projek drupal 7 terbantut

By | February 10, 2011

Nampaknya projek aku  untuk menggunakan Drupal 7 telah pun terbantut, kerana selama ini aku hanya menggunakan versi shared-hosting. Di mana pihak hosting hanya membenarkan apa yang perlu sahaja (ada limit) bagi pengguna2 shared-hosting. Apakan daya. Sekiranya aku menggunakan versi data super, harganya pulak belum lagi ke tahap yang boleh aku “menten” setiap tahun. Lainlah kalau beribu orang yang menerjah ke blog aku dalam sehari atau ada sponsor2 yang berbesar hati (berangan lah pulak). Namun siapalah aku…. hahahaha.

Relax lah bro macam sedih jer bunyinya (skema). Cuma apa yang ingin cuba diketengahkan adalah mengenai apa yang perlu ada sebenarnya bagi proses pemasangan drupal 7, ini kerana di dalam cpanel di ruangan fantastico masih lagi drupal 6.xx dan untuk joomla versi 1.5 juga wordpress versi 3.0.3.

Dengan iktizam dengan hati yang penuh semangat berkobar-kobar, aku membuat/menyediakan subdomain dan transfer sahaja fail drupal 7 yang aku download daripada drupal.org ke dalam folder baru (subdomain) dengan menggunakan ftp. Perlu di ingat, sila buat database baru di dalam cpanel korang. Setelah semuanya selesai, sama seperti memasang joomla dan  proses pemasangannya hanyalah dengan taipkan nama lokasi yang kita pasang tadi di browser yang biasa kita digunakan (aku guna mozilla), Contohnya http://subdomain.hairilhazlan.com atau http://hairilhazlan.com/subdomain. Secara auto, link itu akan menjadi seperti ini: http://subdomain.hairilhazlan.com/install.php atau http://hairilhazlan.com/subdomain/install.php. Dengan itu paparan akan keluar seperti gambar di bawah:

Proses Pertama

Proses Kedua

Proses Ketiga: Error Mesej

Error di atas itu keluar semasa aku sedang cuba memasang drupal 7 ini secara manual. Apa yang terbaru di dalam drupal 7 adalah sokongan PDO (PHP Data Objects), ianya perlu ada bagi menyokong proses untuk sistem database.

Apa itu PDO:

PDO adalah singkatan untuk PHP Data Objects. PDO adalah cara, penyandar yang konsisten untuk mengakses database. Ini bermakna pemaju boleh menulis kod portabel dengan lebih mudah. PDO bukan lapisan yang abstak seperti PearDB. PDO adalah lebih seperti lapisan pengaksesan data yang menggunakan API bersepadu (Application Programming Interface).

Jawapan Teknikal Support

Terima kasih kepada pihak hosting kerana dengan kadar segera memberitahu aku akan perkara ini (kerana selama ni tak tahu pun) dah buat baru tahu. Kalau ada rezeki boleh lah aku mencubanya di lain hari nanti. Insya Allah.

Category: Drupal Whatever Tags: , ,

About hazlan

Blog ini ditulis kebanyakannya adalah perkongsian berkenaan Teknologi Maklumat, Networking, Software, Hardware, Web Development, Graphic Designer, Programming, Kreativiti, Motivasi dan Inovasi. Biasanya aku praktikkannya dahulu baru aku publishkan di sini untuk perkongsian. Janganlah segan silu atau teragak – agak untuk mengeluarkan apa sahaja pendapat, buah fikiran dan idea masing2. Terima kasih banyak2 atas segala keperihatinan dan sokongan selama ini.

20 thoughts on “projek drupal 7 terbantut

    1. hazlan Post author

      huhuhu… mungkin ada masanya nanti akan rasa nak mencuba… bolehlah rakan2 tolong, tak derk hal tu.

      Reply
    1. hazlan Post author

      aku prefer drupal dari joomla… tapi ada orang prefer joomla dari drupal… ikut keselesaan masing2 jugak… namun wordpress the best… ringkas mudah dan cepat… pendapat aku sahaja

      Reply
    1. hazlan Post author

      aku buat kat ftp je… klik kanan mouse kat ruangan public_html (remote site-filename) – create directory(pop-up)-letakkan apa2 nama pada create directory- pastu tekan button ok… aku guna filezilla

      Reply
  1. etomyam

    DataKL bab response ni memang aku tabok spring, jam 3 pagi pun ada lagi org reply mail kita hehehe…
    nampak gaya bro nak kena beralih ke dedicated hosting la kot 😀

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… ado rezeki insya Allah… tapi sekadar drupal sahaja yang kantoi masih belum berbaloi rasanya… mungkin pada laman web lain nanti….

      Reply
  2. wazy

    Teringin juga nak cuba drupal ni
    nanti la kalau bro dah berjaya boleh saya mintak tunjuk ajar skit ek

    Reply
  3. Ridhuan

    Nak tanya.. Drupal lama xyah DPO tu ke? apa hebat sgt drupal 7 smpai kena pakai dedicated server.. mahal tu..

    Reply
    1. hazlan Post author

      drupal lama tak ada dpo ni bro.. boleh je pasang… mungkin ada hosting yang beri kebenaran untuk mengakses… hosting aku ni yang tak ada kebenaran… malahan stat wordpress pun tak leh pakai….

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *