rahsia sains,teknologi dalam al-Quran

By | January 23, 2011

Sebelum ini pernah aku tuliskan mengenai Islam dan Teknologi. Pada artikel kali ini aku kongsikan pula rahsia sains, teknologi dalam al-Quran. Merujuk kepada wahyu pertama yang diturunkan pada zaman jahilliah menunjukkan betapa Islam menitik beratkan bidang ilmu pengatahuan.

“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang mencipta sekalian mahluk, Ia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku.
Bacalah dan Tuhanmu yang Maha Pemurah: yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya,” (al-Alaq: 1-5).

Galakan untuk mencapai kejayaan dalam bidang sains, teknologi dan intelektual terus dipacu semasa zaman kegemilangan islam.

Dengan berbekalkan teori serta pengatahuan yang terdapat dalam al-Quran, cendiakawan Islam menjalankan kajian demi kajian sehingga mencapai tamadun yang gemilang terutamanya dalam bidang sains dan teknologi.

Pada ayat2 al-Quran diturunkan, tidak siapa jelas mengenai makna yang tersirat di dalamnya. Misalnya surah Yunus dalam ayat 61 dalam al-Quran yang menerangkan mengenai atom benda yang kecil manakala dalam ayat 80 surah Yasin membincangkan mengenai atom adalah benda terkecil.

Cendiakawan Islam yang mengkaji al-Quran menggunakan maklumat berkenaan bagi meneroka ilmu sains sehingga mencapai zaman kegemilangan tamadun islam ada abad ketujuh hijrah. Ketika itu umat islam mula menunjukkan minat kearah mengkaji dan mempelajari ilmu pengatahuan terutama dalam bidang sains dan teknologi.

Sesungguhnya ilmu yang digali di dalam al-Quran mendahului zamannya memandangkan fakta sains yang dibawa terbukti benar. Sehinggalah menjelang abad kesembilan Hijrah, semakin banyak fakta di dalam al-Quran semakin menyakinkan sehingga kegemilangan sains dan teknologi dalam tamadun semakin bersinar.

Ketika itu nama2 ilmuan dan saintis Islam seperti Ibnu Sina yang terkenal dalam dunia perubatan sehingga bukunya masih digunakan sebagai rujukan sehingga kini, Ibnu Haitam dalam bidang optik al-Khawarizmi cendiakawan terkenal dalam bidang matematik dan al-Biruni dalam bidang astronomi banyak membantu dalam kemajuan sains dan teknologi sehingga kini.

Bagaimanapun nama mereka seakan tenggelam dan semakin hilang dengan nama2 Barat seperti Isacc Newton, Charles Darwin, Aristotle, Leonardo da Vinci dan Galilieo Galilie. Malah sebenarnya Ibnu Haitam lebih dahulu menemui teori graviti sebelum Isacc Newton menjadikan sebagai teori.

Jika sejarah mengatakan Wilbur Wright dan Oliver Wright merupakan manusia pertama memperkenalkan konsep penerbangan tetapi sebenarnya Ibnu Firnas bukan sahaja telah meneroka konsep berkenaan tetapi juga menjalankan kajian mengenai cakerawala 600 tahun sebelum Leonardo da Vinci.

Bukan sahaja itu, cendiakawan islam juga terkenal dalam pelbagai ciptaan dan inovasi termasuk menghasilkan ubat bedil, penggunaan angka sifar dalam matematik dan proses penyulingan bagi memisahkan benda asing dalam campuran cecair.

Cendiakawan Islam juga terlibat membina balai cerap untuk mengkaji bintang, peta, glob, kincir air dan angin, bangunan pengisar bijirin serta kereta perisai.
Amat malang kegemilangan tamadun Islam tidak terus bersinar tetapi terus malap dan padam ketika berakhirnya pemerintahan kerajaan Abbasiyah.

Ketika itu pelbagai maklumat dan penemuan penting juga dikatakan hilang semasa Perang Salib. Malah mereka seolah-olah cuba menafikan kegemilangan cendiakawan Islam dengan menukarkan nama saintis Muslim dengan pelbagai nama. Antaranya Ibnu Sina kepada Avicenna, al-Biruni kepada Alberuni, al-Battani kepada Albetagnius, Ibnu Haitam kepada Alhazen, al-Khindi kepada Alkindus dan Ibnu Rushd kepada Averroes.

Tidak dapat dinafikan kajian serta perkembangan ilmu pengatahuan terutama dalam bidang sains dan teknologi tidak lagi didominasi umat islam.

Malah zaman kegemilangan ilmu pada tamadun Islam kini sekadar mampu dikenang dan dibanggakan pencapaiannya. Kini manusia termasuk umat Islam lebih mengenali ilmuan Barat dalam pelbagai bidang.

29 thoughts on “rahsia sains,teknologi dalam al-Quran

  1. Pingback: Tweets that mention rahsia sains,teknologi dalam al-Quran -- Topsy.com

    1. Ali ridha

      mari kita manfaatkan bersama.

      Ps : lebih baik daripada terbaik.
      sila tulis komen secara berhemah ye.
      biar ada makna.

      Reply
    1. hazlan Post author

      pernah terdengar satu masa dulu perkataan kereta kebal di katakan ada dalam al-Quran (kajian huruf2)…

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu pernah juga terfikir cam tu.. tapi boleh diangankan juga tu, manalah tau satu hari nanti ada cucu cicit menjadi penyambung hasrat…

      Reply
  2. suri

    salam..
    orang2 barat mmg lagu tu..
    mmg diakui semua gologan org islam yang mendahului mereka dulu..teapi bg mereka tidak pula…

    ada sains maka harinilah kita dapt melakukan tugas dgn cepat dan sempurna..jika tdk pasti kita akan ketinggalan dr belakang..

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu… teringan buku math masa sekolah menengah dulu ada info pasal ilmuan islam setiap bab… jadi perkara tersebut telahpun mempengaruhi idea dan fikiran aku sehingga sekarang… sekarang ada lagi ke tak erk?

      Reply
      1. suri

        tak tahu le bro..
        tapi seingat saya masa kita bljar agama ker sejarah dah lupah dah mmg ada cerita pasalal kharazwmi ..mu

        Reply
  3. dnoBiz

    Dan yang pasti cara mereka gunakan untuk menghalang kemajuan umat Islam memang berkesan, dan tindakan susulan mereka dalam mempengaruhi pemikiran umat Islam semakin menunjukan hasilnya…
    Harap Nya masih ada yang mampu bangkit…
    dnoBiz´s last blog post ..Sampah – Masaalah pembuangan Sampah

    Reply
    1. hazlan Post author

      mari kita bangkit dan jadikan umat Islam semakin di segani semula…

      Reply
    1. hazlan Post author

      amin… mudah2an segalanya akan menjadi mudah dan terurus…

      Reply
  4. Nine

    Ketika itu pelbagai maklumat dan penemuan penting juga dikatakan hilang semasa Perang Salib. Malah mereka seolah-olah cuba menafikan kegemilangan cendiakawan Islam dengan menukarkan nama saintis Muslim dengan pelbagai nama. Antaranya Ibnu Sina kepada Avicenna, al-Biruni kepada Alberuni, al-Battani kepada Albetagnius, Ibnu Haitam kepada Alhazen, al-Khindi kepada Alkindus dan Ibnu Rushd kepada Averroes. <- yang nih mmg tepat sekali bro..

    seronok baca nih…pasal Ibnu Firnas baru tahu jer..tq berkongsi..tak sangka plak ..duk agak dah….ada dengar juga pasal diorang amik ilmu kat laut hitam tu kan bro..dari ayat2 Al-quran gak..

    Reply
    1. hazlan Post author

      pernah juga banyak kali dengar derang buang buku2 dan semua ilmu2 kedalam laut hitam tu… dan ceritanya pasal nama tu laut hitam pasal hitamnya dakwat2 ilmuan tu la…namun ada yang dikutip balik…sejauh mana kebenarannya tu tak pastilah aku… kalau ikutkan logik juga… derang punya komplot memang dah diketahui buat secara senyap tapi makan dalam dan masa yang panjang tanpa disedari… contohnya macam freemasion tu..

      Reply
    1. hazlan Post author

      kesimpulan aku sains adalah ilmu… tiada sains tiada mata pelajaran.. tiada teknologi.. tiadalah ilmu… apapun pasti akan dilalui juga… kerana sains sangatlah meluas… setiap langkah manusia adalah sains… maaf kalau aku salah….

      Reply
  5. nikamirulhaqeem

    apa maksud teknologi , bayologi dan sebagai nye ….. sains yang membolehkan memecahkan rahsia yang di buat .,,,, saya menkaji sains yang paling di gurumi ……..

    Reply
    1. hazlan Post author

      banyak cabang tu… sains meluas… yang pasti jangan jadi aties sudahlah…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge