Sebelum ini aku pernah memberi tutorial bagaimana memasang wordpress di dalam windows. Di situ aku sediakan sekali cara pemasangan xampp di dalam windows. Boleh rujuk di sini: Memasang dan mencuba sendiri wordpress – localhost. Kali ini aku ingin memberi tutorial bagaimana memasang xampp pada linux. Untuk makluman tutorial ini adalah menggunakan Ubuntu 10.04.1 LTS (Lucid Lynx). Walaupun Ubuntu 10.10 (Maverick Meerkat) sudah lama di lepaskan namun aku mungkin akan menunggu versi LTS yang seterusnya. Untuk yang sudah lama menggunakan linux lebih2 lagi ubuntu mungkin sudah biasa dengan cara penggunaannya. Bagi yang baru berjinak-jinak dan mengenali linux adalah satu kemestian untuk mempelajari sesuatu yang perlu dan baru tentang dunia penggunaan linux ini.
Penggunaan perisian gabungan seperti xampp samada di dalam Linux, Window, Mac OSX dan Solaris adalah untuk melakukan pembangunan juga applikasi web secara peribadi (localhost). Ini mampu dilakukan dengan cepat dan teratur berbanding terus menerus di dalam sistem server hosting itu sendiri. Di mana proses melakukan perancangan, baik pulih, penambahan, pembahagian dan pelbagai lagi mampu di lakukan. Setelah selesai keseluruhan proses itu baru boleh di muat naik kedalam host untuk tatapan umum.
Pemasangan XAMPP di dalam Linux:
Permulaan sekali apa yang perlu di lakukan adalah memuat turun perisian xampp di sini: Muat Turun Xampp.
1. Muat Turun versi terbaru xampp iaitu 1.7.4 yang telah dilepaskan pada 25 jan 2011.
2. Klik OK dan ingat di mana fail ini akan di letak. Aku biasanya akan letak di ruangan desktop sahaja.
3. Setelah selasai di muat turun sila buka terminal (shortcut: Ctrl+Alt+T) dan taipkan:
Oleh kerana fail xampp tadi disimpan di desktop: cd Desktop Kemudian: $ sudo tar xvfz xampp-linux-1.7.4.tar.gz -C /opt
4. Selesai sudah, untuk pengatahuan XAMPP telah pun terpasang di dalam direktori /opt/lampp. Kemudian lancarkanlah xampp ini dengan menaip command atau copy paste command berikut:
$ sudo /opt/lampp/lampp start
5. Paparan terminal akan dilihat seperti di atas.
6. Dan sekarang tibalah proses menguji samada ianya berfungsi atau sebaliknya. Taipkan di browser http://localhost/xampp jika Berjaya! paparan akan muncul seperti gambar di atas. Klik English, jika korang faham bahasa2 yang lain tak kisah kliklah yang mana pun.
7. Antaramuka XAMPP untuk Linux.
8. Antaramuka XAMPP dengan phpMyadmin.
9. Jika telah berpuas hati keseluruhannya, untuk menghentikan xampp taipkan:
$ /opt/lampp/lampp stop
10. Selamat Mencuba! Insya-Allah tutorial pemasangan wordpress di dalam linux akan menyusul .
Bro….
Takde contoh URL yang boleh kita godek2 ke? Senang sikit faham kalau dapat tgk the actual product. mana tau berubah hati beralih kepada linux plak…. 😀
oh! boleh layan antaranya http://melayubuntu.blogspot.com , http://jomlinux.com , http://sumberterbuka.net/
terimakasih infonya.saya kurang begitu memahami bahasa pemprogaman linux,dengan adanya artikel ini.saya mulai mengerti,terima kasih sob met pagi
sama2… harap boleh di guna pakai suatu hari nanti…
Very nice info and Tutorial bro…
Thx a lot 😀
u r welcome… cuba jgn tak di cuba….
sejak jadi pengguna linux ni.
semua benda aku nak pasang.
main pakai sudo atau aku panggil
sudu garpu.heee..
hahahah sudu garpu tu… betul tu bro aku pun semua nak pasang alang2 dah free…
wahhh
lengkap sekali tutorial ni,saya bookmark dulu eh bro
nanti boleh buat rujukan kalau nak guna xampp kat linux
tak derk hal bro… kalau ada masalah bagitau erk?
tutorial yang sangat mudah untuk difahami… beres2x…
syukur… aku risau juga kalau ada org tak paham….
wah~ dah buat tutor..
yang lecehnya ni kena stop2 kat terminal
dan yang pasti, selama dok godek themes dalam ubuntu ni
tak buat lagi localhost.huhu, aku boormark ni bro.
bookmark tak derk hal tu… tapi best gak layan xampp kat ubuntu ni..
senang gak guna ubuntu. tak terfikir pun terminal punya lebih kurang macam ms dos.
pakai ubuntu power saving sikit.
thanks bro untuk tutorial tu. 🙂
kalau ikut mata kasar macam msdos tiru linux je… tapi jgn ikut statement pandai2 aku ni..huhuhu… sama2 kongsi juga bro…