja untuk umat Islam tetapi dalam sejarah tamadun manusia itu sendiri. Janganlah kita hanya mendengar ceramah dan berselawat kepada Rasulullah pada hari2 kebesaran dan perayaan tertentu itu sahaja. Buatlah sekerap yang mungkin setiap hari dan masa dan dari sebaliknya itu kita perlu mendapat cetusan baru iaitu hendak mengkaji dan menghayati ajaran yang dibawa oleh Nabi. Jadikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai contoh ikutan kita sepanjang hayat.
Walaupun hari ini adalah hari memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Tibanya suatu kisah hari ini juga iaitu pada Isnin 12 Rabiul Awal ( Riwayat Al-Bukhari, 8/150) sewaktu baginda berumur 63 tahun aku mula terasa sebak dan airmata aku hampir mahu mengalir kerana mengenangkan seseorang yang cukup agong yang diutuskan untuk memberi rahmat seluruh alam iaitu kisah detik2 terakhir roh Baginda dicabut dengan perlahan oleh Izrail, seluruh tubuh Rasulullah dibasahi peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibrail, betapa sakit sakaratul maut ini”. Perlahan Rasullullah mengaduh:
“Ya Allah, sungguh dahsyat rasa maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku”.
Ali r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan ketika meletakkan telingaku, dekat dengan Rasulullah s.a.w. berkata: “Umatku, umatku.”
Dan, berakhirnya hidup seorang manusia amat mulia lagi dikasihi yang memberi cahaya dan sinaran. Kini, adakah kita mampu mencintai sepertinya? Umat islam sekarang ramai sudah mencintai “valentine day” daripada mencintai Rasulnya sendiri.
Teringat aku kepada sebuah lagi kisah:
Merujuk kepada sebuah hadis daripada Umar al-Khattab r.a. daripada Rasulullah s.a.w. Ketika Adam a.s. telah terlanjur berbuat dosa,
Adam a.s berdoa: “Wahai Tuhanku, aku memohon kepadaMu dengan haq Muhammad untuk mengampuni dosaku”.
Allah berfirman:
“Bagaimana engkau mengetahui (tentang) Muhammad padahal Aku belum menciptanya?”
Adam berkata:
“Wahai Tuhanku, sesungguhnya setelah Engkau mencipta aku dengan TanganMu dan Engkau meniupkan RuhMu kepadaku, ketika aku mengangkat kepalaku, aku melihat pada tiang-tiang Arsy ada tulisan ‘La ilaha illallah Muhammad Rasulullah’. Maka tahulah aku bahawa Engkau tidak menyandarkan kepada namaMu kecuali makhluk yang paling Engkau cintai”.
Allah berfirman:
“Engkau benar hai Adam! Sesungguhnya dia (Muhammad) adalah makhluk yang paling Aku cintai. Berdoalah kepada Aku dengan haq-nya, sungguh aku telah mengampunkan engkau. Dan seandainya bukan kerana Muhammad pasti Aku tidak mencipta kamu”.
Fakta menarik:
- Tindakan Nabi Adam a.s. yang berdoa dengan bertawassul dengan haq Muhammad.
- Kemulian Nabi Muhammad s.a.w. sehingga nama beliau telah tercatit sejak awal di alam Syurgawi dan tidak dicipta apa-apa melainkan kerana Muhammad (s.a.w).
Marilah rakan2 semua, sentiasalah kita mengingati Baginda, tidak kira dimana sahaja kita berada kerana sehingga hujung hayat Baginda masih mengingati umat2nya dan betapa susah pun dugaan kita didunia ini lebih susah dugaan yang telah diterima Rasulullah s.a.w bagi menegakkan kebenaran kejalan-Nya, baginda telah meninggalkan Al-Quran dan Sunnahnya untuk panduan sekalian umat2nya. Insya-Allah dipermudahkan jalan kita jika kita mengingati baginda, dan janganlah kita sesekali taksub dengan keduniaan, kerana segala yang ada di dunia hanyalah dipinjamkan untuk sementara, yang kekal adalah di akhirat. Bersamalah kita mencari apa yang masih belum lengkap dalam diri kita ini. SubhanAllah.Tiada mahluk yang mampu menandingi keteguhan, pengorbanan dan semua yang ada pada diri baginda.
Ya Allah, Semoga dijauhkan aku, keluargaku, sahabat juga rakan2ku dan keseluruhan umat islam ya Allah dari tipu daya syaitan. Amin.
Tala’al-Badru ‘alayna, min thaniyyatil-Wada’ wajaba al-shukru ‘alayna, ma da’a lillahi da’ O the White Moon rose over us Ayyuha al-mab’uthu fina O you who were raised amongst us Tala’al-Badru ‘alayna, |
Maha Suci ALLOH,saya kurang tahu mengapa,membaca artikel anda yang ini kepala saya merinding,pikiran lari kebelakang beberapa ribu tahun yang lalu. Semoga kesejahteraan tetap tercurah pada baginda Rosul,keluarga,para sahabat,dan kepada anda yang sudah ikut syiar tetang berita yang mulia ini. Allohumma sholia’lamuhammad. ….barokallah
salam maulidur rasul… aku pun merinding juga bila acap kali membacanya…
Salam Maulidur rasul…. 🙂
salam maulidur rasul juga bro…
Salam selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW Kekasih Allah SWT …
sentiasalah kita semua berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW…
selamat menyambut keputeraan nabi muhammad S.A.W, moga2 dapat kita manfaatnya…
insya Allah semoga kita semua beroleh keberkatan pada 12 Rabiul Awal ni
Nabi Adam a.s terlanjur berdosa.
lalu memohon ampun kepada Allah.
Syaitan bersumpah akan menyesatkan
anak cucu Adam.
tahun ni kita diuji lagi.
antara Hari Kekasih atau
Sambutan Maulidur Rasul 1432.
betul tu… takpernah pun aku sambut hari kekasih… biasanya org perempuan (tak semua, laki pun ada jugak) yang rajin nak melayan benda2 cam ni… kalau tak sibuk2 je nak merajuk
terasa sedih baca pemergian Rasul kita.
mengenangkan apa akan terjadi jika
Baginda tiada didunia ni.
kerana Dajjal bakal penyesatkan lebih ramai
umat manusia.
Dajjal kecil memang dah ramai… Dajjal besar bermakna akhir zaman sudah benar2 hampir…
salam maulidur rasul bro..
salam maulidur rasul juga bro.. dah lama menghilang… tentu sibuk kan bro…. tak kisah la tu kan bro… demi sesuap rezeki…
semoga kita semakin kuat
semakin berbisa
slm maulidur rasul bro..sama2 hayati hari kebesaran ni..
salam maulidur rasul juga bro… hayati dengan tawaduk… insya Allah akan dinikmati hasilnya…
walaupun sudah berllu namun pengorbanan Nabi kita tetap segar dalam ingatan..
bawa ingatan itu sentiasa… salah satunya berselawat keatasnya… insya Allah dipermudahkan segala urusan