perlaksanaan sesuatu tugasan pemimpin berdasarkan pemikiran hemispera

By | January 25, 2011

Dengan cara dan kaedah otak manusia berfikir yang pernah dikongsikan sebelum ini: http://hairilhazlan.com/cara-dan-kaedah-otak-manusia-berfikir terdapat juga perbezaan cara seseorang pemimpin itu melaksanakan tugasan mereka mengikut kecenderungan hemispera mereka. Berikut aku kongsikan senarai antara perbezaan tersebut:

Pemimpin dominan Hemispera Kiri lebih bersedia untuk:

  1. Menyelesaikan masalah dengan menggunakan data.
  2. Melaksanakan analisa dan statistik.
  3. Membentuk penyelesaian menggunakan analisa fakta untuk mendapatkan logik.
  4. Dilaksanakan oleh mereka yang ditugaskan untuk mempelajari suatu sistem yang menggunakan kaedah yang tersusun dan teratur.
  5. Mentafsirkan sesuatu itu sebagai suatu kemestian mengikut keperluan dan boleh diukur.
  6. Mewujudkan suatu sistem kawalan diawal sesuatu projek bagi memastikan kawalan dapat dilaksanakan sepanjang perjalanan projek tersebut.
  7. Memperbaiki kualiti sesuatu pekerjaan dengan mengkaji secara teliti dan terperinci.
  8. Mengenal pasti masalah utama sesuatu perkara dengan menyenarai dan mengkategorikan punca masalah dan menggunakan peraturan ketat untuk mengawalnya.

Pemimpin dominan Hemispera Kanan lebih bersedia:

  1. Menyelesaikan masalah melalui persefahaman.
  2. Menggunakan diagram sebab dan akibat.
  3. Mengenalpasti punca masalah dengan menggunakan kaedah 5w 1H (What, Who, Where, When, Why, How), analisa jurang dan carta proses.
  4. Membentuk penyelesaian menggunakan kreativiti dan sumbangsaran.
  5. Melaksanakan sesuatu tugasan secara berkumpulan yang boleh menimbulkan banyak persoalan dan pelbagai isu dalam pekerjaan.
  6. Mentakrifkan kualiti berdasarkan konsep secara holistik seperti kualiti menyeluruh.
  7. Melihat kualiti sebagai suatu proses berterusan dan kawalan adalah untuk sementara sahaja.
  8. Memperbaiki kualiti pekerjaan dengan suatu perancangan strategik yang menyeluruh.

15 thoughts on “perlaksanaan sesuatu tugasan pemimpin berdasarkan pemikiran hemispera

  1. Pingback: Tweets that mention perlaksanaan sesuatu tugasan pemimpin berdasarkan pemikiran hemispera -- Topsy.com

  2. suri

    salam petang..
    harap tuan rumah sihat slllu..

    hurm smjak bergelumang dgn penulisan suri mula memikirkan isi setiap entri dan math sebagai langkah penyudah meninggalkan komen.. saat itu otak kanan dan kiri kita mula berkerja ;)..

    Reply
    1. hazlan Post author

      salam petang juga pada suri dan semoga sihat2 selalu… bagus juga planning suri tu… gunakan keduanya adalah perlu bagi mendapatkan hasil yang benar2 tip top..

      Reply
  3. zik

    Mungkin kita boleh mempraktikkan pemikiran yang seperti diatas… hemispera kiri nie lebih kepada teknikal..

    Reply
    1. hazlan Post author

      belah kiri memang banyak pada teknikal… kalau pakai kedua2nya mungkin akan memberikan hasil yang menarik….

      Reply
    1. hazlan Post author

      aku ada masa kanan.. ada masa kiri.. ada masa dua2.. ada masa blur… huhuhuhu

      Reply
  4. Idea Lampu

    Rasanya aku lebih banyak menggunakan otak kiri. Kata orang jika kita menggunakan tangan kiri, bermakna otak kiri lebih dominan. Dan aku juga suka kepada perkara-perkara teknikal. Sebab tu pernah bekerja sebagai Juruteknik Komputer. Sekarang dalam bidang pemasaran, belum dapat rentak lagi sebab baru masuk ofis x sampai seminggu.

    Reply
    1. hazlan Post author

      terbalik pulak dengan wife aku… dia guna tangan kiri tapi pasal idea dan inovasinya lebih pada otak kanan.. cuma sekarang ni aku dok latih dia guna otak kiri dan tangan kanan dengan kerja2 teknikal aku… oh.. satu cubaan dalam merubah diri yang jarang org berani nak buat tu bro… sekurang2nya ilmu akan bertambah… selamat maju jaya bro… semoga diberkati

      Reply
  5. dnoBiz

    mengiku apa yang aku tahu pengunaan otak kiri dan kanan ni sebenar nya boleh dilatih, betul ke bro ?

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu bro… ada kelas untuk perkara tu… tapi kat Malaysia ni tak tau ada ke tak…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *